Sunday, May 30, 2010


Salam buat semua..

Hujung minggu yang baru berlalu tentunya amat dinanti-nantikan oleh semua. Yalah, Jumaat kan ke public holiday, ramai yang mengambil kesempatan balik kampung atau melancong. Jumaat tu aku menghabiskan masa di rumah bersama suami & anak-anak. Breakfast dengan beehoon goreng special (he he he) . Lunch pula disediakan oleh Che' Shamsul dengan menu Ayam masak gulai lemak cili api & kentang, ikan bilis & kentang goreng berlada. Tidak ketinggalan ikan tenggiri masin digoreng dengan bawang dan lada. Hush...sedap tu...

Sebelah malamnya, dah lama tak bersantai...duduk tengok CD dengan kawan karib kat rumah tu, tengok cerita cina kungfu sampai 2/3 movie. Anak-anak tak larat nak tengok, jadi diorang semua masuk tidur awal.. Aksi Sarah Di KLIA


Keesokannya, sebelah pagi tu macam biasalah..mengemas, baju-baju yang perlu dilipat punyalah banyak. Selepas Iman balik dari kelas tambahan, kitorang pun keluar. Hajatnya nak mencari bahan untuk membuat coklat dan mencari seluar Danial barang sehelai dua. Yalah seluar yang ada tu pun semakin kecil, dengan peningkatan umurnya tu.

Iman & Shasha di KLIA, sedang melihat info/facilities yang disediakan

Last-last, x sempat beli pun, kedai pertama tu tak cukup kelengkapannya, yang ke2 tu tutup pulak dah..tapi tak apa, semangat ni masih membara nak buat coklat, next week kena cari jugaklah..Ke area Chow Kit cari beg sekolah Iman & Sasha yang perlu diganti. Hmm...sebab barang kat situ murah & cantik, dah terlebih beli benda yang tak dirancang pulak,,.Lepas tu terus ke Sogo. Sale rupanya, punyalah murah..sempat membeli 3 helai seluar jeans Bang Long & 2 helai seluar Danish..murah sangat, berbaloi rasanya dengan duit yang dikeluarkan..rezeki budak2 kut..Nota buat Aida : jadi ke plan kita nak shopping together-gather ni..stok macam nak cari sikit-sikit je lagi nie...(konon!).





Ahad, seawal 8 am dah breakfast nasi lemak yang dibeli oleh suamiku dengan harga RM5.00 untuk 7 bungkus...Bukan apa, sebenarnya kalau suamiku ke gerai kawannya tu, mesti diorang tak nak ambil duit. Jadi suamiku pernah berkata "Hari ni aku beli, kalu korang tak ambil duit, seganlah aku nak datang sini." Jadi hari tu, kawannya tu, meminta RM2.00 sambil berkata " Kang aku tak minta duit, hang marah" Suamiku memberi RM5, kiranya first time le bayar tu...Tapi memang sedap Nasi Lemak Kak Zah tu..

Shasha & Sarah, cantikkan gambar b/ground tu...

Kawan baik gi bertazkirah, aku dok buat ulangkaji ngan anak-anak (last minute tu..) sebab esoknya tu diorang semua exam. Dalam kul 11.30, kami bertolak ke KLIA untuk menjemput ibu mentua & Shila & Hubby yang pulang dari mengerjakan umrah, di jangka tiba dalam kul 1 pm. Danish tak sabar nak tengok kapalterbang ke Opahnya? Sampai, check kat board tu rupanya sampai dalam 1.42 pm. Wah Lagi 42 min nak tunggu ni. Naza & keluarga (Adik ipar) juga tiba untuk menyambut ibu kesayangan kami tu.

Akhirnya, flight dari Jeddah tu tiba jua, pada pukul 2.02 pm. Tapi yang peliknya, diorang ni x muncul-muncul lak..ish-ish ish...nasib baik lah Danish x meragam. Orang pun dah semakin kurang, ramai jemaah yang dah keluar, tapi diorang ni tak tiba-tiba...Bunga coklat yang dipegang oleh Iman pun dah semakin renyuk plastiknya...

Wajah-wajah yang keletihan...

Iman tetap maintain walaupun keletihan

Shasha

Danish...sebelum...

& Selepas...nasib baik tak meragam

Akhirnya penantian tu berakhir jua...Dari jauh kelihatan ibu mentuaku serta adik iparku & suaminya dari jauh. Alhamdulillah, sihat mereka..Jam masa tu dah pukul 4.30 pm! Penat giler tu..3 1/2 jam menunggu...

Opah dah sampai..emak gembira bila ternampak anak-anak & cucu menunggu


Shila & hubby. Kat tengah tu gambar emak melangkah dengan penuh gaya...

Sampai di Pantai Dalam, dalam pukul 5.30 baru nak lunch (??). Sedap betul ayam masak pedas Naza, anak-anak makan bertambah (ke sebab lapar). Tapi agak terkilan sebab lupa nak makan bubur kacang Naza, bila dah ramai2 tu kecoh sangat..Lepas Maghrib, beransur le kami ke Sg Buloh...

Tuesday, May 25, 2010

Nur Iman Balqis - 11/9/98

Iman di puncak Gunung Raya, Langkawi


Ini kisah anakku yang ke 2, Nur Iman Balqis. Nama di pilih sendiri oleh suamiku. Nur Iman bermakna cahaya keimanan manakala Balqis adalah nama permaisuri yang terkenal dengan kecantikannya yang akhirnya menjadi isteri Nabi Sulaiman. Dilahirkan pada hari Jumaat, 11/9/98.

Iman dihujung sekali, sedang memangku Hakim. Di hujung kiri, Shasha.

Mimi, Iman & Shasha

Semasa baby, dia amat disenangi oleh semua..baik dari raut wajah mahupun dengan keletahnya. Comel sungguh..masih ku ingat lagi 2 minggu sebelum waktu yang telah ditetapkan oleh doktor, aku telah mengalami tanda-tanda sakit untuk bersalin. Sesampai di hospital, terus masuk ke labour room. Setelah dipecahkan water bag oleh Dr Salleh, Tuhan aje yang tahu bagaimana sakitnya ketika proses penguncupan itu berlaku. Suamiku yang terchenta itulah sebenarnya peneman dan penguat semangat selama ini, yalah, bukan waktu senang aje, susah pun kena lah sama-sama...Yang kelakarnya, nak dijadikan cerita, memandangkan hari tu hari Jumaat, En Shamsul ni terpaksa break pulak...orang tengah sakit giler, dia ni nak kena pi sembahyang Jumaat pulak...ish ish, haru sungguh.

.Kawan baik, juga teman bergaduh

Aksi Iman yang mendapat pelbagai respon daripada ibu & bapa saudaranya....

Orang yang ditinggalkan seorang ni, bukannya berani sangat, walaupun tanpa redho dia pergi tu..sempat pulak terfikir, macam mana kalau bersalin sebelum dia balik..dah stress pulak dengan masalah yang satu tu siap berdoa agar dia sempat sampai. Sebut pasal doa..sebenarnya bila dah sakit, doa yang dah hafal pun tak ingat..itulah salah satu tugas peneman kita ni...mengingatkan serta sering menenangkan kita. Tapi di Pusat Rawatan Islam (masa tu di Jln Ipoh), setiap labour room ada di tampal poster ayat-ayat tertentu untuk kita baca bagi mengurangkan rasa sakit tu. Indirectly...memang amat berguna & berkesan kaedah itu..Juga kalau bernasib baik, nurse2 di situ akan mengingatkan agar mambaca surah-surah tersebut.

Iman bersama adik-adik dan abangnya.

Akhirnya selepas sembahyang Jumaat, baby selamat dilahirkan dengan suamiku di sisi... Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaannya...comel sungguh!

Iman, Shasha, Kak teh & Ika

Iman sekarang dah 12 tahun, dah besar. Seorang yang bertanggungjawab dan amat suka bercakap dan bercerita. Kalau makan orang lain dah habis, dia masih tak habis-habis, asyik berbual dengan Shasha. Dia juga yang diharapkan untuk menyiapkan Sarah (makan, mandi & berpakaian ) apabila transit waktu tengahari sebelum ke sek Agama. Tahun lepas Iman telah menduduki UPKK (Sek Agama) dan telah mendapat 6A 2B..tahniah dari mama & ayah. Tahun ni Iman akan mengambil UPSR. Mama & ayah sentiasa doakan agar Iman berjaya dengan cemerlang tapi kena study hardlah..kena kurangkan facebook, games dan apa jua aktiviti yang kurang berfaedah tu...dengar dan hormat orang tua, juga sembahyang harus diutamakan..baru lah berkat hidup ini...Juga doa agar semua yang terbaik buat kita semua..
Kita mulakan hari ini dengan bacaan Bismillahirrahmannirahim...

Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam..segala yang ada di langit dan bumi yang maha luas ini. Yang menjadikan setiap kelahiran, kehidupan dan kematian itu suatu kenangan yang sukar kita lupakan di setiap hati sanubari setiap insan. Dan telah tertulis, malah perjanjian telah dibuat sebelum kelahiran lagi, telah ditentukan perjalanan hidup setiap orang. Tiada yang mampu kita lakukan kecuali doa, doa, doa dan doa serta usaha yang tidak ada batasannya, InsyaAllah....


Mempunyai 5 anak di zaman yang serba maju ini sebenarnya padaku adalah suatu anugerah yang Allah berikan. Anak-anak sentiasa diingatkan agar sentiasa mengutamakan tanggungjawab terhadap yang Esa walaupun ia tidaklah semudah yang orang sangka. Seorang teman pernah terniat untuk menggugurkan kandungan bila mengetahui yang dirinya berbadan dua. Walaupun sukar, secara halus cuba juga kutanyakan sambil menasihati " Kan ke, cara tu salah, berdosa tau, tak apalah..dah rezeki Tuhan nak bagi, terima sajelah...sayang, kat luar sana, ramai yang nakkan baby, tapi u ni nak buang pulak..sayang...tak kiralah apa orang nak cakap, satu pasukan bola ke apa ke, hanya kita yang akan menghadapinya..."

Bila ditanya kenapa dia berfikiran sebegitu reasonnya, cost of living yang tinggi sekarang ni..takut x mampu nak besarkan anak. Hmmm....rasanya setakat makan, InsyaAllah, walaupun lauk yang tidak seberapa, bak kata pepatah, sikit sama sikit..setiap anak tu ada rezekinya yang tersendiri ......Alhamdulillah, sahabatku ini tidak jadi meneruskan niatnya itu, dan anaknya itu rasanya sudah berumur 6/7 tahun ..dan sudah mempunyai seorang lagi adik..

Itu cerita pertama. Ini kisah seorang lagi teman yang telah bergelar hajah. Membesarkan 3 anak seorang diri merupakan satu dugaan yang berat. Beliau merupakan ibu tunggal dulunya, walaupun ramai kawan sekerja yang tidak tahu (dengan alasan tidak mahu orang mengambil kesempatan). Alhamdulillah, 3 anaknya telah besar sekarang..akhir yang kutahu anak sulungnya telah menamatkan pelajaran di ITM, telah berkahwin dan bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur. Lupa pula, hajah telah mendapat jodoh ke 2, menamatkan zaman bujangnya sepuluh tahun yang lalu...Alhamdulillah...

Tetapi, hajah pernah berpesan padaku.."Anak-anak ini, masa kecil susahnya lain, bila dah besar..lain Za, pening kepala , kena banyak sabar..."
Apa yang ku alami..memanglah...anak-anak tengah membesar..tidak dapat dinafikan..perbelanjaan yang tinggi (yang amat dikhuatiri kawanku yang pertama), anak-anak turut dihantar ke sekolah agama (walaupun tidak wajib..sekurang-kurangnya mereka diajar asas agama, fardhu ain dan sebagainya..Hafazan Yasin turut dipraktikkan. Dan hasilnya..terbukti, Anak sulungku, Danial, dan Iman (yg ke 2), hafaz surah Yasin dan Shasha (10 thn), dah hafaz sampai ayat 50. Syukur pada Tuhan atas segalanya...

Di samping tu, di zaman sekarang ni menghantar anak tusyen adalah perkara wajib. Yang mana semuanya melibatkan kos...Ibubapa cuba sedaya upaya menyediakan apa yang termampu demi anak-anak..Besar harapan kami agar anak-anak belajar (ikut kemampuan), berusaha (yg penting berusaha), mendengar kata orang tua dan yg penting menjaga waktu sembahyang.

Anak-anak semakin membesar dan semakin banyak agendanya yang tersendiri. Mohon Allah sentiasa memberi kesabaran dan di permudahkan segalanya. Nasihat semua MAMA buat anak-anak, tolong FIKIR sebelum membuat apa-apa, jangan sampai melukakan hati mama & ayah yang bersusah payah membesarkan, memberi didikan. Jika inginkan sesuatu, atau bermasalah berbincanglah dengan ibubapa yang sentiasa memberi tunjuk ajar & panduan. InsyaAllah jika ibubapa redha, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.

Allah Maha Besar!!

Sunday, May 23, 2010

Pelancaran Buku Terokai Coklat & Kursus Lanjutan Coklat (22/5 & 23/5)

Assalamualaikum..

Minggu yang baru berlalu ini adalah minggu yang amat meletihkan..selapas 2 minggu tak dapat proper rest. Sabtu lepas seawal 8.00 am, sudah berada di Prince Hotel, Jln Conlay. Terlibat dengan pelancaran buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer sehingga ke tengahari, bersambung pula ke Berita Publishing, juga dengan Chef Amer - Kursus Lanjutan Coklat. Banyak ilmu yang di perolehi. Gambar disekitar majlis yang dirasmikan oleh Pn Sri Norainee itu, nantilah saya download kemudian.


Ramai juga peserta dari minggu lepas (Asas Coklat) yang tidak ketinggalan turut serta pada minggu ini. Di antara sukatannya termasuklah cara menbuat bunga ros daripada coklat, arnab dan bentuk telur. Terkagum sungguh semua yang ada di situ dengan teknik yang ditunjukkan..

Bunga ros yang dihasilkan daripada coklat dan diwarnakan dengan teknik spray...cantikkan



Comel sungguh rabbit ni kan...



Telur ni boleh dipelbagaikan..buat bunga paha dan sebagainya

Class habis dalam pukul 6.30 pm. Kami terus ke Kg Baru sebab Danish cakap nak makan bubur. Malangnya tempat makan & parking penuh. Setelah membuat 2/3 kali pusingan, akhirnya suamiku membuat keputusan mencuba di tempat yang baru. Tempat kali ni adalah sebuah rumah kampung yang telah di buat sedikit ubahsuai. Bahagian atas, rumah manakala bahagian bawah di jadikan restoran. Pekerja-pekerjanya semua terdiri daripada warga Thai. Buburnya sedap, ditambah pula dengan sayur dan lauknya.

Yang kelakarnya, Danish sempat berbisik, "Ma, ada nenek hantu.." Rupanya dia tenampak kelibat nenek di bahagian atas rumah lalu membayangkan cerita-cerita seram yang sering di lihat di TV. Sedap & memuaskan...mungkin akan berkunjung lagi ke situ walaupun harganya double dari yang selalu..."Patutlah tak ramai orang" kata anak-anakku.

Monday, May 17, 2010

Ni saje nak share sempena harijadiku pada Mac lepas..dikelilingi kawan-kawan rapat serta keluarga yang tercinta, terasa amat dihargai .....

Tahun ni jatuh semasa Pesta Buku 2010. Memanglah kalau diberi pilihan kalau boleh nak bersantai aje hari ini, sambil berfikir & merenung kembali perjalanan hidup ini serta perancangan di masa hadapan, apa yang perlu diperbaiki dan sebaliknya. Tetapi memandangkan komitment pada kerja terpaksalah diabaikan perasaan yang 'melampaui batas' itu. Dipendekkan cerita hari tersebut, pagi di office & tengaharinya ke PWTC.. beberapa appointment yang telah dibuat kena diteruskan dong...pendek kata dengan penuh dedikasilah...orang tak kata pun, perasan sendiri aje..he he he

Terima kasih sangat kepada adinda-adinda ku, Sue (sedap sangat lunch ari tu..), Zura (walaupun agak confused yg mana personal & treat...he he, Zura camnapun semuanya sedap termasuk maggi kat gerai Din tu..yalah rasanya 2/3 kali kita makan,kan..dan yang penting masa yang kita dapat sembang panjang hari tu amat menenangkan setelah stress degan kerja & perangai orang), Bala (bila nak pekena ikan bakar kat kuchai lama lagi) juga ucapan-ucapan dari kawan-kawan thru phone dan email & facebook. terima kasih semua...

Tapi yang paling istimewa tentulah dari suamiku yang terchenta tu...Tak tahulah masa bila pakatannya dengan Sue & Chef Amir..Balik-balik sibuk suruh ambil barang kat kereta..dan termenung panjanglah pula orang yang mengambilnya tu...masa bila pula dia tempah...ish ish ish

Sedapkan, dan nampak very presentable





Disamping tu, pendekkan cerita, hadiah paling berharga buat diriku adalah hasil dari penat lelah kerja kuat tanpa fikirkan imbuhan tu, amatlah berbaloi (walaupun b'day tak sempat nak dinner dengan husband & anak-anak juga selama 10 hari tu penat giler turun naik dari office ke PWTC, juga terima kasih yang tak terhingga kepada En Shamsul yang sanggup bersusah payah selama 10 hari tu termasuk transportation & menguruskan anak-anak) Satu rekod pencapaian peribadi juga sebenarnya disamping dapat membantu syarikat menambah jualan..RM71,000 ...alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala-galanya..Amin!

Melihat wajah kawan juga boss, ketika itu, sukar nak diceritakan...tapi sempat juga berbisik "kalau ada rezeki tahun depan, nak berhenti sebelum bookfair le...tension wooo..." he he he

Walaubagaimana pun, terima kasih buat adinda ku Zura, atas hadiah tu...suka sangat!

Sunday, May 16, 2010

Salam buat semua...

Weekend yang lepas, wekeend yang amat meletihkan, menyeronokkan dan berbagai-bagai.. Saya turut terlibat dengan Kursus Penyedian Coklat selama 2 hari yang dianjurkan oleh Berita Publishing, di bawah bimbingan Chef Amer. Memang seronok , dimulakan dengan teori dan demo, kemudian peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk praktikal. Walaupun penat, kerana class bermula dari 9 am- 5.30 pm, sukatannya begitu padat tetapi peserta begitu gembira dan teruja untuk membuat sendiri coklat. Kepuasan terpancar di wajah masing-masing apabila melihat hasil ciptaan masing-masing. Peserta kali ini semuanya amat sporting.

Nantilah kalau ada gambar saya akan masukkan kemudian. Habis kursus hari Sabtu tu, dijemput suami terus ke rumah mentua. Anak-anak semua di sana sejak awal lagi. Sebenarnya ibu mentua, Shila (adik ipar) dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada hari Isninnya untuk menunaikan umrah. Selepas maghrib berjemaah, kami beramai-ramai membaca Yasin serta doa selamat..terasa barakahnya sesekali berkumpul begitu anak beranak beribadat bersama...

Hari Isnin, jadual flightnya pukul 3 pm, diwajibkan berada di airpot pada pukul 12 pm. Memandangkan anak-anak yang tengah exam dan jadual suami yang harus berada di rumah untuk urusan anak-anak (transit & pengangkutan), kami tidak dapat turut serta menghantar hingga ke airport. Jadi, paginya selepas menguruskan anak-anak ke sekolah, kami terus ke rumah mentua. Dalam pukul 10.40 sebelum bertolak, sempat semuanya bermaaf-maafan. Sayu pulak masa tu bila ibu mentuaku..semasa berpelukan untuk mengucapkan selamat tinggal tu berbisik " Mak minta maaf...mak banyak dosa..." Syahdulah pulak rasanya masa tu...ish ish ish..yang tak sanggup tu, suamiku dan abang iparku turut menitiskan airmata...






Terpancar kegembiraan yang sukar ditafsirkan di wajah masing-masing.


Danish yang sibuk nak ikut gi airport terpaksa dipujuk.."Nanti Opah balik, kita jemput ramai-ramai ye sayang..."

Semoga mereka selamat pergi dan balik, dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalani ibadah dengan aman di sana...Amin...

Wednesday, May 12, 2010

Nur Iman Bisyarah


Kalau hari tu cerita pasal Shasha, hari ni pasal Nur Iman Bisyarah (Sarah) pula. Thn ni umurnya baru 7 tahun. Amatlah berbeza perangainya dari Shasha. Di ni cam Baby sikit.



Dilahirkan pada bulan Ramadan, 2003. Kedatangannya amat dinanti-nantikan oleh semua kerana masa tu Shasha sebenarnya, cepat besar (the way dia carry diri dia tu..x macam umurnya) Sebenarnya hari ke 2 berpuasa perutku dah mula sakit-sakit. Dah masuk labour room tapi tak jadi pulak nak bersalin..balik rumah...dah tentu-tentu tak puasa hari tu, sebab 2/3 kali nurse & doktor check, masih belum terbuka pintu rahim. Last-last balik rumah.


Sarah semasa di puncak Gunung Raya, Langkawi.

Lebih kurang seminggu lepas tu, masanya tiba. Masih ingat lagi masa tu, lepas Dr Daud buat pemeriksaan, dalam pukul 6 pm, dia sibuk ambil order makanan dari nurse-nurse kat situ utk berbuka puasa.."alah...lambat lagi ni...malam nanti ni.." lalu keluar. Nak jadi cerita tak sampai 1/2 jam lepas tu perutku memulas-mulas seperti hendak membuang air besar.


Iman & Sarah di Taman Rusa & Arnab, Langkawi.

Staff nurse yang bertugas hari itu amat tenang mengawal keadaan. Dengan segera menalipon Dr Daud dan menyiapkan segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran. Nak dijadikan cerita Dr Daud terkandas dalam traffic jam. Dgn nada yang amat perlahan Staff nurse tersebut melarang aku dari meneran sambil berkata, "Ni tak sempat tunggu doktor ni..tapi tak apa, saya pun boleh sambut." Tak lama kemudian baby pun lahir di sambut ole staff nurse tu. Dr Daud tiba selepas baby keluar lalu terus mengambil alih untuk mengeluarkan uri. Menurut Staff nurse tu, tak perlu dijahit, memandangkan cuma luka-luka biasa saja yang ada. Menurut suami yang sentiasa disisiku, rupanya semasa staff nurse tu melarangku dari meneran tu, kepala baby dah kelihatan dan dia cuba menahan dengan lembut menggunakan jari..alhamdulillah semuanya selamat..hilang segala sakit masa tu, dan amat teruja bila melihat baby yang comel tu.

Sarah & Dina

Sarah & Danish kalau ke pantai, tak sah kalau tak bermain pasir!

Danish dengan aksinya yang tersendiri. Inilah kawan baik Sarah di rumah.


Sekarang Sarah dah 7 tahun, dah Tahun 1. Masih berebut botol susu dengan Danish..macam Baby. Paling manja dengan ayahnya. Satu lagi, masa mengandung, kalau makan kat kedai atau gerai, maka semua kucing yang ada di situ akan mengerumuniku...dan Sarah terbukti seorang yang penyayang. Pantang nampak binatang comel atau baby di mana-mana, mesti dia akan leka.


Sarah bersama kakak-kakak & abangnya.


Masih terlalu awal untuk menilai, tetapi dia rajin berusaha..semoga Sarah tetap dengan sikap penyayang dan rajin berusaha...mama dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak..