Sunday, November 13, 2016

Negeri Di Bawah Bayu - Kota Kinabalu, Sabah ( 2 )

Rupa2 nya fish spa yang terdapat di Tagal Sg Moroli, Kg Luanti, Ranau terletak jauh ke atas dari Kundasang. Demi merasai pengalaman sendiri selepas google diinternet, perjalanan tetap diteruskan, memang berbaloi.

Dikenakan tiket rm5 seorang, penjaga di pintu akan memanggil nombor yang tertera mengikut giliran. pengalaman selama 15 ke 20 minit merendamkan kaki lalu dihurung oleh ikan2 yang banyak terdapat disitu memang menyeronokkan. Geli bila terkena badan  ikan yang licin dan rasa yang pelik dan sedikit sakit bila sel2 mati yang terdapat di kaki digigit oleh ikan2 yg bersaiz lebih kecil. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter dgn harga 30 sen ke 50 sen.

Menaiki pula jambatan gantung yang terdapat berhampiran.Ada orang yang gayat dgn ketinggian akhirnya turut naik  tak tahan tinggal seorang di bawah menjadi pemerhati...he he


Inilah gambar yg sempat disnap oleh Shasha..yang awalnya x nk naik sbb gayat..he he he

No comments:

Post a Comment