Tuesday, November 22, 2016

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (10)

Tiba di hotel, 4 bff ke kolam renang sementara yang lain2 mandi dan bersiap. 12.30 check out, sempat membeli ikan bilis dan udang kering untuk dibawa pulang. Sempat juga menambah 1 atau 2 cenderahati.

Lunch hari tu di kedai yang disyorkan oleh Nizam. Sedap dan harga juga amat berpatutan. Nasi ayam buat Akim dan Dina, Nasi Ayam Penyek dikongsi dengan Danish, Nasi Ayam Tagallang buat Iman, Nasi goreng Lalap buat Nizam, Shasha dgn mi gorengnya, Danial dgn soto dan Sham n Aida, nasi dgn ikan bakar, Haikal..x ingat pula. Beserta air kesemuanya dlm RM100. Alhamdulillah..

Masjid Terapung

Terus ke Masjid Terapung untuk qasar dan jamak  zuhur dan asar. Berbeza dengan di Penang yang dikelilingi air laut, di sini ia dikelilingi tasik buatan. Ktnyer ada bahagian yang hampir sama dgn Masjid Nabawi di Madinah. Alhamdulillah..memang berhajat sangat  merasai bersolat di sini..  Allahuakbar..

Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru merupakan antara destinasi pelancong yang berkunjung di KK.  Menikmati matahari terbenam memang mengasyikkan. Sempat membeli jagung, kek dan minuman sebagai pelapik perut.

Taman Perdana, Sabah.

Katanya disini terdapat air pancuran berirama, dgn.lampu yang berwarna-warni. Tasik yang terbentang di hadapan memang menenangkan dengan bangau/flamingo yang mengintip, mengikut gerak ikan yang terdapat di dalam tasik untuk dijadikan mangsa.

Kami tidak menunggu lama kerana air pancuran itu dijadualkan pada 7pm ke 9 pm..  perlu ke lapangan terbang, flight dijadualkan berlepas 9.45 pm. Sempat singgah membeli kfc dan makan di airport sebelum melalui imegresen.

Jamak n qasar maghrib dan isya di airport,  sebelum ke boarding area.
Alhamdulillah..selamat tiba di klia 2.
Tiba di rumah hampir jam 3 am...zzzzz


Di sebelah kanan, Masjidil haram di mekah. Tiada pula gambar masjid Nabawi di dalam simpanan.
Akim n Danish sempat welfie
Sarah dan Dina di Tanjung Aru
Sunset di Tanjung A
senja nan merah

No comments:

Post a Comment