Monday, November 21, 2016

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (7)

Muzium Sabah

Terletak di Jalan Kebajikan off Jalan Penampang, lebih kurang 4 km dari pekan Kota Kinabalu. Besar juga bangunannya, 3 tingkat. Boleh menaiki bas no 13 dengan tambang RM1 (sehala:) atau menaiki teksi RM10 (sehala).

Bangunan Utama

Rekabentuk bangunan utama direka berkonsepkan Rumah Panjang Rungus merangkumi "Ethnograpy , Natural History Ceramics, Archaeology and History Galleries" yang menunjuk  dan membuktikan kekayaan dan kepelbagaian kebudayaan dan sejarah   Sabah. Bangunan Utama juga merupakan dewan untuk tujuan pameran2 sementara

Tiket masuk- RM 2.00 warganegara

                    - RM15.00 bukan warganegara

Warganegara sahaja: 

Pelajar beruniform - Percuma

Tetamu kurang upaya - Percuma

Warga Emas & Pemandu Teksi - Percuma

Waktu Operasi - 9.00 am ke 5 pm


Kampung Warisan

Tiba, kaunter telah ditutup. Tiket masuk ialah RM5 seorang. Memandangkan tiada petugas di kaunter, kami terus masuk diikuti sepasang warga Jepun. Cuma ada 1 atau 2 sahaja gerai menjual cenderahati yang masih dibuka. 

Di sini terdapat banyak rumah2 contoh warisan Sabah seperi rumah panjang muluk, rumah panjang iban dan sebagainya. Di dalam rumah panjang terdapat banyak bilik2 kecil yang terdapat pangkin untuk tidur, dan tempat memasak. Setiap bilik kecil dihuni oleh sebuah keluarga. Ada juga terdapat rumah buluh dan rumah yang dipenuhi tengkorak bergantungan di bumbung.

No comments:

Post a Comment