Sunday, November 20, 2016

Jalan-jalan di Kota Kinabalu, Sabah (3)

Late lunch di area Kundasang..x ingat pula nama kedainya. Harga nasi goreng Rm5.50 sepinggan dan rm2 utk tambahan telur mata kerbau..agak mahal dan rasanya cuma ala kadar sahaja. Alhamdulillah..

Hampir senja dan keadaan semakin gelap dan sejuk. Anak2 berebut2 dgn kepak ayam madu bakar panas2  yang dibeli di gerai berhampiran. Cuaca yang sejuk turut menyumbang keenakannya.

Harus menaiki bukit yang tinggi untuk tiba di Kinabalu View Chalet yang telah siap dibook terlebih awal.  Mujur van yang disewa masih baru dan dalam keadaan baik. Perlu melalui Kiram's guesthouse sebelum tiba. Kiram's adalah pilihan pertama sebenarnya, tetapi memandangkan tiada kekosongan,  jadi terpaksa mencari kediaman lain.

Tetapi amat bertetapan sebenarnya pilihan yang dibuat. Chalet 2 tingkat, bilik jenis Rose,  3 bilik, 3 queen bed, 2 single bed dan 2 extra matress. Anak bujang ber2, Danial dan Haikal tidur di ruang tamu menggunakan tilam lebih yang disediakan. Sejuk sungguh malam itu. Anak2 yg sentiasa lapar, mujur sempat membeli  roti, maggi, biskut dan minuman sebelum ke chalet tadi.

Subuh awal sejam di sini ya. 4.40 am dah masuk waktu. 6 am dah terang benderang. Berebut2 semua orang nk masuk bilik air untuk berwudhu'. Solat harus dijaga walaupun melancong tanda bersyukur dgn segala kurniaan Allah.

Inilah klimaks perjalanan kali ini, nikmatilah keindahannya..


Subhanallah...

berlatarkan Gunung Kinabalu
cantik gambar ni..missing in pix: Danial tgh bersiap, tidur lewat siapkan assignment
horeyyy..
he he he...

bergambar di hadapan chalet 
Kucing ni duk ikut Shasha mn dia pergi

No comments:

Post a Comment