Check in di Marina Cove, Kota Kinabalu, Sabah sudah lewat petang. Apartment berkonsepkan 3 bilik - 2 queen bed dan 1 bilik, 2 single bed dengan harga yang amat berpatutan, RM300 semalam. Bilik bersih dan perabut yang terjaga. Dari balkoni kelihatan kapal dan bot yang berlabuh di laut yang biru. Segar dan nyaman..
Danish, Akim n Sarah sempat mandi sebentar di kolam renang ditemani ayahnya. Usai jamak dan qasar maghrib & isya', bersiap untuk ke Pasar Philiphines dan makan malam.
Berjalan beramai2 di sepanjang waterfront hingga tiba di pasar. Ikan bilis, udang kering dan ikan kering banyak dijual di sini dengan harga yang murah dr di Semenanjung.
Terjumpa pula pomade (gel rambut yg popular terkini)..apalagi..akim n Danish..memang dah lama diidamkan..murah pula di sini..cuma RM10 setin yang selalunya berharga Rm35 ke Rm50....borong sorang 2 tin..
Pasar Philipines memang banyak menjual mutiara. Gelang, cincin, subang, brooch..dijual dgn harga yang murah dan banyak pilihan. Mutiara terbahagi kepada 2 iaitu air tawar dan air masin. Air tawar selalunya mutiara yang diternak manakala air masin yang terdapat di dalam laut..sudah tentulah air laut lebih mahal. Tapi memandangkan membeli untuk diri sendiri dan sedikit untuk kakak2 dan.mak mentua sebagai cenderahati, banyak yang dibeli air tawar sahaja..itupun dah cukup cantik sebagai perhiasan.
Tapi yang x bestnya..sibuk nak memilih, sekejap2 akim dan danish sibuk datang suh cepat kata dah lapar. Itu belum suami masing2 yang datang dgn muka yang x payah nak diterangkan..he he
Kena redho beli dalam.masa tak sampai sejam...ish ish.
Berjalan lagi di sekitar. Nizam yang dah 2/3 kali ke KK kerana bertugas mencadangkan berjalan ke atas lagi kalau nk makan seafood kerana di situ agak kotor..takut sakit perut pula.
Memang benar terdapat 1 kawasan yang bersih..gerai2 di situ semua menjual makanan seafood. Terdapat gerai makanan halal, x ingat apa nama gerainya. Sham membuat pesanan, yang lain redho je sebab semua dah lapar..
Ikan masam manis, udang telur masin, kangkung belacan dan 2 pinggan besar sotong butter. Portion setiap hidangan besar dan berlebih sebenarnya, nasib siapa yang larat meratah perlahan2.... habis juga akhirnya, itu belum air dan jus yang dipesan. Memang enak dan amat direkomen makan di sini.(nanti akan cuba dapatkan info ttg gerai). Harganya pun murah..jauh lebih murah dari bajet (bajet RM300) ..cuma RM200... alhamdulillah..
Balik..berjalan ke hotel, masing2 dah penat. Tambah2 danish yang sudah tertidur waktu makan..dan sedikit merengek sambil berjalan...aduii..he he
Tiba, walau penat, tetapi hati puas. Sibuk pula mengemas kerana pagi2 esok plannyer ke Pulau Sapi untuk snorkeling. Pukul 12 check out, takut terlewat tiba di hotel..kelam kabut pula nanti.
No comments:
Post a Comment