Snorkeling di Pulau Sapi
Seawal 7.30 am dah bergerak untuk ke kawasan jeti. Sebenarnya 3 pulau yang sering dikunjungi pengunjung untuk snorkeling selain Pulau Sapi, iaitu Pulau Manukan dan Pulau
Anak-anak amat teruja terutama Sarah, Danish, Akim dan Dina. Plan yang tertangguh dari hari pertama kerana keadaan dan waktu yang tidak mengizinkan. Sham berjaya membuat personal booking sebuah bot untuk kami yang seramai 12 orang. Rm480 sebuah bot termasuk alat snorkeling.... alhamdulillah. Kelebihannya kami boleh pergi lebih awal kerana paling lewat 10.45 am harus pulang untuk check out. Jika menaiki perkhidmatan feri, bermula 9 am hingga 4 pm dari pulau.
Perjalanan selama 15 ke 20 min sahaja. Kami yang pertama tiba, memilih bangku dan meja kayu di bawah pokok untuk meletak barang2.
Maka bermulalah perjalanan dan pengalaman manis kami :
1. Akim yang cuba menyesuaikan diri dgn alat di bahagian mulut dan bernafas dgn cara yang betul. Sesekali patah2 perkataan akan keluar dari mulut kecilnya "ish..alat ni busuklah..dah masuk mulut orang lain.." he he. 3 atau 4 kali mengulang ayat yang sama, hingga babahnya bersuara, "dah sterilized dah benda ni..." baru dia diam dan si bff@ danish sibuk mengajar bersnorkeling.
2. Dina mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri diajar uminya. Sukar baginya memasukkan alat ke dalam mulut dan bernafas melaluinya. Air pula kerap masuk di bahagian mata. Selepas diketatkan, air tidak masuk lagi. Akhirnya berkat usahanya yang bersungguh, dia berjaya! Dan terus hilang, snorkeling dengan Sarah..
3. Shasha tiba-tiba naik ke pantai kerana terasa sakit di bibir bekas jahitan krn menggunakan alat snorkeling untuk tempoh yang agak lama.
4. Roti yang dibawa cuma 2 bungkus.. dimakan dengan tuna..kerana sham x confident nak beli jenis2 yang lain..takut x halal. Yang tinggal cuma 2 bungkus. Sorang sikitlah jawabnya..mujur iman membawa buah-buahan yang di beli di pasar.
5. Ha ha..nak gelak dulu ni...
Awalnya, memang plan cuma 2 ke 3 jam shj..tapi bila nk balik semua liat..terutama Nizam..he he. Siap jd trainer lagi untuk isteri kesayangan. Yalah..dah terer..he he
Jenuh Sham duk suh cepat, mengerah semua orang sebab bot dah sampai dan takut terlewat...
No comments:
Post a Comment