Hati puas selepas menonton tarian kecak yang mengambil masa selama 1 jam. Pulang, sempat singgah membeli nasi goreng untuk dinner malam itu. Untungnya dengan Pak Ali ini, memandangkan dia juga muslim,kita tidak perlu risau mencari makanan halal, dia lebih arif. Menurutnya makanan yang famous di Bali ni sebenarnya babi guling...he he he
Tiba di hotel dalam pukul 9 pm++. Berjanji untuk berjumpa dengan Pak Ali keesokan harinya. Selepas membersihkan diri kami mengambil keputusan untuk berjalan sekitar pekan Legian. Semapat sesi massage dalam sejam...ha ha ha jangan jeles..murah giler tuh..Rp50,000 aje (dlm RM16.00)..kat sini mana dapat...lega rasanya selepas marathon sehari suntuk diurut begitu ..sorry ya En Shamsul..next time kalau kita pergi lagi..kita book in advance..kena tukang urut lelaki,lah kan...he he he
Balik ke hotel, makan nasi goreng yang dah sejuk tu..lepas tu apa lagi..tidur & rehatkan badan..penat giler...
24 NOVEMBER 2012
Selepas sarapan kami berjalan di sekitar Legian. Sempat membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. t-shirt "BALI" sudah semestinya untuk anak-anak, sandal untuk wanita amat murah disini. Tawar-menawar sudah semestinya..berbaloi rasanya dapat dalam Rp 20,000 ke Rp30,000...(RM6.40 ke RM10.00) apa lagi..boronglah gamaknya..he he. Yang paling best, sandal sarah dapat dalam Rp10,000 aje (RM3.20)..terkilan tidak beli untuk Dina, sepupu kesayangan Sarah...x pa..nanti ada rezeki kita pergi lagi ya..
Sampai di hotel Pak Ali sudah siap menunggu..selepas bersihkan badan kami terus check out.Flight dijadualkan pada pukul 10.00 pm, jadi masih banyak masa untuk membuat lawatan.
Lawatan seterusnya ke Taman Ayun.
TAMAN AYUN
Atas budi baik penjaga di kawasan itu yang menawarkan untuk mengambil gambar, kami di arahkan untuk bergambar di sini. menurutnya kesemua 7 pura dapat dilihat dari sini. terima kasih ya pak... |
Lihatlah..betapa indahnya kawasan diraja yang dilengkapi pangkin dan dikelilingi kolam |
Bermakna "Taman Cantik atau Taman Indah", merupakan salah satu antara tempat/pura yang paling menarik di Bali. Terletak di perkampungan Mengwi, 18 km dari arah barat Denpasar. Pura Taman Ayun dibina dalam tahun 1634 oleh Raja Mengwi, Raja Gusti Agung Anom. Ia juga dikenali dengan Pura Kawiten atau Kuil Keluarga.
Laluan para keluarga diraja untuk bersiram...dari kejauhan nampak telaga dan dikelilingi sungai... |
Merupakan kuil istimewa yang digunakan oleh Raja Dynasty, Mengwi dan Tuhan atau dewata yang terpilih dan penting dari kuil lain untuk dirai.
Pura Taman Ayun merupakan yang kedua terbesar daripada enam kuil di Bali.Raja Gusti Agung Anom merupakan raja yang paling berkuasa pada zaman Dinasti Mengwi di Bali yang aman & makmur sehingga 1981. Bagaimanapun, gegaran gempabumi yang kuat pada 1917 telah memusnahkan kuil diraja ini dan tidak dapat dibaikpulih sehingga 1950.
bersambung....
No comments:
Post a Comment