Sunday, December 23, 2012

KRISNA & JIMBARAN - BALI (7)

KRISNA

OH, di sinilah rupanya pusat membeli-belah, ole -ole untuk dibawa pulang. Segalanya ada di sini, dari gelang, rantai, perhiasan hinggalah baju, alas meja, kain batik dan sebagainya. Harganya murah, harga tetap. Sempat membeli lagi beberapa barang sebelum bertolak ke Jimbaran.



 JIMBARAN.














 Pak Ali menurunkan kami di sebuah restoran di Pantai Jimbaran. Kami disambut dengan segelas air dan sekuntum bunga yang diselitkan di telinga, lalu di bawa ke meja yang terletak di pantai, betul-betul di hadapan sekali.




Duduk bersantai sambil menikmati senja, matahari tenggelam dengan deruan ombak yang agak kuat..indah sungguh panorama ciptaan Allah.



Pantai di sini adalah pantai persendirian (restoran). Makan malam di sini agak mahal..kami ditawarkan pakej yang paling murah, dalam harga RM300 ++.










Tetapi kami mengambil keputusan untuk minum sahaja memandangkan secara kebetulan tidak lama selepas kami tiba, hujan renyai-renyai turun dan terpaksa bertukar tempat ke dalam restoran. Kami juga perlu ke airport untuk pulang.













Singgah ke masjid yang terletak berdekatan airport. Selepas membersihkan diri dan solat qasar & jamak Maghrib & Isyak, kami menuju ke airport.





Selamat tinggal Bali...In Shaa Allah, kalau ada rezeki, akan berkunjung semula ke sini dengan anak-anak..






Sunday, December 16, 2012

TANAH LOT, BALI. (6)




Singgah solat di masjid daerah Kediri sebelum ke Tanah Lot.









 TANAH LOT

Inilah tempat yang wajib dilawati jika ke Bali!.


Di sepanjang jalan ke pantai terdapat banyak gerai-gerai menjual berbagai-bagai barang yang boleh di buat sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.



Memang amat murah & berbaloi jika kita pandai tawar-menawar. Sempat membeli lukisan minyak dengan harga yang amat murah.



Kalau di galeri lukisan yang dilawati semalam harga untuk yang bersaiz besar dalam Rp800,000 (RM256.00) aku berjaya membeli dengan harga Rp310,000 sahaja untuk 1 lukisan bersaiz besar dan 2 lukisan bersaiz sederhana (lebih kurang RM100 untuk 3... mana boleh dapat di sini dong...murah bangat! he he he)

Perhiasan seperti rantai dan sebagainya amat murah di sini, setelah ditawar boleh dapat serendah Rp10,000 ke Rp20,000 (RM3.20 ke RM6.40). Sempat membeli sedikit buat anak-anak. Pario dengan harga Rp20,000 aje...Iman & Shasha bising sebab tak belikan untuk diorang. Cukup dulu sopping-sopping ni..kita ke Tanah Lot ya dulu ..


Harus menuruni anak-anak tangga untuk sampai di pinggir laut. Apa yang nak dikatakan lagi..pemandangannya amat menakjubkan..dengan ombak kuat yang menghempas ke batu-batu di tepi pantai...Subhanallah...Allah Maha Besar! Kadang-kadang gambar sahaja sudah memadai tanpa kata-kata..





bersambung....


Sunday, December 9, 2012

BALI OH BALI !!! - (5)

  BALI



Hati puas selepas menonton tarian kecak yang mengambil masa selama 1 jam. Pulang, sempat singgah membeli nasi goreng untuk dinner malam itu. Untungnya dengan Pak Ali ini, memandangkan dia juga muslim,kita tidak perlu risau mencari makanan halal, dia lebih arif. Menurutnya makanan yang famous di Bali ni sebenarnya babi guling...he he he

Tiba di hotel dalam pukul 9 pm++. Berjanji untuk berjumpa dengan Pak Ali keesokan harinya. Selepas membersihkan diri kami mengambil keputusan untuk berjalan sekitar pekan Legian. Semapat sesi massage dalam sejam...ha ha ha jangan jeles..murah giler tuh..Rp50,000 aje (dlm RM16.00)..kat sini mana dapat...lega rasanya selepas marathon sehari suntuk diurut begitu ..sorry ya En Shamsul..next time kalau kita pergi lagi..kita book in advance..kena tukang urut lelaki,lah kan...he he he

 Balik ke hotel, makan nasi goreng yang dah sejuk tu..lepas tu apa lagi..tidur & rehatkan badan..penat giler...  

24 NOVEMBER 2012



Selepas sarapan kami berjalan di sekitar Legian. Sempat membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. t-shirt "BALI" sudah semestinya untuk anak-anak, sandal untuk wanita amat murah disini. Tawar-menawar sudah semestinya..berbaloi rasanya dapat dalam Rp 20,000 ke Rp30,000...(RM6.40 ke RM10.00) apa lagi..boronglah gamaknya..he he. Yang paling best, sandal sarah dapat dalam Rp10,000 aje (RM3.20)..terkilan tidak beli untuk Dina, sepupu kesayangan Sarah...x pa..nanti ada rezeki kita pergi lagi ya..

Sampai di hotel Pak Ali sudah siap menunggu..selepas bersihkan badan kami terus check out.Flight dijadualkan pada pukul 10.00 pm, jadi masih banyak masa untuk membuat lawatan.

 Lawatan seterusnya ke Taman Ayun.

TAMAN AYUN







Atas budi baik penjaga di kawasan itu yang menawarkan untuk mengambil gambar, kami di arahkan untuk bergambar di sini. menurutnya kesemua 7 pura dapat dilihat dari sini. terima kasih ya pak...



Lihatlah..betapa indahnya kawasan diraja yang dilengkapi pangkin dan dikelilingi kolam





 
Bermakna "Taman Cantik atau Taman Indah", merupakan salah satu antara tempat/pura yang paling menarik di Bali. Terletak di perkampungan Mengwi, 18 km dari arah barat Denpasar. Pura Taman Ayun dibina dalam tahun 1634 oleh Raja Mengwi, Raja Gusti Agung Anom. Ia juga dikenali dengan Pura Kawiten atau Kuil Keluarga.



Laluan para keluarga diraja untuk bersiram...dari kejauhan nampak telaga dan dikelilingi sungai...

Merupakan kuil istimewa yang digunakan oleh Raja Dynasty, Mengwi dan Tuhan atau dewata yang terpilih dan penting dari kuil lain untuk dirai.

Pura Taman Ayun merupakan yang kedua terbesar daripada enam kuil di Bali.Raja Gusti Agung Anom merupakan raja yang paling berkuasa pada zaman Dinasti Mengwi di Bali yang aman & makmur sehingga 1981. Bagaimanapun, gegaran gempabumi yang kuat pada 1917 telah memusnahkan kuil diraja ini dan tidak dapat dibaikpulih sehingga 1950.





  bersambung....

BALI - TARIAN KECAK / KECAK DANCE (4)









Sejenis tarian Bali yang paling unik. Kecak tidak diiringi dengan alat muzik/gamelan apa pun tetapi diiringi dengan paduan suara sekitar 70 orang pria, ia berasal dari jenis tari sakral " sang Hyang:.
 Tari Sang Hyang - seorang yang sedang kemasukan roh berkomunikasi dengan para dewa atau leluhur yang sudah disucikan. Dgn menggunakan si penari sebagai media penghubung para dewa atau leluhur dpt menyampaikan sabdanya. Pada tahun 1930an mulai disisipkan cerita epos Ramayana ke dalam tari secara singkat seperti berikut:
 Kerana niat jahat Dewi Kakayi (ibu tiri) Sri Rama, Putra Mahkota yang sah dari kerajaan Ayodya diasingkan dari istana ayah anandanya Sang Prabu Dasa Rata. Dgn ditemani adik lelaki serta isteri yang setia Sri Rama pergi ke hutan Dandaka. Semasa di hutan, Prabu Dasamuka (Rahwana) iaitu seorang raja yang zalim terpikat dengan kecantikan Dewi Sita, berusaha untuk menculiknya dibantu oleh Patihnya Marica. Raksasa Marica menjelma menjadi seekor kijang emas yang cantik & lincah.
Sita dan Rama berjaya dipisahkan, kesempatan ini digunakan untuk menculik Dewi Sita dan membawanya ke Alengka Pura. Rama & Laksamana berusaha menolong Sita, atas bantuan bala tentera kera dibawah panglima Hanoman mereka berjaya mengalahkan bala tentera Rahwana yang dipimpin Meganada, putranya sendiri. Rama berjaya merebut kembali isterinya dengan selamat..







bersambung.....

BALI OH BALI!!! - (3)






BALI



23 NOVEMBER 2012


 ULUWATU

dari kejauhan di puncak bukit, Pura Uluwatu
 Merupakan destinasi terakhir kami untuk hari itu. Bayaran sebanyak Rp20,000 (lebih kurang RM6.40)seorang dikenakan dan perlu memakai kain yang diikat dipinggang. Bagi yang memakai seluar pendek pula dikenakan kain labuh..


Kami berjalan agak jauh untuk sampai ke tebing di tepi laut. Sungguh indah panorama di sini, dengan sunset & ombak kuat yang menghempas ke tebing. Kelihatan dari kejauhan pura uluwatu di puncak bukit menghadap lautan biru.

 Tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyaksikan Tarian Kecak yang dijadualkan setiap hari jam 6 petang. Rp70,000 seorang dikenakan untuk masuk melihat pertunjukan tersebut.



bersambung...

Saturday, December 8, 2012

BALI OH BALI!!!



22 November 2012




 Tidak dapat digambarkan perasaan sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar. Hilang rasa penat dan lenguh duduk selama 3 jam di dalam kapalterbang. Banyak membaca dan mendengar cerita dari teman-teman tentang kelebihan pulau ini. Walaupun pilihan kali ini adalah pilihan suami, tetapi merupakan pilihan yang amat tepat dan berbaloi.


Pak Ali telah siap menunggu. Memandangkan waktu telah 10.00 pm, kami mengambil keputusan terus ke hotel, sempat menapau makanan untuk dinner malam itu. Di sepanjang perjalanan ke hotel kami yang terletak di Legian, rumusannya Kuta merupakan tempat yang amat happening, kelihatan ramai mat saleh yang duduk minum-minum di sepanjang kedai-kedai yang terdapat di situ yang sememangnya berhadapan dengan kawasan pantai & laut. Bak kata Pak Ali " mereka ni drink and terus drunk" he he he. Keesokan harinya seawal 7.30 kami telah siap breakfast dan jam 8.30 am Pak Ali tiba menjemput untuk memulakan lawatan di sekitar pulau Bali.



 




23 NOVEMBER 2012
 
KINTAMANI

Merupakan destinasi yang dituju. Tidak hairanlah digelar Pulau Seribu Pura. Memang banyak terdapat pura dan patung-patung serta dewata yang diukir indah & halus, turut membuatkan pelancong rasa kagum dengan seni yang amat kreatif ini. Sempat singgah dibeberapa tempat yang menarik sebelum tiba ke tempat yang dituju. Antaranya tempat membuat batik, perak & emas & galeri lukisan. Di sepanjang perjalanan banyak terdapat kedai-kedai menjual lukisan dan kawasan sawah padi. Memandangkan hari Jumaat, Pak Ali mencadangkan agar solat jumaat di Kintamani kerana di Bali sebenarnya amat kurang masjid.
Kelihatan bersebelahan gunung berapi tersebut terdapat danau yang sungguh luas


Sawah padi bukit yang banyak terdapat di Bali
Cuaca mendung dan hujan (sekejap hujan, sekejap berhenti. menambahkan lagi sejuk cuaca di puncak bukit tersebut. Sementara Sham & Pak Ali solat Jumaat, aku dihurung dua wanita warga Bali agar membeli barang-barang perhiasan cenderahati seperti gelang, rantai dan sebagainya. Amat murah sebenarnya kerana kita boleh tawar menawar. Sempat berhenti untuk bergambar berlatarbelakangkan gunung berapi yang masih aktif (kelihatan asap yang keluar dari puncak gunung tersebut. Dihujung bersebelahannya kelihatan danau yang besar. Cantik dan Indah sungguh panoramanya..subhanallah!!



bersambung...

BALI OH BALI !!!! - (2)


.
BALI

23 NOVEMBER 2012


UBUD merupakan lombong seni kreatif masyarakat Bali. Segala-galanya ada di sini. Daripada perhiasan, pasu, patung ukiran, kain, cadar dan macam-macam lagi. Di sepanjang jalan seronok melihat berbagai-bagai barangan yang dipamer. Singgah melawat Taman Herba. Berbagai jenis herba terdapat di sini. Coffee Luwak turut dijual & penerangan tentangnya turut diberi.


Di sini kami turut diberi minum contoh-contoh perisa kopi yang dihasilkan. Teh o limau dan ginger menjadi pilihan. Harga di sini harga tetap iaitu 100,000 rupiah untuk 100 gsm (lebih kurang RM32.00)


 LUWAK COFFEE

 Beberapa ekor musang yang cuma memakan buah-buahan dipelihara di sini dan di beri makan buah kopi. Proses pencernaan musang turut mengeluarkan kopi yang dimakan tadi. Kopi ini akan diambil & dikumpulkan, lalu dibersihkan. Selepas dibersihkan ianya akan digoreng tanpa minyak sehingga coklat gelap & diproses untuk dijual. Kopi ini antara yang termahal kerana mutunya yang tinggi.









Cerita Pak Ali juga turut menarik untuk dikongsi bersama. Semasa kecilnya sering mengikut ayahnya ke hutan. Musang-musang yang terdapat di sana sebenarnya memilih buah-buah kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan. itulah sebabnya kopi ini merupakan kopi yang bermutu tinggi. Sekarang musang yang diternak hanya memakan sahaja kopi yang diberi & disediakan , tanpa memilih..diragui samada kopi yang terhasil adalah yang terbaik mutunya..








Hujan yang lebat mengiringi kami keluar dari kawasan itu ke kereta. Mujur payung banyak disediakan di situ. Singgah makan di restoran nasi padang dan sempat solat qasar & jamak di bilik kecil di restoran tersebut.



 bersambung ....

Monday, November 5, 2012

CAMERON HIGHLANDS



Perbualan pendek di suatu petang.

Iman : Mama, cuti sekolah ni kita nak gi mana?

Mama  : Korang prefer g mana?

Iman : Kita suka g Cameron Highlands lah mama, best, sejuk..pemandangannya pun cantik..

Shasha : Kita pun suka Cameron Highland...




Maka berbekalkan kata-kata tersebut, Cameron Highland adalah destinasi kami pada kali ini. Tetapi kali ini En Shamsulnya bermurah hati singgah & bermalam pula di Felda Trolak, Hot Spring pada keesokannya.








 Dan yang buat Danish & Sarah tersenyum lebar bila mendengar Atam turut serta...he he he..apa lagi, sepupu merangkap rakan-rakan seperjuangan semua ada...he he he.





Memandangkan jadual yang padat, kami mengambil keputusan pergi padMa 3/11/12 ke 5/11/12 yang lepas. Secara kebetulan 3hb November merupakan tarikh lahir Sarah yang ke 9.














Sampai, dalam tengahari, terus check-in. Oh ya..nasib baik masih ada kekosongan di Komardi, walaupun booked last minute.  Kali ini Aida turut membawa ibu mentuanya.







Selepas makan kami cuma berjalan di sekitar Mardi melawat pokok-pokok bunga ros yang cantik & mekar, sayur-sayuran, buah-buahan seperti strawberry, epal, anggur dan sebagainya..




Sebelah malamnya, Sarah sempat memotong kek dengan iringan nyanyian & gurau senda dari abang, kakak, adik & sepupunya. Cuaca sekitar 18 celcius..sejuk sangat, hujan pula..makan pun agak kecoh sikit akibat hujan lebat & jalan yang jem...




Keesokannya, check out, atam & family terus pulang ke Ukay Perdana. Kami meneruskan perjalanan ke Trolak. Sejuk & dingin di Cameron Highland, mandi kolam air panas pula di Trolak..tak boleh digambarkan keseronokannya..siapa lagi yang paling gumbira..tentulah Danish & Sarah...sayangnya gambar di Trolak, tidak banyak yang diambil..