Tuesday, March 17, 2015

FADHAIL ZAM-ZAM (KELEBIHAN)


1) Air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit denqgan izin Allah swt.

Nabi saw bersabda :

Maksudnya  " Sebaik-baik air yang ada di mukabumi ialah air zam zam. Di dalamnya terdapat zat makanan (orang yang meminumnya akan berasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit."

2)  Zamzam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

Sabda Rasulullah saw :

Maksudnya, "Sesungguhnya zamzam merupakan air yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan (orang yang memakannya akan berasa kenyang seperti memakan makanan."

3)  Zamzam menyempurnakan hasrat peminumnya. (Dengan izin Allah)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Air zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya (dengan izin Allah.)"

KELEBIHAN AIR ZAMZAM

1)   Air  Merupakan salah satu daripada mata air syurga.

2)   Merupakan kurniaan pertama yang Allah swt bwri hasil doa Nabi Ibrahim as.

3)   Allah swt telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sbg penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi teraebut.

4)   Merupakan salah satu tanda -tanda kekuasaan Allah swt di Tanah haram.

5)   Merupakan slah satu drp nikmat yang besar dan manafaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.

6)   Telaga zamzam muncul melalui perantaraan Jibrail as.

7)   Terbit dari kawasan yang paling mulia di atas mukabumi.

8)   Air yang dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah saw beberapa kali.

9)   Bertambah keberkatannya dgn ludahan Rasulullah saw ke dalamnya.

10)  boleh menyembuhkan demam panas.

11)  banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan drp sifat munafik.

12)  Minuman orang-orang yang mulia.

13)  sebaik-baik hadiah atau buah tangan

14)  tidak akan kering walau ramai yang telah mengambilnya.

15)  Boleh menambah kekuatan (tenaga) tubuh badan.

ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM

a)  Menghadap ke arah kiblat.

b)  minum dgn 3 kali nafas, iaitu dgn 3 kali teguk.

c)  baca bismillah setiap kali meminumnya.

d)  memuji Allah dgn menyebut Alhamdulillah pada setiap nafas.

e)  minum dgn tangan kanan. (Syaitan makan dgn tangan kiri).

f)  Berdoa setelah minum air zamzam kerana merupakan antara waktu yang diperkenankan doa:
"Ya Allah aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari semua penyakit."


Sunday, March 15, 2015

Lambaian Kaabah - Al-Madinah Al- Munawwarah (2)




Hiasan Dalaman & Senireka Masjid Nabawi yang memukau

Selepas 7 jam penerbangan, transit di Abu Dhabi selama lebih kurang 3 jam sebelum berlepas ke Jeddah. 3 jam kemudian tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.  

Urusan kastam mengambil masa yang agak lama.  Menurut ustaz biasanya cuma 2 jam,  tetapi kali ini kami terpaksa menunggu selama 5 jam sebelum menaiki bas yang telah lama menunggu untuk ke Madinah.  Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa selama 5 jam. Alhamdulillah..

King Abdul Aziz Airport, Jeddah


AL- MADINAH AL-MUNAWARRAH

.Bermaksud Kota yang bercahaya atau Al-Madinah Al-Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi SAW.


Drp Abu Hurairah r.a, Sabda Rasulullah SAW :

MAKSUDNYA : "Pahala solat dimasjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik drp solat dilain2 masjid kecuali di masjidilharam."

Maka bermulalah edisi pembelajaran dan ibadah yang jitu dan indah.  Seperti tidak percaya berada di masjid dan kota Rasulallah saw.




KELEBIHAN MATI DI MADINAH

Drp Abdullah ibn Umar r.a, Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kpd mereka yang mati di Madinah."


KELEBIHAN BERSABAR MENANGGUNG KESUSAHAN YG DIHADAPI DI MADINAH

Maksudnya "Mana2 individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku menjadi saksi kepadanya."

Pemandangan Subuh di Masjid Nabawi

KELEBIHAN BELAJAR DI MASJID NABAWI

Maksudnya "Sesiapa yg memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah  dan sesiapa yg masuk dgn tujuan lain adalah umpama org yg melihat kecantikan barang orang lain. "







Pasar Tamar








Subhanallah... cantik sungguh Masjid Nabawi yang tersergam indah.. sentiasa penuh dengan jemaah dari seluruh pelusuk negara.  Payung gergasi yang akan mengembang awal pagi dan menguncup di kala maghrib menjelma..

Al -Madinah Al-Munawwarah - Ziarah (4)

ZIARAH - TEMPAT BERSEJARAH DI MADINAH

1.   Jannatul Baqi

Tanah perkuburan untuk penduduk Madinah, jemaah haji dan umrah yg meninggal di kota suci ini.

Disemadikan lebih 1,000 sahabat, isteri anak dan keluarga Rasululah saw termasuk :

Isteri  : Aishah, ummu Salamah, Zainab khuzaimah, Hafsah Umar Al Khattab dan Mariah Alqibtiyah.

Anak2 baginda : Ibrahim, fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqaiyah.

Cucu : Hassan

Kedudukan Perkuburan di Perkuburan Baqi'



Dari atas :
1)  Kubur Ibrahim bin Rasulullah
2)  Kubur Syuhada al harrah
3)  Kubur Uthman bin Affan

Nota : gambar kedudukan perkuburan dan kubur dipetik dari buku "Madinah Munawwarah - Kelebihan dan Sejarah" oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman

2.    UHUD


     Gambar berlatarkan Jabar Uhud, bersama Ustaz Roslan dan Kak Sabariah.

Sebuah bukit yg terletak 3 km dari Bandar Madinah dan Masjid Nabawi.

Di lereng bukit tercetusnya peperangan Uhud antara org Islam dan kafir quraisy.

Di lereng bhg tengah dan baratnya menjadi tempat perkuburan syuhada perang uhud. Di bhg tengah, kubur saidina hamzah abdul mutalib dan dipagari tembok besi.

3.   MASJID QUBA'

Masjid pertama yang dibina dalam sejarah perkembangan Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu.

Didirikan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, Abu Bakar al-Siddiq ketika dlm perjalanan hijrah dr Mekah ke Madinah pd tahun 622 Hijrah.

Rasulullah SAW dtg ke masjid Quba' pada setiap Sabtu dgn berjalan kaki atau menunggang unta.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Sesiapa yang berwudu' dirumahmya kemudian berkunjung ke masjid Quba' dan mendirikan solat, pahalanya seumpama menunaikan.umrah"





4.  MASJID QIBLATAIN

Terletak di bahagian barat kota Madinah, kira-kira 3.5 km dr Masjid Nabawi.

Masjid Qiblatain (2 kiblat) kerana ketika Rasulullah SAW bersolat di masjid ini, baginda menghadap ke Baitulmaqdis manakala 2 Rakaat terakhir menghadap Baitullah setelah menerima wahyu untuk mengubah arah kiblat umat Islam ke Baitullah.





Info dipetik dari buku "Bekalan umrah" oleh Juara Travel dan " Madinah Munawwarah - Kelebihan dan Sejarah" oleh Dr. Abdul Basit Abd. Rahman.








Ziarah Wida' & Perjalanan Madinah ke Makkah (5)


Kebiasaannya ke masjid dengan rakan-rakan sebilik tetapi pagi itu solat subuh bersama suami tercinta. Solat Subuh berjemaah di dataran masjid sahaja kerana tidak dibenarkan masuk oleh gadis Arab yang menjaga pintu. Setiap kali masuk ke masjid beg akan digelidah untuk langkah keselamatan.

Berjumpa dengan Sham di tiang di hadapan pintu masuk untuk membuat ziarah wida'.

ZIARAH WIDA' (ZIARAH SELAMAT TINGGAL)

Setiap yang hendak meninggalkan Madinah disunatkan berziarah selamat tinggal kepada Rasulullah saw sebagai menghormatinya dan keluar setelah selesai berziarah.
Sham masuk melalui pintu Babussalam untuk ziarah kali terakhir.

Berdiri membelakangkan kubah hijau ( dibawah kubah terletaknya maqam Rasulullah saw), menghadap kiblat, segala salam dan doa dipanjatkan..

Sedih hendak meninggalkan kota yang amat mendamaikan ini. Ya Allah , janganlah jadikan ziarahku ini ziarah yang terakhir...

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

1)  BERNIAT IHRAM DI MIQAT

Awal lagi sudah bersiap mandi sunat ihram. Disunatkan juga memotong kuku dan mencukur segala yang perlu dan berwangi-wangian. Bas memulakan perjalanan dalam 2 pm dijangka tiba 5 jam kemudian. Berhenti di Miqat Masjid Bir Ali yang terletak kira-kira 11 km dr Masjid Nabawi untuk solat sunat  dan berniat ihram. Maka bermulalah segala pantang larang yang 13.


Singgah di kawasan R & R untuk solat qasar n jamak maghrib dan isya' dan makan malam. Nasi Arab, hidangan kami malam itu.

Alhamdulillah selamat tiba, kumpulan kami yang seramai 11 orang termasuk Ustaz Roslan turun dulu di hotel Mira Ajyad sebelum bas bergerak ke hotel lain.

Ustaz memberi masa sejam lebih untuk check in dan berehat sebentar sambil nembersihkan diri sebelum ke masjidil haram untuk mengerjakan umrah yang pertama.


Wednesday, March 11, 2015

Makkah Al-Mukawarrah - Doa Istimewa Dari Kaki Jabar Nur (8)


Tiada yang lebih mengharukan dan rasa syukur yang teramat  apabila selesai menunaikan umrah buat kali ke 2 dan ke 3. Hadiah istimewa buat Allahyarham ayahanda dan allahyarhamah bonda. Semoga mereka ditempatkan di kalangan para soleh dan solehah. Moga Allah menerima segala ibadah yang serba kekurangan.

Sabtu malam, perancangan awal untuk mengadakan kekah Danish dan tahlil arwah di hotel ditukar ke tempat yang lebih istimewa..di kaki Jabar Nur iaitu diatas bukit itulah terletaknya Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah saw sering berkhalwat dan mendapat wahyu yang pertama. Syukur alhamdulillah atas rahmatMu ya Allah..

Kalau tak silap ada lebih 80 jemaah hadir. Solat Maghrib dan Isya' berjemaah serta sedikit ceramah tentang Makkah dan tawaf wida' sebelum doa dan tahlil dibacakan..

Semoga arwah mak dan abah ditempatkan di kalangan para soleh n solehah. Doa juga ditujukan buat arwah busu, mak ngah dan opah. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa mereka..kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil...


Allahuakbar! Maha suci Allah..yang menjadikan setiap sesuatu itu bersebab. Sejuk yang amat ditambah angin yang bertiup, menambah rasa syahdu yang tidak bertepi...

Hidangan istimewa malam itu tentulah Nasi Arab dan Nasi Mandy kambing dengan lauk pauk dan buah-buahan yang pelbagai. Sibuk menapau makanan dengan Yasmin untuk nenek, Zura dan Zali yang tidak hadir.
Balik, walaupun penat tapi dengan hati yang puas..alhamdulillah...







Lambaian Kaabah - Makkah Al-Mukarramah (7)





Sebuah perjalanan  ibadah dan pengabdian diri yang penuh peghayatan yang amat manis terhadapNya. Setiap waktu solat beramai-ramai berulang ke Masjid...

Kadang-kadang jika terlewat, terpaksa solat di luar di celah-celah lautan  manusia. Sejuk lantai terutama waktu subuh menyucuk-nyucuk hingga ke tulang sum-sum,  seeloknya bawa sejadah sendiri.





Yang paling manis tentulah berpeluang tawaf sunat, solat di belakang maqam Nabi Ibrahim, hijr Ismail dan menyentuh kaabah. Amat tenang rasanya setiap kali menatap kaabah yang berada di hadapan mata, yang selama ini nenjadi kiblat seluruh umat Islam.


Mungkin terlalu penat dan cuaca yang tak menentu, demam pula bersama che' suami..terganggu sedikit rasanya amalan. Tapi alhamdulillah...mujur cuma sehari dua sahaja, berkat doa, amalan meminum zam-zam, juga ubat yang dibekalkan sahabat baik, Zuraini. Digagahkan juga diri..rugi rasanya kalau diikutkan sangat hati yang tak larat tu.

Sarah Yasmin dan Amirul, anak-anak yang baik dan patuh, setia menolak kerusi roda nenek dan menjaga nenek-nenek setiap waktu solat. Sejuk mata memandang, semoga Allah sentiasa merahmati anak-anak ini.

Kota Makkah kota yang penuh cinta katanya sebab di sinilah juga Adam dan Hawa ditemukan semula setelah diturunkan dari syurga (bertemu di Jabar Rahmah). Tapi yang pasti cinta pada Allah yang semakin mendalam dirasakan..Alhamdulillah


Tuesday, March 10, 2015

Makkah Al- Mukarramah - Umrah Yang Pertama (6)

UMRAH


Merupakan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu. Secara peribadi, merupakan proses penyucian jiwa dan permulaan bagi sebuah kehidupan yang lebih dihiasi dengan iman dan taqwa..in shaa Allah.

RUKUN UMRAH :

1)  Niat di miqat
2)  Tawaf 7 pusingan keliling kaabah
3)  Saie dari Safa ke Marwah, 7 kali pergi dan balik
4)  Bercukur atau gunting rambut di kepala
5)  Tertib

Berkumpul di bawah sebelum berjalan beramai-ramai ke Masjidilharam, diketuai Ustaz Roslan. Senak dan kecut perut yang dialami setiap kali menghadapi peperiksaan besar sejak sekolah datang lagi..
"Ya Allah..kau permudahkanlah segala urusan kami dalam mengerjakan umrah ini..sejauh ini aku datang untukMu meninggalkan segalanya..terimalah ibadahku yang serba kekurangan..."

2)  TAWAF

Ustaz membawa kami tawaf ditingkat 1 memandangkan rakan sebilik, makcik Jameah berkerusi roda, tidak dibenarkan tawaf di bawah. Alhamdulillah...

"Tidak ada tuhan yang disembah dgn sebenar-benarnya melainkan Allah yang maha Esa....." bacaan doa dimulakan sebaik pertama kali melihat kaabah. Allahuakbar...

Selepas niat tawaf dibaca, maka bermulalah tawaf bermula dari penjuru atau garisan Al-Hajar Al-Haswad sebanyak 7 pusingan. Sewaktu bertawaf sentiasa menjadikan Baitullah disebelah kiri, jika terpesong pusingan terbatal dan hendaklah diulang semula pusingan itu sahaja.

Kata Ustaz memadai berzikir yang pendek-pendek, tak perlu doa yang panjang seperti di dalam buku, yang penting fokus dan penghayatan.

Selesai tawaf, solat sunat di belakang maqam Nabi Ibrahim, jika tidak dapat di Lengkungan Hijr Ismail. Jika tak dapt juga di mana-mana berhampiran Baitullah dan tidak dapat juga dimana-mana di dalam masjid.
Disunatkan meminum air zam-zam, semasa minum disunatkan membaca doa:
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat , rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit"

3)   SAIE'
Saie merupakan rukun ke 3 yang wajib disempurnakan. Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah. 7 pusingan yang  jarak keseluruhan lebih kurang 3 km. Setiap kali tiba di bukit safa atau marwah harus menghadap kiblat dan membaca doa tertentu.

Ustaz Roslan sering mengingatkan di samping zikir yang dibaca penghayatan amat penting..kisah sejarah Siti Hajar yang berulang-alik dari Safa ke Marwah. In shaa Allah akan diceritakan kemudian..

Masih terbayang sokongan yang diberikan oleh semua yang kelelahan terutama Ustaz Roslan kepada Sham...alhamdulillah.
Jika penat boleh berhenti minum air zam-zam yang banyak disediakan di dalam tong-tong di sepanjang jalan. 

4)  TAHALUL

Tahalul (bercukur atau menggunting rambut) membatalkan segala pantang larang semasa dalam ihram. Syukur, alhamdulillah..

5)  TERTIB

Mengerjakan rukun umrah mengikut susunan satu demi satu.
Selesai dalam pukul 4 am..dalam sejam lagi masuk waktu subuh.  Solat fardhu pertama di masjidilharam..
Allahuakbar!


Thursday, March 5, 2015

Al-Madinah Al-Munawwarah - Raudhah (3)




RAUDHAH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku adalah satu taman drp taman-taman syurga, sedang mimbarku terletak di atas kolamku"


Sejurus keluar dari Rhaudhah

Berpeluang solat sunat dan berdoa di Raudhah merupakan pengalaman yang amat bernilai.  Mutawwif yang membawa kami amat berpengalaman memberi panduan dan mengajar membaca doa2 tertentu.

Hampir 2 am. Pintu masjid yang telah ditutup..

"Ibu... duduk!  ibu, duduk! " Laung gadis arab yang bertugas.  Susuk tubuh kecil,  berjubah hitam dan berhijab,  kelihatan agak kasar  mengarah kami jemaah dari Malaysia dan Indonesia supaya duduk sewaktu menunggu giliran masuk ke Raudhah.


Kelihatan agak tidak adil layanan yang diberikan tetapi kami tetap bersyukur... walaupun terpaksa berembun semasa menunggu.


Memasuki Raudhah.. kelihatan maqam Rasulullah saw disebelah kiri cuma beberapa kaki sahaja letaknya.. Subhanallah!  Segala kiriman salam  dan doa disampaikan buat Rasulallah... in shaa Allah.
Peluang yang diberi Allah tidak disia-siakan...
Alhamdulillah.....

Tiba di hotel hampir 2 pagi. 




Bersambung....






Lambaian Kaabah -Tetamu Allah (1)


Syukur,  Alhamdulillah... sukar nak ditafsirkan perasaan di kala ini.  Sebuah perjalanan yang indah dan penuh barakah yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata. Setiap umat Islam pasti bercita-cita ke sana.
Di kala ini hati masih di sana walaupun sudah 4/5 hari berada di bumi Malaysia. Hidup perlu diteruskan seperti biasa.. tuntutan kerja,  kerja rumah dan anak-anak. 


13 Februari 2015 merupakan detik yang amat dinantikan.  Ucapan terima kasih memang tidak memadai buat Nazri dan Aida yang bercuti,  menghantar ke klia.  12. 30 pm bertolak, anak-anak  turut serta.  Singgah solat Jumaat sesampai di Putrajaya dan lunch sebelum berkumpul jam 3 ++ pm.


Nora & husband, mak,  naza dan Mamat & wife tiba tak lama kemudian.  Si kecil Amnan pun ikut opahnya.

Sedikit taklimat perjalanan dan doa selamat  diadakan sebelum bertolak. Sedih juga nak meninggalkan anak-anak untuk tempoh yang agak lama.  2 minggu bukan sekejap tetapi hati telah tetap nak ke sana dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah swt.  

In shaa Allah.. semoga Allah merahmati Aida sekeluarga yang menjadi penjaga anak-anak sementara ketiadaan kami.  Budi memang tidak dapat dibalas,  cuma setiap doa, untuk kami sekeluarga turut dititip doa yang sama buat mereka sekeluarga...