Sunday, September 18, 2011
AIDILFITRI 2011 (4) - MERAI & DIRAI
Suasana raya masih terasa di mana-mana. Rumah terbuka dihujung minggu adalah perkara biasa. Jika di hari biasa sibuk bekerja, cuma di waktu inilah kaum keluarga, saudara mara dan rakan taulan dirai sempena bulan yang mulia ini. Aku juga tidak ketinggalan, cuba mencari waktu untuk merai dan dirai..
Hari Sabtu yang baru aje berlalu ini Aida & family, Nazri & Hafiz datang berkunjung, beraya di rumah. Abangku Azie & family juga turut serta tanpa dirancang. Seronok bila berkumpul reramai nih..nasi berlauk dan resepi istimewa suamiku, mi udang dihidangkan.
Kebetulan hari tu adalah harijadi Nazri (17 September). Happy Birthday Nazri, semoga sentiasa dirahmati & diberkati Allah. Juga agar Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan samada di dunia mahupun akhirat. Juga kita doakan yang terbaik buat kita semua...Amin.
Sebut pasal Nazri ni, sering mengingatkanku zaman kanak-kanak kami. Mungkin Nazri pun dah tak ingat tapi aku yang masa tu berumur 11 ke 15 tahun, semuanya masih segar di ingatan. Nazri ni masa kecilnya, budak baik..he he he..sekarang pun baik juga. Dia seorang yang mudah mengikut kata..jadi arwah mak dulu memang sayang sangat..senang nak dijaga..kalau mak sedang memasak, dia turut berada di situ menemani mak. Dan orang yang paling rapat dengannya selain mak, siapa lagi..akulah. Bila dingat kembali (flashback dah pulak..), sememangnya aku ni ada sedikit rasa tanggungjawab (susah nak menyusun ayat-ayat nih...) ke atas adik-adikku, dalam lain perkataan sifat melindungi..2 adik-adik perempuan yang dah sedikit besar dan nazri yang masih kecil. Risau jika Nazri yang kecil dan baik ni diapa-apakan oleh sesiapa..(ni lebih kurang macam ibu ayam dgn anak-anaknya le..)Jika ada sepupu-sepupu kami yang cuba mengusiknya..aku akan segera memainkan peranan. Tulah sebabnya 2 adik perempuanku yang agak ganas masa kecil dulu (dan sekarang bertukar lemah-lembutnya terutama Si Aida) memanggilku kepala...he he he.Dorang ni semua akan mengikut kata-kataku...ha ha ha...nostalgic sungguh..
Satu lagi..ingat lagi, masa tu kami baru berpindah ke Seremban. Jadi, bersekolah baru dan menaiki bas awam adalah satu perkara baru bagi kami. Aku berada di dalam Tingkatan 2 dan Nazri, kalau x silap di dalam Darjah 2/3. Sekolah kami nampak dekat, tapi akan mengambil masa 5-8 min untuk Nazri melangkahkan kaki kecilnya untuk tiba ke stesen bas yang berada berhampiran sekolahku. Jadi setiap petang dia akan berjalan ke stesen bas tersebut untuk balik bersama-sama dan aku akan menunggunya di situ, akan risau dan turut pula setengah perjalanan jika dia lewat tiba. Manalah tahu, jika apa-apa terjadi..
Masa berlalu begitu pantas, semuanya sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Tapi aku bersyukur kehadrat Ilahi dengan perhubungan kami adik-beradik walaupun sudah tiada ibubapa sebagai pengikat sesebuah keluarga. Alhamdulillah....dan aku sentiasa dan masih mengenang dan memandang Nazri sepertimana perhubungan kami yang amat akrab semasa kecil dahulu..Bagiku Nazri masih adik kecilku yang kusayang suatu waktu dulu...suatu frasa yang akan dikenang hingga bila-bila...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment