Monday, September 5, 2011

AIDILFITRI 2011 (1)

Salam Aidilfitri buat semua.

Di kesempatan ini jari dihulur tanda kemaafan dipinta andai ada kesalahan atau kekasaran bahasa yang telah dilakukan. Syawal tiba disambut dengan penuh keinsafan. Ramadhan yang berlalu meninggalkan pelbagai rasa, syukur, rahmat, berkat, kesal & sebagainya. Syawal kali ini merupakan bulan yang amat bermakna bagi kami sekeluarga. Adinda tersayang telah selamat menjalankan pertunangan dengan pemuda pilihannya pada Hari Raya ke 5. Syukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun sederhana, semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. Sempat juga diadakan majlis tahlil untuk yang telah tiada dan doa kesyukuran buat pengantin majlis. Alhamdulillah...

Terima kasih buat semua yang terlibat dan saudara-mara yang turut hadir bagi memeriahkan majlis. Tanpa semua majlis mungkin tidak akan berjalan dengan lancar. Juga tuan rumah, Abang Nizam & Alang.

Tak lupa juga sempat bertemu kawan lama masa kat sekolan menengah dulu....Mas Azlina. Begitu lama dah lost contact, akhirnya bertemu juga selepas berjaya menjejakiku difb. Seronok sanagat dapat jumpa ari tuh Mas, panjang umur kita jumpa lagi....


 3 dara comel diapit oleh mak-mak sedara yang cun-cun belaka...he he he












No comments:

Post a Comment