Friday, September 16, 2011

AIDILFITRI 2011 (3)



Weekend ari tuh, Sabtu, Alang sekeluarga dan Nora datang beraya di rumah. Along & family pun joint jugak.
Aida tak turut serta kali ni kerana Dina admitted di Ampang Puteri, serangan lelahnya tu datang kembali.
Pagi itu sempat membuat kek coklat, kebetulan esoknya birthday Iman. Iman pula sibuk membuat krim karamel. Nak jadi cerita, En Shamsulnya terpaksa bekerja..jadi hari tuh kena masak sorang le...

Ahad pula, menghadiri kenduri perkahwinan anak rakan sekerja di Sg Buloh. Sempat berjumpa rakan sekerja lama semasa di Jln Riong dulu, Kak Milah. Dato' Lat turut hadir memeriahkan majlis. Tahniah Hj Hashim, kerana selamat menerima menantu & majlis yang diadakan berjalan dengan lancar dan meriah..

Destinasi seterusnya ke rumah Aida di Ukay Perdana. Spaghetti dihidangkan dan En Shamsul sempat melepaskan lelah seketika. Shasha agak excited kerana ternampak Afif Akademia Fantasia yang kebetulan rumah ibubapanya di hadapan rumah Aida.
Di rumah Nazri

Pak Cik melayan anak-anak buahnya...

Selepas tu, kami ke rumah Along di Rinching. Jalan jammed menyebabkan plan awal nak ke rumah Nazri di Puchong selepas tu yang mulanya pada petang, lari dari jadual asalnya. Tiba hampir pukul 9 mlm. Cantik rumah Nazri dihias, kitorang yang dah kahwin ni pun kalah. Anak-anak yang tak sempat nak mandi di swim pool, mandi di bilik air aje..he he he." Tak apa, next time kita pegi rumah pak cik ramai-ramai..kita buat barbeku, kay.." Pak Tam sempat berjanji pada anak-anak...

p/s - cuma gambar kat rumah nazri je yang sempat diambil...

No comments:

Post a Comment