Saturday, September 17, 2011

AIDILFITRI 2011 (2)


 "Saya selaku penyimpan mohor-mohor besar, dengan ini mengumumkan...hari raya aidilfitri jatuh pada hari Selasa bersamaan 30hb ogos 2011...."

Maknanya, esok Hari Raya. Anak-anak tersenyum gembira. Danial, Iman, Shasha & Sarah sedih kerana tidak dapat bertarawih lagi. Sahur dan berbuka beramai-ramai akan dirindui. Danish lega kerana katanya esok tak payah nak bangun sahur & puasa lagi..macam-macam...

Aku...hmm..petangnya rendang dah siap, itulah juga salah satu lauk untuk berbuka hari itu. Kacang untuk dibuat kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit telah di goreng, malah telah dibuang kulitnya oleh Iman & Shasha. Tinggal nak dimasak saja lagi. Nasi himpit pun perlu direbus. Tapi memandangkan kasut anak-anak tak sempat dicari lagi, lepas berbuka dan solat maghrib kami sempat berkejar ke The Store di pekan Sg Buloh..punyalah ramai orang...

Sampai rumah dah tengah malam...baru nak masak kuah kacang dan rebus nasi himpit...sambil tu apa lagi..tak habis-habis mengemas walaupun beberapa hari yang lepas dah mula mengemas dengan iman & Shasha. Bilik di bawah pula harus dikemas memandangkan dorang nih, kalau nak clearkan ruang depan..semua barang ditransfer  ke bilik bawah tu....

Lepas  solat subuh dan mengejutkan seisi rumah, dalam pukul 7 am, aku berbaring sambil melelapkan mata sebentar..tapi tak ke mana pun..sebab lepas tu semua sibuk nak mandi dan bersembahyang raya.

Hari Raya Aidilfitri selalunya kami sambut amat sederhana. Selalunya pagi raya, suami  anak-anakku akan ke masjid untuk bersembahyang raya. Selepas bersarapan & bermaaf-maafan, barulah kami akan ke rumah mentuaku di Pantai Dalam. Sebelah petangnya akan beramai-ramai ke rumah sedara-mara dan akan tiba di Sg Buloh pada tengah malamnya.

Selalunya Hari Raya ke 2, aku akan sibuk beraya dengan adik-beradikku pula. Tapi tahun ni, kami cuma duduk di rumah kerana keesokannya (Raya ke 3) kami akan ke rumah Alang di Seremban (Adikku Nora akan bertunang pada hari Sabtu). Jadi, raya tahun ni, sibuk untuk berkenduri..

p/s-memandangkan gambar masih belum diterima, kemudian ajelah download gambar-gambar tu ye..


No comments:

Post a Comment