Thursday, October 6, 2011

BREAK JAP..

Babak 1


Pada suatu petang Danish datang menghampiriku lalu berkata "Mama, ada ke tak?" "Apa yang ada apa yang tak da?" balasku. "Jawab apa-apa aje.." katanya. Aku yang malas nak berteka teki lalu menjawab "tak.." " Ada aku kisah..." katanya dengan muka yang amat comel.

Ni dah tentu pengaruh Raja Lawak yang menjadi siri kegemaran anak-anakku. Alahai...


Babak 2

Pada suatu hari yang sejahtera, aku ke sebuah kedai untuk membeli barang-barang membuat coklat. Danish & Sarah kupesan supaya duduk di dalam kereta dengan ayah dan kakak2 serta abang. Maklumlah, kalau si comel 2 orang ni turun, barang ke mana, nanti sibuk pula nak melayan keletah diorang tu. Semasa sibuk memilih tiba-tiba suamiku menghampiri sambil melihat-lihat barangan yang dijual di situ.

Entah macam mana 2 beradik ni tiba-tiba di sebelahku walaupun telah di pesan oleh ayah mereka supaya jangan keluar dari kereta. Apa lagi, kedai gamat dengan gelagat si comel 2 beradik nie. Mungkin bosan menunggu Iman & Shasha juga keluar melihat-lihat di sekitar.

Selepas membayar di kaunter kami bergerak ke kereta. Danish & Sarah dihadiahkan cubitan oleh ayah kerana tidak mendengar kata. Sambil menangis & berjuraian air mata Danish berkata "Mama, Danish tak fahamlah..kenapa Danish dan Kak Sarah kena cubit, tapi Kak Iman & Kak Shasha tak kena...Danish betul-betul tak faham...." sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku lantas memandang suamiku dan kami terdiam dengan pertanyaan anak kecil yang masa tu baru berumur 4 tahun. Alahai...


Babak 3

Suatu hari, sebaik tiba di rumah, pulang dari kerja, aku dihampiri Danish.

"Mama, ada berita hangat, ada berita hangat..." Aku yang agak kagum mendengar perkataan baru yang keluar dari dua ulas bibir kecil tu turut teruja nak mengetahui apakah berita yang hendak disampaikan itu..

"Cikgu kata esok cuti, tak payah pegi sekolah..." la..hangat sungguh...





No comments:

Post a Comment