Tanggal 11hb Oktober merupakan hari yang amat istimewa buat adindaku...Aida. Merupakan anak yang ke 6 dalam 8 beradik. Semaasa kecil, wajahnya amat comel, dengan kulit yang agak putih, bermata bulat dan rambut yang bergulung cantik di bahagian bawah. Kalau tidak, masakan Aci Tony (gelaran untuk jiran sebelah rumahku semasa duduk di kuarters) sering meminjam Aida dan dibawa ke rumahnya. Nak jadi cerita suatu hari sebaik pulang dari rumah sebelah, Aida telah disiap & dipakaikan "nandek kecil" yang berwarna hitam...sudah...kecoh kejap kitorang masa tuh...he he he.
Selepas berhijrah ke Seremban, beliau seingatku merupakan seorang yang amat disukai dan disayangi oleh rakan-rakan semasa alam persekolahan. Dari seorang yang lasak & agak ganas semasa kecil, wataknya bertukar menjadi lemah lembut di alam remajanya. Merupakan salah seorang "anak favourite" arwah emak yang akan cuba memberi apa sahaja yang di minta..
Sekarang masih bekerja di TV3 dan mempunyai 3 orang anak, hasil perkongsian hidup dengan suami yang tercinta, Nizam. Merupakan favourite Auntie annak-anakku. Cerita pasal Aida, ada beberapa insiden yang agak sukar untuk kulupakan. Sebenarnya diawal perkahwinan, dia telah melahirkan seorang bayi tetapi Allah lebih menyayangi bayi tersebut, Lahir, tali usus berbelit dileher, dan doktor tidak dapat menyelamatkan bayi tersebut. Masih kuingat lagi dia yang sudah sakit untuk bersalin tetapi cuma dimasukkan ke wad biasa di HUKM dan diinjek dengan ubat tahan sakit. Kelewatan ini yang mungkin antara yang menjadi faktor bayi terbelit & lemas.
Pagi itu, aku yang baru aje tiba di Printer di Bangsar bergegas ke HUKM setelah disampaikan berita yang baru diketahui dari Nizam tentang keadaan mereka yang baru kehilangan. Sepanjang perjalanan ke hospital airmata keluar tidak berhenti-henti, manakala suamiku cuma diam memandu. Bayi pertama yang amat ditunggu-tunggu telah tiada dan aku turut merasai betapa besar tekanan yang dihadapainya..Masih segar diingatan ketika melawatnya malam semalamnya selepas pulang dari kerja untuk melihat keadaannya. Mukanya berkerut menahan kesakitan dan mengantuk kesan ubat tahan sakit yang diberikan..
Sesampai nya di sana aku dapat meloloskan diri ke labour room & sempat melihat wajah suci bersih itu..saling tak tumpah seperti uminya. Tangisan kecewanya beransur perlahan dan semangat yang sebelum ini mulai pudar semakin baik dengan sedikit kata-kata perangsang..." sesungguhnya bayi itu dah tentu syurga tempatnya dan merupakan golongan syufaat, menunggu uminya di pintu syurga di kemudian hari... " Subhanallah.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Jika keadaan memaksa, dia jugalah tempat aku meninggalkan kelima-lima anakku jika kami berdua terpaksa bekerja di hari Sabtu atau Ahad. Kami juga sering berbincang jika ada sebarang masalah atau kekusutan..tak kiralah di rumah atau di tempat kerja..
Semoga, beliau sentiasa dirahmati & diberkati Allah. Diberi kesabaran & ketabahan yang tinggi dalam kehidupan sehari-hari. Agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya dunia & akhirat. paling penting kesihatan yang baik dan dikurniakan anak-anak yang soleh...amin!
No comments:
Post a Comment