Friday, January 1, 2016

Jalan-jalan di Ho Chi Minh city

Awal October,  ke HCMC mengikuti che' suami yang bertugas. Seawal 5.30am klu x silap dah sampi di klia 2. Selain kami 2 lg rakan setugas Sham, Azreen n Jamie, turut serta untuk menghadiri meeting di office cawangan vietnam. Sempat solat subuh di surau yang disediakan. Alhamdulillah..

Tiba, terus menaiki cab ke pejabat.  Meeting berakhir sehingga tgh. Seafood merupakan menu untuk lunch dengan kawan2 di sana. Usai makan berpisah dgn Jamie yang térus ke airport utk pulang ke Malaysia. flight dijadualkan pada 4++ pm.

Kami mengambil keputusan untuk berehat dulu di hotel selepas check in dan keluar untuk makan malam selepas maghrib. Maghrib di sini awal sejam dari Malaysia, lebihkurang 6.30 pm..

Malam itu kami makan mi sup hjh basiroh yang femes..kelazatannya terasa2 hingga ke hari ini. Berjalan disekitar pasar malam dan kedai2 berhampiran, mencari jubah dan baju kurung kiriman ipar2..tudung neelorfar pun ada dan boleh didapati dengan harga yang lebih murah dari Malaysia..

Keesokannya menaiki bas no 1 untuk ke China town. Pasar di situ menawarkan harga borong, belian secara pukal. Sempat membeli shawl untuk iman dan shasha dan 4 pasang cotton satin untuk diri sendiri dan kiriman ila dan Kak Zizah.

Sempat ke War Museum, banyak juga gambar2 yang dipamer semasa perang dan kesan2nya. 

Antara gambar2 yang berjaya menarik perhatian :










Penat berjalan singgah pula minum kopi di gerai tepi jalan. Kopi vietnam terkenal dengan ketinggian mutunya...sedap..

No comments:

Post a Comment