Wednesday, January 20, 2016

Jalan-jalan di Bali (2)

Seawal 7.30 sudah berkumpul untuk breakfast. Seperti biasa roti bakar dan butter je yang selamat untuk dimakan...oh ya..juga homemade  jem nenas special fevret mak. 8.30 am Pak Ali tiba, memulakan perjalanan ke Kintamani.

Dalam perjalanan singgah di kilang membuat batik.  Di sini hasil batik seperti kain, baju, beg dan sebginya turut dijual. Harga agak mahal, mungkin kerana cara menghasilkannya yang lebih kepada melukis atau mencanting.

TIRTHA EMPUL - di sini terdapat kolam yang katanyer jika mandi di sini boleh menyucikan dosa...fungsinya ebih kurang seperti sg gangga di India. Kolam penuh dengan penganut Hindu...cuma agak keliru  bila ternampak 2 orang gadis bertudung yang turut berada di dalam kolam. Mungkin dgn niat utk mendapatkan pengalaman...

Nun di atas bukit terdapat istana Presiden, Indonesia..berhampiran pura yg terdapat di situ.

Cuaca yang sejuk menyambut ketibaan kami di Kintamani, tiba sudah melepasi zuhur.
Sempat menikmati kopi panas, dengan pemandangan indah gunung merapi dan danau yang amat luas.

Solat Zuhur dan Asar (qasar n jamak) di masjid sebelum bergerak turun. Lewat lunch ari tu memandangkan di situ tiada kedai makanan halal. Alhamdulillah..sedap makanan padang yang dihidangkan.

Tidak melepaskan peluang untuk menonton pertunjukan tarian kecak di Denpasar. jika mengikuti blog yg terdahulu..tarian kecak turut diadakan di Uluwatu. Boleh refer di

BALI - TARIAN KECAK / KECAK DANCE (4) http://serititisembun.blogspot.com/2012/12/bali-tarian-kecak-kecak-dance-4.html

Dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang (lebih kurang RM32) , agak mahal tetapi berbaloi.

bersambung....


tempat membuat batik

model of the year...he he
Danial dgn beg ungunya...
Kintamani
gambar ni special request dr mak hokeyy..

coffee time...jom pekena kopi..cuaca sejuk dan amat nyaman

Tirtha Empul

bersesak di kolam untuk menyucikan dosa ktnyer..

Nun di puncak bukit terletaknya istana Mr President

Masakan Padang Sumbar hidup di ubud.

No comments:

Post a Comment