Wednesday, January 20, 2016

Family Trip @ Jalan-jalan ke Bali 2016


Berpeluang sekali lagi ke Bali pada 19/1 ke 21/1..tapi kali ini selain anak-anak, keluarga sebelah suami ramai yang turut serta. Cheah n family, Naza n family, ila n amnan, mak dan mak mentua cheah pun ikut serta... lebihkurang 20 orang semuanya..kecoh, havoc tapi seronok reramai nih..

Flight dijadualkan lebih kurang 4.45 pm. Delay 30 ke 40 minit x silap.  Tiba di Bali, Pak Ali telah sedia menunggu. Rombongan cik kiah seramai 20 orang bergerak meninggalkan lapangan terbang menaiki coaster yang selesa, ditempah melalui Pak Ali yg akan bersama kami selama di Bali.


Singgah sebentar di Krisna untuk membeli makanan ringan dan kudapan.  Ketua rombongan @ Sham memperuntukkan masa sejam sahaja di sini. Krisna merupakan shopping mall yang menjual barangan souvenier, baju, t shirt, sabun mandian, minyak urut beraroma, batik dan sebagainya. Harga murah dan tetap.


Singgah pula berhenti makan di sebuah restoran nasi padang sebelum check in di hotel yang terletak di Legian. Kelebihan menggunakan khidmat pak supir yang beragama Islam , tak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal memandangkan makanan fevret di sini adalah babi guling dan  majoriti penduduknya beragama Hindu.

In  shaa Allah ini merupakan kali ke 3 menggunakan khidmat Pak Ali yang memang superb. Jika sesiapa yang nak ke Bali boleh menggunakan khidmat Pak Ali, boleh di hubungi di watsapp di talian  :

Pak Ali  +  62 852-0535-9878.


     Pak Ali...supir terbaekk di Bali....

Harga yang di tawarkan amat berpatutan dan tidak berkira sangat tentang masa.

Lega rasanya dapat berehat selepas hari yang amat panjang...klu x silap dalam 11 ++ pm baru check in..subhanallah...
Perlu tidur memandangkan esok perlu bangun awal. waktu di sini sama dengan waktu Malaysia cuma waktu solatnya sejam lebih awal..

No comments:

Post a Comment