Walaupun telah 3 kali ke Bali tapi merupakan kali pertama ke Bedugul. Lebih kurang 2 jam perjalanan dr LEGIAN/KUTA.
Merupakan kawasan pergunungan, yang menambahkan lagi keindahannya adalah tasik yang sangat luas. Subhanallah ...ciptaan Allah yang begitu indah sekali....
Rp50,000 yang jika dilihat pemandangan sama dicetak pada wang tersebut.
Bercanda di tepian tasik..di pergunungannnn (sila nyanyi ikut rentak lagu asmara nyayian Anita Sarawak ya...he he). mak yang vogue dan sentiasa bersedia bila nk bergambar...
Iman & Danial...pose yang macam-macam...ish ish..
Sepasang remaja yang telah mula merasai diri yang sedikit ketuaan, dgn kehadiran anak2 yg semakin membesar..he he
Anak-anak tempatan yang datang untuk upacara sembahyang..kebanyakan yang datang dgn berkebaya putih..cantik2 kebayanya...Teringat kata2 Naza " dorang ni x de kerja ke..asyik sembahyang je.."
Cepat, opah nk amik gambar dgn katak...he he..
Berat rasa nk meninggalkan tempat yang sejuk dan menenangkan ini..tapi masa amat mencemburui kita (he he..macam biasa kudengar tagline iniii..).
Singgah lunch di Rumah Makan Taliwang Assidiq yang terletak tidak jauh dari kawasan tasik. Restoran ini terkenal dengan kelazatan ayam bakarnya. Mmg sedap dan harganya pun berpatutan. Sempat solat zuhur n asar di surau yang disediakan sementara makanan dihidangkan...alhamdulillah.
Ayam Taliwang di Bedegul...1 portion ayam sesuai untuk 2 org
bersambung.....
No comments:
Post a Comment