Saturday, January 23, 2016

Jalan-jalan di bali - (7)

Jam 6 berkumpul, meninggalkan Tanah lot menuju ke airport. Memandangkan tidak berapa jem, sempat singgah di Krisna selama sejam untuk last minute shopping.

Tiba di airport,  sibuk mengemas semula muatan untuk dibawa pulang. Memandangkan trip kali ni tidak sempat nk bershopping sgt, Rp masih berlebihan dan ruangan di dalam beg masih byk yg kosong...

Tidak lama kemudian anak-anak Pak Ali seramai 3 orang tiba membawa sebuah kotak sederhana besar berisi jus alpukat, es buah dan Pempek Palembang.  Kalau x silap cuma jus sahaja yang dibayar oleh Sham..Pempeknya Pak Ali  yang belanja, alhamdulillah...

Cadangan Pak Ali sebelumnya amat dialu-alukan oleh Sham.....jadilah sebagai alas perut.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Pak Ali...in shaa Allah..ada rezeki kita jumpa lagi...

Selesai urusan check in...makan beramai2 bekalan Pak Ali di satu sudut di airport.
Entah macam mana, urusan kastam menjadi lewat kerana orang yang terlalu ramai..menunggu Cheah yang ketinggalan di belakang, berkejaran untuk mendapatkan bas ke flight. Kasihan pula mak mentuanya yang turut terkejar..pendek nafas di buatnya... subhanallah...

Mujur semuanya lancar n dipermudahkan.
Sebuah perjalanan yang indah..in shaa Allah ada rezeki kita jalan lagi....


Thursday, January 21, 2016

Jalan-jalan di Bali - Tanah Lot (6)

TANAH  LOT  -  tempat yang wajib dikunjungi jika ke Bali.




Disepanjang jalan ke laut terdapat banyak gerai-gerai yang menjual bermacam2 barangan termasuk lukisan minyak, baju, t shirt, rantai perhiasan, selipar yg dihiasi bunga dan berbagai lagi.

Kadang-kadang gambar saja sudah menyatakan segalanya....
Nikmati gambar-gambar di bawah..









Wednesday, January 20, 2016

Jalan-jalan di Bali - Bedugul (5)


Walaupun telah 3 kali ke Bali tapi merupakan kali pertama ke Bedugul. Lebih kurang 2 jam perjalanan dr LEGIAN/KUTA. 

Merupakan kawasan pergunungan, yang menambahkan lagi keindahannya  adalah  tasik yang sangat luas. Subhanallah ...ciptaan Allah yang begitu indah sekali....

Rp50,000 yang jika dilihat pemandangan sama dicetak pada wang tersebut.

Bercanda di tepian tasik..di pergunungannnn (sila nyanyi ikut rentak lagu asmara nyayian Anita Sarawak ya...he he). mak yang vogue dan sentiasa bersedia bila nk bergambar...

Iman & Danial...pose yang macam-macam...ish ish..

Sepasang remaja yang telah mula merasai diri yang sedikit ketuaan, dgn kehadiran anak2 yg semakin membesar..he he

Anak-anak tempatan yang datang untuk upacara sembahyang..kebanyakan yang datang dgn berkebaya putih..cantik2 kebayanya...Teringat kata2 Naza " dorang ni x de kerja ke..asyik sembahyang je.." 

Cepat, opah nk amik gambar dgn katak...he he..

Berat rasa nk meninggalkan tempat yang sejuk dan menenangkan ini..tapi masa amat mencemburui kita (he he..macam biasa kudengar tagline iniii..).

Singgah lunch di  Rumah Makan Taliwang Assidiq yang terletak tidak jauh dari kawasan tasik. Restoran ini terkenal dengan kelazatan ayam bakarnya. Mmg sedap dan harganya pun berpatutan. Sempat solat zuhur n asar di surau yang disediakan sementara makanan dihidangkan...alhamdulillah.


Ayam Taliwang di Bedegul...1 portion ayam sesuai untuk 2 org




bersambung.....

Jalan-jalan di Bali - Pantai Legian (4)




Selepas bfast, 9 am ke sekitar Pantai Legian. Cantik dan menakjubkan. Nikmati gambar2 di bawah...


Sempat membeli handbag wat Shasha di kedai yang terdapat di sekitar. Hadiah dari mama untuk pt3 yang cemerlang. Semoga akan lebih berjaya dan cemerlang di masa hadapan. Yang penting solat harus dijaga tanda sentiasa  bersyukur dgn kurniaan Allah....syahdu lah plak...ish..





bersambung.............


Jalan-jalan di Bali - Kecak Dance (3)


Kecak Dance

Dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang (RM32), agak mahal tetapi berbaloi. Pertunjukan bermula 6.30 pm selama sejam.

Di sini lebih teratur dibandingkan di Uluwatu. boleh refer ke :  

BALI - TARIAN KECAK / KECAK DANCE (4) http://serititisembun.blogspot.com/2012/12/bali-tarian-kecak-kecak-dance-4.html

Penari dan pelakon kecak cuma berlegar di atas pentas..manakala di Uluwatu tiada pentas. Tempat duduk penonton lebih kurang seperti stadium cuma bersaiz kecil dan di tengahnya cuma lantai simen tempat persembahan. Pelakon2 di Uluwatu pula lebih bersemangat dan diselang seli pula dengan watak kelakar menjadikannya lebih hidup. Hanuman dgn tiba2 berada di celah penonton melompat ke sana sini membuatkan suasana gamat.

Taridra sama seperti di Uluwatu. boleh refer ke site yang disertakan diatas.     

Pengunjung boleh membuat perbandingan sebelum mmbuat keputusan yg mn satu untuk dikunjungi.



Meninggalkan pentas dgn hati yang puas. Sempat bergambar dgn pelakun utamanya.

Pak Ali membawa kami ke makan malam di kawasan gerai2 di sekitar Tohpati, Denpasar.  Isterinya berniaga di situ, memang teringin untuk berjumpa dengannya. Pempek palembang, nama makanan yang dijualnya. rasanya seperti keropok lekor dan intinya telur rebus sebiji, dicicah pula dgn sos yang dibuat sendiri...sedap!
Di sekitar banyak juga gerai2 lain yang menjual nasi goreng, mi, sate dan sebagainya. Yang tidak boleh tidak, harus dicuba adalah es buah, jus avokado dan bakso yang lazat..
Sham suka juga satenya yang lain sedikit drp di Malaysia. Harganya amat berpatutan dan yang penting halal dan sedap! Amat direkomen sesiapa yang ke Bali datang ke sini untuk merasai keenakkannya..

Jus alvocado@jus alpukat, es buah dan bakso

Pempek palembang dgn sosnya

Jalan-jalan di Bali (2)

Seawal 7.30 sudah berkumpul untuk breakfast. Seperti biasa roti bakar dan butter je yang selamat untuk dimakan...oh ya..juga homemade  jem nenas special fevret mak. 8.30 am Pak Ali tiba, memulakan perjalanan ke Kintamani.

Dalam perjalanan singgah di kilang membuat batik.  Di sini hasil batik seperti kain, baju, beg dan sebginya turut dijual. Harga agak mahal, mungkin kerana cara menghasilkannya yang lebih kepada melukis atau mencanting.

TIRTHA EMPUL - di sini terdapat kolam yang katanyer jika mandi di sini boleh menyucikan dosa...fungsinya ebih kurang seperti sg gangga di India. Kolam penuh dengan penganut Hindu...cuma agak keliru  bila ternampak 2 orang gadis bertudung yang turut berada di dalam kolam. Mungkin dgn niat utk mendapatkan pengalaman...

Nun di atas bukit terdapat istana Presiden, Indonesia..berhampiran pura yg terdapat di situ.

Cuaca yang sejuk menyambut ketibaan kami di Kintamani, tiba sudah melepasi zuhur.
Sempat menikmati kopi panas, dengan pemandangan indah gunung merapi dan danau yang amat luas.

Solat Zuhur dan Asar (qasar n jamak) di masjid sebelum bergerak turun. Lewat lunch ari tu memandangkan di situ tiada kedai makanan halal. Alhamdulillah..sedap makanan padang yang dihidangkan.

Tidak melepaskan peluang untuk menonton pertunjukan tarian kecak di Denpasar. jika mengikuti blog yg terdahulu..tarian kecak turut diadakan di Uluwatu. Boleh refer di

BALI - TARIAN KECAK / KECAK DANCE (4) http://serititisembun.blogspot.com/2012/12/bali-tarian-kecak-kecak-dance-4.html

Dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang (lebih kurang RM32) , agak mahal tetapi berbaloi.

bersambung....


tempat membuat batik

model of the year...he he
Danial dgn beg ungunya...
Kintamani
gambar ni special request dr mak hokeyy..

coffee time...jom pekena kopi..cuaca sejuk dan amat nyaman

Tirtha Empul

bersesak di kolam untuk menyucikan dosa ktnyer..

Nun di puncak bukit terletaknya istana Mr President

Masakan Padang Sumbar hidup di ubud.