Thursday, December 4, 2014

Pengembaraan di Bumi Vietnam (6)


Dalam perjalanan pulang singgah makan di perkarangan sebuah masjid.  Lauk yg disediakan amat menyelerakan..lagipun semua dah lapar..apa lagi...he he.


Antara menunya ikan masak masam manis, udang goreng, sayur, masak Asam pedas ikan, pisang sbg pencuci mulut. Sempat solat qasar n Jamak zuhur n asar sebelum pulang...alhamdulillah..

Berhenti pula di sebuah kedai borong yang penuh dengan jubah, kurung cotton, chiffon dan cotton. Apa lagi, Naza dan mak..borong le...he he
kubur di tengah sawah...mungkin kubur nenek moyang disemadikan di situ...suburlah nampaknya padi di Vietnam...he he


Aku? Rambang mata sampai x tahu nak pilih..lagipun agak sukar memilih kerana pakaian tidak di display..perlu membuka lipatan untuk memilihnya.

Tiba di hotel sekitar 6 pm.  Berjalan sekitar pasar malam dan kedai sekitar hotel. Sempat membeli telekung kiriman Nora dan kawan-kawan. Kurung cotton tanpa manik n sulam pun murah di sini.


Malam tu makan mi sup di Kedai  Hjh Basiroh. Mak tak sihat, muntah-muntah.. mungkin sebab penat sangat... Sempat tapaukan mi goreng untuk mak yang berehat di bilik..

Pagi esoknya, selepas breakfast berjalan di sekitar Ben Tharn Market.

Sempat membeli lagi  beberapa helai jubah dan kurung sutera Vietnam kiriman teman. 
Flight ke KL dijadualkan pada 8 pm..lebih kurang 5 pm bertolak ke airport.

Selamat tinggal Vietnam...sebuah perjalanan yang indah untuk di kenang..in shaa Allah kalau ada rezeki boleh jalan lagi....

No comments:

Post a Comment