Monday, December 1, 2014

Pengembaraan di bumi Vietnam (3)

HO MAY PARK, VUNGTAU


Tren berhenti. Kami memulakan perjalanan menikmati keindahan taman, dengan pancuran air dan bunga-bungaan yang berbagai warna. terdapat juga patung2 haiwan seperti singa, kuda dan lain2.

Pemandu pelancung@Sham mengumpulkan semua untuk menon ton dan menikmati tayangan 5D. Semua amat teruja...termasuk mak! He he..berbaloi rasanya walau cuma 5 minit.



Hentian seterusnya adalah roller coaster. Semua mahu mencuba kecuali mak dan sham yang menjaga beg kami. Setiap kereta dihuni 2 peserta..Danish dah tentu denganku, Shasha n Iman, Danial dgn Sarah.  Manakala  Naza dan Mamat dengan pasangan masing2.










Rupa-rupanya kami dilepaskan sebuah demi sebuah kereta dan dilepaskan klu x silap selang 20 saat. Suspen giler dibuatnya kerana aku yg harus mengemudi kereta tersebut di dalam kawasan hutan...mau x suspen..bila nampak corner aje terus brek, takut tercampak.....he he

Seterusnya go kart. Bukan main lagi Shasha..punyalah laju..mak pun teringin nak naik, seronok tengok anak cucu yang berbagai ragam. Maka En Shamnyer berkenan membawa bondanya sebyk 2 pusingan...rugged x opah? He he. Cer tengok gambar kat bawah...he he



Seterusnya kapal yang berayun 180° . Sebenarnya aku pernah nenaikinya di the Mall lebih 25 tahun yang lalu bersama teman baik, Allahyarhamah Azuwa..konon nak releasekan tension study..serik rasanya..isi perut seakan nak terkeluar semuanya. Mmg itupun komen mereka yang menaikinya...



Nak skip naik kapal tu, kononnyer nak teman Sarah n danish naik cawan..safe sgt rasanya...he he..kami berlima (termasuk sham n Danial). Silap perkiraan.. pusingannya amat laju ..terpaksa memegang dgn kuat takut tercampak..dan pening kepala dibuatnya.

Sebelum pulang Iman Dan Shasha berjaya memujuk ayahnya untuk 1 game lagi..buaian yang berpusing. Sebenarnya banyak lagi tempat yang tak sempat kami singgah kerana waktu tidak mengizinkan.

Dari atas bukit malam di vungtau amat indah. Pulang dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.

Tiba dihotel singgah di pasar malam sekitar Ben Tharn. Sempat membeli sepasang kurung buat Shasha n Iman.

No comments:

Post a Comment