SG MEKONG
Seawal 7.30 am breakfast di hotel. Seperti biasa roti bakar sahaja yang selamat untuk dimakan.
8 am bertolak ke Sg Mekong. Kali ini Sham menggunakan perkhidmatan rakan vietnamnya yang memang seorang ejen pemandu pelancong. Dikenakan seorang USD28 bersamaan RM98 dan sebab kawan-kawan, Sarah dan Danish tidak dikenakan sebarang bayaran...wah! Untung rasanya...
Seperti semalam, kami menaiki bas/van 16 seater..amat selesa untuk perjalanan 1 jam 40 minit ke 2 jam itu. Tapi selain driver, kali ini kami ditemani seorang wanita berbangsa Vietnam tapi fasih berbahasa Melayu, Pn Moshitah.
Tiba di jeti, kami mengambil keputusan membeli cenderahati semasa pulang kerana semua dah tak sabar nak naik bot ke destinasi...he he
Tiba, terus dibawa ke tempat menjual madu. Sedikit demo diadakan. Semua mencuba meletakkan jari di sarang yang dipenuhi lebah untuk merasai madu yang turut banyak terdapat di situ.
Seterusnya dijamu pula dengan air panas yang dicampur dgn madu dan limau. Terasa segar sekali sambil menawar pula madu yang dijual.
Menaiki bot semula untuk lawatan yang seterusnya....
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment