Monday, December 1, 2014

Pengembaraan di Bumi Vietnam (5)




Kami dibawa ke kilang membuat gula-gula kelapa.  Merupakan pengalaman pertama buat Iman dan Shasha merasai keenakkannya. Gula-gula, halua halia dan keropok buatan penduduk kampung turut dijual. 




Turut di jual di sekitar segala cenderahati, handbag yg bermacam warna dan bentuk, pakaian dll.
Di sinilah Naza bershopping handbag









Naza sempat membeli sebuah handbag untuk DINA dan diri sendiri. Mak pun turut membeli yang diidam. Talipinggang kulit buaya buat Danial dan ostrich buat Sham. Di penghujung gerai jualan, kami dihidang minuman dan buah-buahan segar sambil mendengar nyanyian merdu diiringi muzik oleh penduduk tempatan.


Berjalan beramai-ramai sejauh lebih kurang 500 m ke tebing sungai untuk menaiki sampan. Pengalaman yang menarik buat semua. Setiap seorang diberi memakai topi Vietnam untuk berlindung dari  sinar matahari. Menikmati pemandangan di kiri kanan dan perahu yang bertali arus.







Tiba, harus berjalan pula sejauh 200m untuk ke jalan besar. Kereta kuda siap menunggu untuk membawa ke tempat yang telah ditetapkan.



Berjalan pula sejauh 300m sehingga ke tebing sungai, di mana bot telah siap menanti untuk di bawa semula ke jeti.













Segar rasanya menikmati air kelapa yang manis tanpa gula dan sejuk. 




Tiba di jeti sempat membeli t shirt buat Iman,Shasha dan Danial. 2 helai t-shirt polo buat Danish (RM10 shj selepas nego), sebuah beg sandang buat Danial.




 Mak dan Naza juga sempat membeli beberapa helai t shirt sebagai cenderahati.



























Bersambung....


No comments:

Post a Comment