Saturday, December 27, 2014

Melaka Bandaraya Bersejarah

21/12/14


Menerima jemputan perkahwinan dari Arif, rakan sepejabat En Shamnyer. Pagi minggu tu bertolak ke Merlimau seperti yang dirancang.


Alhamdulillah sempat bergambar dengan pengantin yang mengedarkan sendiri beg cenderahati kepada tetamu dan rakan. Semoga berkekalan hingga ke jannah.


Terus ke hotel Mahkota yang terletak di tengah bandar Melaka. Kedudukannya strategik, bersebelahan Holiday Inn dan bertentangan Mahkota Parade. Pemandangan dari bilik hotel amat menakjubkan. Dari jauh kelihatan kapal berlabuh di Selat Melaka, menambahkan lagi keindahan panorama.



Danish dan Sarah dah tak sabar lagi nak mandi kolam, turun ditemani kakak-kakak dan abang.
Malam, kami berjalan kaki ke Taming Sari yang terletak berhadapan Mahkota Parade. 

Happening juga malam di situ, dengan beca2 yang berlampu, berhias indah berjaya menggamit pelancong untuk menaikinya. 








Di sepanjang kakilima juga terdapat penjual2 cenderahati yang menambah lagi keriuhan malam. Barisan yang panjang untuk menaiki taming sari..membuatkan kami tidak jadi untuk menaikinya.

Hasil carian Sham di internet, dinner di Asam Pedas JR, terletak bertentangan, diantara Taming Sari dan Mahkota Parade.







Bersambung....

Thursday, December 4, 2014

Pengembaraan di Bumi Vietnam (6)


Dalam perjalanan pulang singgah makan di perkarangan sebuah masjid.  Lauk yg disediakan amat menyelerakan..lagipun semua dah lapar..apa lagi...he he.


Antara menunya ikan masak masam manis, udang goreng, sayur, masak Asam pedas ikan, pisang sbg pencuci mulut. Sempat solat qasar n Jamak zuhur n asar sebelum pulang...alhamdulillah..

Berhenti pula di sebuah kedai borong yang penuh dengan jubah, kurung cotton, chiffon dan cotton. Apa lagi, Naza dan mak..borong le...he he
kubur di tengah sawah...mungkin kubur nenek moyang disemadikan di situ...suburlah nampaknya padi di Vietnam...he he


Aku? Rambang mata sampai x tahu nak pilih..lagipun agak sukar memilih kerana pakaian tidak di display..perlu membuka lipatan untuk memilihnya.

Tiba di hotel sekitar 6 pm.  Berjalan sekitar pasar malam dan kedai sekitar hotel. Sempat membeli telekung kiriman Nora dan kawan-kawan. Kurung cotton tanpa manik n sulam pun murah di sini.


Malam tu makan mi sup di Kedai  Hjh Basiroh. Mak tak sihat, muntah-muntah.. mungkin sebab penat sangat... Sempat tapaukan mi goreng untuk mak yang berehat di bilik..

Pagi esoknya, selepas breakfast berjalan di sekitar Ben Tharn Market.

Sempat membeli lagi  beberapa helai jubah dan kurung sutera Vietnam kiriman teman. 
Flight ke KL dijadualkan pada 8 pm..lebih kurang 5 pm bertolak ke airport.

Selamat tinggal Vietnam...sebuah perjalanan yang indah untuk di kenang..in shaa Allah kalau ada rezeki boleh jalan lagi....

Monday, December 1, 2014

Pengembaraan di Bumi Vietnam (5)




Kami dibawa ke kilang membuat gula-gula kelapa.  Merupakan pengalaman pertama buat Iman dan Shasha merasai keenakkannya. Gula-gula, halua halia dan keropok buatan penduduk kampung turut dijual. 




Turut di jual di sekitar segala cenderahati, handbag yg bermacam warna dan bentuk, pakaian dll.
Di sinilah Naza bershopping handbag









Naza sempat membeli sebuah handbag untuk DINA dan diri sendiri. Mak pun turut membeli yang diidam. Talipinggang kulit buaya buat Danial dan ostrich buat Sham. Di penghujung gerai jualan, kami dihidang minuman dan buah-buahan segar sambil mendengar nyanyian merdu diiringi muzik oleh penduduk tempatan.


Berjalan beramai-ramai sejauh lebih kurang 500 m ke tebing sungai untuk menaiki sampan. Pengalaman yang menarik buat semua. Setiap seorang diberi memakai topi Vietnam untuk berlindung dari  sinar matahari. Menikmati pemandangan di kiri kanan dan perahu yang bertali arus.







Tiba, harus berjalan pula sejauh 200m untuk ke jalan besar. Kereta kuda siap menunggu untuk membawa ke tempat yang telah ditetapkan.



Berjalan pula sejauh 300m sehingga ke tebing sungai, di mana bot telah siap menanti untuk di bawa semula ke jeti.













Segar rasanya menikmati air kelapa yang manis tanpa gula dan sejuk. 




Tiba di jeti sempat membeli t shirt buat Iman,Shasha dan Danial. 2 helai t-shirt polo buat Danish (RM10 shj selepas nego), sebuah beg sandang buat Danial.




 Mak dan Naza juga sempat membeli beberapa helai t shirt sebagai cenderahati.



























Bersambung....