Wednesday, June 18, 2014

Bangkok, Thailand 2014 - (iii)

Jadual hari ni amat padat. Pagi selepas sarapan, ke pasar Chatucak yang terletak 5 stesen selepas stesen Ratchacewi  (Mo Chit) dengan menggunakan perkhidmatan bts.

Seperti yang pernah diceritakan di blog yang terdahulu pasar besar yang terkenal di Thailand ini dibahagikan kepada beberapa seksyen. Di antaranya pakaian, hias dalaman, makanan, cenderahati dan sebagainya. Cenderahati untuk perkahwinan juga banyak terdapat di sini...

logo halal & bulan & bintang...menjadi rujukan makanan halal


Terjumpa gerai makanan halal, walaupun belum pukul 10 am, dengan sarapan yang amat ringan pada sebelah paginya dan banyak tenaga  ...berpuluh-puluh ribu kilojoule rasanya yang dah keluar..Apa lagi...jom brunch..he he

Sempat membeli Thai silk buat Zura Dan Suriani, t shirt dan kemeja buat Danial..tudung buat Iman n Shasha, cap jeans yang cute buat Sarah dan transformers buat Danish.


Deretan gerai-gerai yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Pasar Chatucak

Sampai hotel dalam 1 ++ pm. Berehat n solat sebelum bersiap untuk  ke floating market yang terletak di Amphawa, 2 jam perjalanan dari Bangkok.


Bersambung..


No comments:

Post a Comment