Suasana Syawal masih dirasai walaupun hampir 2 minggu sudah berlalu. Tiada yang lebih indah bila dapat berkumpul seluruh keluarga meraikan hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa, menahan diri dari segala yang dilarang dan beramal, ke arah yang lebih baik. Yang paling seronok tentulah Sarah dan Danish. Alhamdulillah Danish yang berusia 8 tahun berjaya berpuasa penuh walaupun banyak dugaan termasuk rakan2 yang tidak berpuasa di sekolah...
Aidilfitri disambut dengan sederhana. Jumaat itu, Danial balik dijemput ayahnya yang baru tiba di m'sia, pulang dari Bangkok dan vietnam selepas 3 hari berada di sana. Baru lengkap rasanya bila semua dapat berkumpul. Sabtu sempat membeli kasut Sarah..last minute sungguh..kalau tak...pakai selipar buruk le jawabnya..
Ahad, hari mantai...ke pasar tani paya jaras, membeli ayam untuk dibuat rendang. Petang, rendang dan kuah kacang siap dimasak..Dan sebelah malamnya merebus ketupat segera. Alhamdulilah..projek mengemas dah mula awal lagi..tension Iman n shasha tiap2 minggu kena tolong kemas..bukan calang- calang , hokey..
Yeayyyy! Esok Hari Raya!
No comments:
Post a Comment