Monday, May 19, 2014

Vungtau, Vietnam



Merupakan kawasan persisiran pantai cari gali minyak.

Seawal 7.30 am Ahad itu sudah check out & menunggu Mr Tung di lobby. Menaiki teksi ke tempat menaiki bas untuk ke Vungtau. Tambang yang dikenakan sekitar Dong 350 bersamaan RM56 untuk 3 orang.





2 1/2 jam perjalanan, tiba, terus dibawa ke cafe hotel berhampiran untuk menghilangkan lelah dan dahaga.


Seterusnya kami dibawa mengelilingi tepian laut dgn menaiki Teksi. Tung juga menunjukkan jeti di mana feri yang mengorbankan seramai lebih 300 orang apabila tenggelam, berlepas.






Singgah sebentar di tepi pantai, sempat membeli souvenir untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Makanan laut merupakan sajian tengahari itu. Lala rebus, udang bakar, ketam kukus dan bubur nasi seafood antara menunya.



Berjalan agak jauh untuk mendapatkan bas untuk pulang ke hcmc. Tiba di Ben Tharn sekitar 4 pm. Thank u so much Mr Tung..





Menuju ke hotel  kerana beg ditinggalkan di lobby hotel. Flight dijadualkan 9 ++ pm jadi ada masa 2 ++ jam untuk bershopping. Sepasang jubah hitam buat Aida (jubah yang dibeli terdahulu agak besar buat Aida yg bersaiz xs...), sepasang jubah buatku dan sepasang kurung kapas buat mak mentua Aida. Alhamdulillah...





Selamat Tiba di KLIA 2 agak lewat Dr sepatutnya...merindui anak2 n x sabar untuk sampai ke rumah...

No comments:

Post a Comment