Subuh awal sejam dari Malaysia, 5.30 am sudah terang. Breakfast dengan menu seperti biasa, roti bakar n butter. Sham pula dgn nasi buburnya. Jadilah buat alas perut.
Malam di hcmc..masih sibuk dengan urusniaga |
Ikut plannyer hari ni adalah shopping day SBB esok Sham dah bpakat dgn rakannya, Tung nak ke Vungtau iaitu bandar yang terletak di tepi laut, 2 1/2 jam perjalanan dr hcmc.
China Town Market |
Menaiki bas nombor 1 di perhentian bas berhampiran Ben tharn market ke China Town Market, hasil pencarian Sham thru internet. Tidak perlu risau untuk turun di mana, terletak di hentian akhir...cuma perlu berjalan sikit utk ke pasar. Berbagai barangan dijual secara borong dengan harga yang murah. Tetapi jika mencari baju kurung lebih banyak di sekitar Ben Tharn.
Kedai-kedai yang menjual barangan secara borong..berhampiran China Town Market |
Sepasang kurung berbunga merah terang buat Sarah, sepasang dua buat Iman n shasha dan sepasang kurung dan 2 helai jubah buat diri sendiri. Tidak lupa, sehelai dua t-shirt buat Danish, Danial & Sham.
Kelihatan seorang warga Vietnam sedang termenung menunggu pelanggan-senario yang biasa di lihat di sana. |
No comments:
Post a Comment