Lama tak mengupdate blog kerana sibuk berpesta di PWTC. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang berlangsung dari 24/4/14 ke 4/5/14. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal itu...
Nak cerita pasal peluang ke sini yang tidak dirancang. Alhamdulillah walaupun last minute sangat, tidak dilepaskan. Sehari dua sebelum ke sini flight ticket baru dibeli secara online. Tuntutan kerja che' suami yang tidak habis-habis dengan permasalahan dan penyelesaian.
Setelah 11 hari terkejar-kejar ke office dan pwtc..rasanya ianya merupakan ganjaran kepada diri sendiri di atas usaha dan penat lelah. Tambahan pula selama itulah keadaan di rumah agak x terurus..rasa bersalah pula..masa perlu diperuntukkan buat yang tersayang.. yang penting bersempena birthday En Shamnya yang sepatutnya jatuh pada 25 may. Plan asal nk bercuti pada tarikh tersebut terpaksa dibatalkan kerana harus ke JB selama 4 hari kerana bertugas.
Seawal 4.40am keluar rumah dan tiba di Klia 2 sejam kemudian. Air asia , hari pertama beroperasi di situ..keadaan agak kelam kabut dan sesak. Mujur ramai petugas Air Asia diletakkan di merata tempat untuk membantu. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area.
Di kala ini berada di office di hcmc sementara sementara menunggu En Shammya habis meeting...
No comments:
Post a Comment