Thursday, August 22, 2013

Bangkok, Thailand - part 3

Tiba di hotel, check in dan terus ke kedai makan halal yang berhampiran. Sham mencuba mi supnya dan tom yam kung beserta telur dadar yang dicampur sayuran buatku.

Dari situ berjalan ke Platinum..Sudah hari ketiga di sini tapi masih belum sempat membeli apa-apa kecuali 2 helai cardigan di Pattaya buat Shasha dan Iman. Di sepanjang jalan banyak terdapat gerai-gerai kecil yang menjual barang-barang.

Seluar pendek untuk wanita amat banyak dan murah. Kasut dan sandal, beg tangan juga accessories tidak kurang banyaknya.

Malangnya Platinum tutup. Sempat juga membeli sedikit cenderahati. 

Jauh rupanya kami berjalan kerana tiba di stesen yang berikutnya. Sewaktu kecilku sering mendengar orang menggelar Thailand itu SIAM. Rupa-rupanya Siam cuma salah sebuah bandar di Thailand.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment