Tuesday, September 3, 2013

Aidilfitri 2013 - part 3.

9/8/13 (Sabtu, 3 Syawal)

Selepas breakfast menziarahi Mak Su yang kami panggil Busu Gadis di Taman Tuanku Jaafar. 

Sayu bila teringatkan Arwah Busu yang telah tiada, pergi lebih awal dari arwah  abah, selepas gagal dalam pembedahan jantung. Semasa kecilku, kami amat rapat dengan arwah, arwah abah sebagai abang amat dihormati dan menjadi contoh yang baik buat arwah. Setiap perkara akan dirujuk dan bertukar pendapat dahulu sebelum keputusan dibuat. Setiap 1syawal rumah kamilah yang dituju dahulu dan barulah bersama-sama pula ke kampung di Mantin Dalam.

Malah setiap cuti panjang persekolahan, arwah akan datang dan membawaku dan 2 adikku (Nora n Aida) tinggal bersama mereka (semasa itu di Tampin).

Alfatihah buat kedua orang tuaku juga arwah busu, Rosli b Ahmad, semoga ditempatkan di kalangan para solehah..amin!

Beraya ke beberapa tempat lagi, petangnya sempat ke rumah teman lama, Intan Zaidi, teman sewaktu di Tingkatan 1 yang baru berjumpa semula di Facebook.

Bertemu semula selepas 31 tahun.bayangkan...
Malam tu Along datang dan sempat beraya sebelum dia pulang ke Rinching.



Bersambung....



Gambar yang diambil pada tahun 1993, setahun sebelum Allahyarham meninggal dunia diikuti
allahyarhamah setahun kemudian.
Segak lagi bergaya..di zaman mudanya
Tak tau kenapa gambar ni x leh diadjust. kanan sekali arwah busu dan duduk dihadapannya arwah abah. Manakala budak bertocang dua tu, cuba teka, siapa...he he

No comments:

Post a Comment