Tuesday, September 3, 2013

Aidilfitri 2013 - part 5

24 Ogos 2013 (Sabtu)

Semalam berkumpul dengan ipar duai dan mak mentua, datang beramai-ramai ke  Sg Buloh.

Sesekali datang beramai, seronok sungguh, kalau boleh macam2 nak disediakan. Iman plan nak buat karamel, Shasha nak masak kek, mamanyer pula ingat nak buat puding roti. Selepas Iman membuat 2 biji krim karamelnya, sebelah malamnya shasha pula membakar keknya. Nak jadi cerita kek dah masak, standby pula untuk kek yang ke2, pintu oven tak boleh buka pula..terbantut segala kerja..ish ish. 

Terpaksa import dari rumah Aida...bukan apa, salah satu menu adalah ayam bakar..nanti lari segala agenda..he he

Selain ayam bakar, menu untuk hari itu nasi lemak + sambal tumis, daging masak merah, nasi impit dengan kuah kacang dan soto, spaghetti special Sham dan koktel buah-buahan Iman.

Selepas makan sang suami terlena melepaskan lelah seketika, sang isteri tak habis-habis modal bercerita, dari satu topik ke satu topik..

Lepas Maghrib around 8 pm

 sebaik  mereka pulang, menerima panggilan dari teman lama, Rosnah. Lama tidak berjumpa, sembang over dinner, sampai lupa anak-anaknya yang kekenyangan makan spaghetti Uncle Shamnya masing-masing dah tertidur di atas sofa..he he.

Wah..pinggan mangkuk harus diclearkan sebelum berehat..nasib baik 1st batch tadi Iman dan ayahnya banyak membantu. Kali ni Shasha pula yang turun padang (shasha sekolah sessi petang, sekolah ganti). 

.Alhamdulillah...






P/s - gambar x de sbb tuan rumah bz. Kalau ada pun yang menampakkan aurat..he he he

No comments:

Post a Comment