Wednesday, August 21, 2013

Bangkok, Thailand - part 1

Bahang raya masih lagi terasa di sana sini. Tapi kerja harus diutamakan. Destinasi suamiku ke Bangkok kali ini akan mencipta babak nostalgia yang sukar dilupakan memandangkan aku akan turut serta...he he.

Sebenarnya harus datang ke sini atas urusan kerja. Bersempena anniversary kami yang jatuh pada ogos, ditambah pula cuti sekolah..inilah hasilnya. Rindu yang amat sangat pada anak2 terutama si kecil Danish..tetapi kena ketepikan semua perasaan ITU kerana perasaan sang suami juga perlu dijaga..(alasan..he  he)

Terima kasih banyak2 pada Aida dan keluarga kerana sudi menjaga dan menjenguk anak2. Allah jua yang akan membalas segala budi baikmu..(mode : x menentu & sebak..he he)

Flight dari KLIA semalam 3.15 pm, tiba di Suvarnabhumi Airport pada 4.20 pm (lewat sejam dari Malaysia). Di sini Suvarnabhumi disebut tanpa i dihujung, (suvarnabhum). Harus beratur panjang untuk melepasi kastam..ramai sungguh orang.Terus ke ert yang berhampiran untuk ke hotel. Menurut suamiku. adalah lebih mudah dan cepat menaiki ert, memandangkan traffic jam amat teruk di sini. Dikenakan baht 90 seorang (agak mahal compare to kl) perjalanan selama 15 ke 20 min saja. Sepanjang perjalanan terdapat 4 atau 5 masjid..banyak juga jika dibandingkan dengan Vietnam.

Tiba di stesen Phya Thai. Kemudian bertukar tren ke stesen Ratchachewi. Terus menuju ke hotel  Asia yang bercantum dengan stesen ini (lebih kurang macam komuter mid valley yang bersambung dengan mall). Amat convenient.  

Berehat sebentar sementara Sham dinner dengan boss2 nya di luar. Lebih kurang 9 pm keluar, makan disebuah kedai makan halal atas recommendation seorang wanita Islam yang menjual roti/murtabak pisang. Menu ari tu, nasi putih dan tomyam kung..sedap giler. Roti pisang yang dijual dihadapan 7 eleven tu pun sedap..he he diorang ni amat ramah walau x fasih berbahasa inggeris..



Bersambung...

No comments:

Post a Comment