Ramadhan tiba lagi. Setiap orang pasti berazam menjalani ibadah puasa sebaik mungkin. Berniat agar tahun ini lebih sempurna dari tahun - tahun sebelumnya. Cuba memberi yang terbaik dengan cara masing-masing.
Danish juga tidak ketinggalan berpuasa. Sahur dengan mata masih terpejam menunggu mama menyuapnya. Makan pun cuma beberapa suap. Hari pertama berpuasa balik sekolah dah minta makan, lapar katanya. Puas dipujuk dengan berbagai hadiah termasuk makan spaghetti dan epal kasturi di Secret Recipe kegemarannya.. akhirnya terlelap hingga ke petang. Alhamdulillah hari ke 2 dah macam tak ada apa je..
Di masjid pula, ramai sungguh orang sehingga ada yang solat di luar. Semua tidak mahu melepaskan peluang untuk bertarawih..besar pahalanya. Tetapi bak kata Iman, nanti bila dah tengah bulan, semakin berkurangan pengunjungnya.
Tu belum cerita kisah Danish tertidur di masjid. Jenuh nak mengejutnya..akhirnya berjalan dalam keadaan mamai pulang ke rumah.
Ahad lepas, sebelum puasa ke Mydin di usj untuk membeli bahan2 basah, stok untuk dimasak untuk berbuka di sepanjang minggu. Punyalah ramai orang..malah ramai yang mengambil kesempatan shopping tuk raya. Baju melayu dan baju kurung dijual dengan harga promosi yang menarik. Begitu juga dengan kelengkapan rumah. Mengingatkan diri sendiri yang masih banyak yang belum disediakan.
Secara kebetulan, Aida yang baru membeli rumah berhampiran rumahku akan berpindah pada Sabtu ini. Besar betul dugaannya berpindah di bulan puasa ni..sabar banyak- banyak ya..in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan.
Semoga ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan rahmat yang tiada batasan. DOA agar diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah dengan tenang, kekuatan dan ketenangan diri juga kesabaran yang tinggi dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..in shaa Allah.
..Subhanallah, penatnya Allah saje yang tahu..walaupun begitu syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah...
ReplyDeleteSelamat berpuasa semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya..