Setelah dibelek dan diteliti rupa-rupanya sah, gambar2 raya tahun lepas tidak diupload. Kenapa ya..
Sehari sebelum raya, sebelum keluar untuk membeli bahan-bahan untuk memasak rendang dan sebagainya sempat berpesan pada Iman dan Shasha agar mengeluarkan vacuum cleaner, mengemas dan melipat baju. 2/3 hari tidak melipat baju kerana sibuk mengemas dan membersih rumah, persedian terakhir untuk menyambut raya.
Panas terik di luar amat menguji keimanan. A yam, santan serta segala rencah untuk merendang siap dibeli. Begitu juga nasi himpit serta segala bah an untuk kuahnya. Danish yang duduk dibelakang tiba-tiba rasa hendak muntah. Terpaksa berhenti di tepi jalan sebentar.
Ya Allah, demam panas rupanya. Si enam tahun dipaksa berbuka untuk makan ubat. Tiba di rumah, masih bersepah. Rupa-rupanya semua terbaring, demam pan as dan cirit birit..baru teringat yang suamiku juga mengadu ke toilet beberapa kali malam sebelumnya. Semua kuarahkan berbuka untuk makan ubat, cuma Danial yang berkeras tidak mahu berbuka.
Baru teringat lauk yang dibeli semalam untuk berbuka pasti menjadi angkara. Nasi beriani berlaukkan ayam yang di beli di gerai mamak berhampiran kampus uitm dalam perjalanan ke shah Alam.
Alhamdulillah sempat menguruskan semua sebelum tiba giliran mama. Demam panas ..meracau..berbuka pun tak lalu makan ..yang mengakibatkan pagi raya kami semua tak mampu nak bangun. Che Shamsulnya menguatkan diri juga untuk ke masjid bersembahyang raya.
Hingga ke petang masih terbaring semuanya. Alhamdulillah petangnya mak dan apak mertua datang bersama naza n family membawa sedikit nasi dan rendang. Hilang segala malu dengan keadaan rumah yang masih bersepah....tak larat, nak buat macam mana...hu hu
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment