Monday, July 22, 2013

Asalnya sedikit.  Paip di 2 bilik air yang harus dibaiki. Sudah lama benar pembaikanya terpaksa di KIV dengan alasan sibuk dan banyak kerja yang harus diurus untuk kerja-kerja tersebut, yang mengakibatkan salah satu bilik air tidak boleh digunakan. Bilik air yang satu lagi itu pun terpaksa dikawal airnya, takut melimpah keluar.

Pernah satu insiden semasa keluar untuk beberapa jam, terlupa untuk  menutup paip didepan. Mengakibatkan tangki penuh dan air melimpah keluar. Balik, bahagian atas rumah, banjir! Jenuh nak mengemop dan membersihkan lantai. Banyak juga barang-barang terutama buku dan majalah yang rosak. Elok juga kerana habis barang-barang di bilik iman yang di buang, kuranglah barang-barang antik kat rumah ni..he he.
Maka hari Sabtu bermulalah kerja-kerja membaik pulih. Best part, Che shamsulnya berkenan pula mengupah orang mengecat semula 2 bilik anak-anak.....syukur, alhamdulillah...!!

Sebut pasal dinding bilik, sebenarnya adalah juga ceritanya. Iman dan Shasha ni sebenarnya terlebih kreatif semasa kecil. Habis dinding bilik diconteng. Macam-macam cerita yang diorang tulis, siap ada gambar princess lagi...he he..
Puas dilarang dan dimarah.berhenti sekejap, lepas tu buat semula. Sekarang bila soal tu diungkit, sambil tersipu-sipu, jawapan 'masih kecil' sering digunakan.

Dan yang bestnya...mak mentua pernah menegur anaknya akan perihal contengan tersebut. Huii....seb baik tak bising kat menantu dia yang baik nih..he he...
Suamiku yang sememangnya seorang yang selamba cuma mampu menjawab,
" Ala, masa tu diorang kecil lagi, nak wat camner. Diorang besar sikit, catlah semula .."
Ini mengakibatkan kerja pengemasan yang bukan sedikit...pagi tadi 3 jam dok mengemas dan mengemop. Buku-buku terpaksa discan yang mana perlu disimpan atau tidak. Bilik yang ke2 masih di dalam proses mengecat.

Nak jadi cerita, sama naik pula dengan Aida yang datang Sabtu untuk mengemas rumah barunya..he he.
Malam minggu tu kami (dengan Aida n family) bersahur char kuey teow di luar. Pukul 1 ++ am, anak- anak masih berlari-lari di jalan, esoknya pukul 11 am baru bangun. Aida tidur di rumah malam tu...masing-masing penat dan harus bangun awal keesokannya...alahai..

No comments:

Post a Comment