Tuesday, July 30, 2013

Aidil fitri 2012 (2)


Susah payah apak dan mak datang jadi paksa diri juga  makan sesuap dua  walau tekak dan perut masih belum menerima apa-apa pun. 
Begitulah kisahnya. Raya ke 2 walaupun badan masih lemah, menggagahkan diri juga ke Pantai Dalam. Orang dah habis raya, kita baru nak raya...he he. Kali ni gambar raya pun tak ada..hu hu.




Kalau tak silap raya ke 3 atau ke 4, seluruh adik-beradikku datang beraya di rumah. Diorang ni selalunya bagi notis sehari dua aje sebelum datang..x kisah pun, kan raya..kuarkan apa yang ada saja dan amat berbesar hati akan kedatangan mereka. Maklumlah...bukan selalu dapat peluang begini...

Oleh kerana setahun dah berlalu..menu APA yang dihidang pun dah x ingat..he he







Berjanji berjumpa di rumah Pak Cik di Ampang kerana kami perlu mengemas rumah terlebih dahulu dan pack baju kerana akan bermalam di Seremban. Tapi x sempat, terus berjumpa di rumah Azie di Setapak.

Dari situ ke puchong, rumah Nazri Dan seterusnya ke Rinching rumah Along..dah tengah malam. Sampai di rumah Alang pukul 3 pagi..apalagi..lepas bersihkan badan terus tidur . 

Keesokannya beraya lagi ke rumah saudara mara di sekitar Seremban, Nilai dan Beranang. Dan yang penting menziarah pusara arwah abah dan  mak..semoga segala urusan mereka dipermudahkan di sana, agar mereka ditempatkan dikalangan para solehah...amin! Alfatihah...


n


Aidil fitri 2012 (1)

Setelah dibelek dan diteliti rupa-rupanya sah, gambar2 raya tahun lepas tidak diupload. Kenapa ya..

Sehari sebelum raya, sebelum keluar untuk membeli bahan-bahan untuk memasak rendang dan sebagainya sempat berpesan pada Iman dan Shasha agar mengeluarkan vacuum cleaner, mengemas dan melipat baju. 2/3 hari tidak melipat baju kerana sibuk mengemas dan membersih rumah, persedian terakhir untuk menyambut raya.

Panas terik di luar amat menguji keimanan. A yam, santan serta segala rencah untuk merendang siap dibeli. Begitu juga nasi himpit serta segala bah an untuk kuahnya.  Danish yang duduk dibelakang tiba-tiba rasa hendak muntah. Terpaksa berhenti di tepi jalan sebentar.

Ya Allah, demam panas rupanya. Si enam tahun dipaksa berbuka untuk makan ubat. Tiba di rumah, masih bersepah. Rupa-rupanya semua terbaring, demam pan as dan cirit birit..baru teringat yang suamiku juga mengadu ke toilet beberapa kali malam sebelumnya. Semua kuarahkan berbuka untuk makan ubat, cuma Danial yang berkeras tidak mahu berbuka.

Baru teringat lauk yang dibeli semalam untuk berbuka pasti menjadi angkara. Nasi beriani berlaukkan ayam yang di beli di gerai mamak berhampiran kampus uitm dalam perjalanan ke shah Alam.

Alhamdulillah sempat menguruskan semua sebelum tiba giliran mama. Demam panas ..meracau..berbuka pun tak lalu makan ..yang mengakibatkan pagi raya kami semua tak mampu nak bangun. Che Shamsulnya menguatkan diri juga untuk ke masjid bersembahyang raya.

Hingga ke petang masih terbaring semuanya. Alhamdulillah petangnya mak dan apak mertua datang bersama naza n family membawa sedikit nasi dan rendang. Hilang segala malu dengan keadaan rumah yang masih bersepah....tak larat, nak buat macam mana...hu hu



Bersambung.....

Monday, July 22, 2013

Lawak, break jap.

Suatu hari, di dalam kereta, perbualan di antara Danish (masa tu baru berumur 5 tahun), dengan ayahnya. Ikuti perbualan di bawah:

Danish : ayah lama lagi ke nak sampai  umah opah?

Ayah.   :  40 min

Tak  sampai 5 min Danish bertanya lagi soalan yang sama. 10 minit yang berikutnya 6 atau 7 kali soalan yang sama di ajukan oleh Danish membuatkan ayahnya cuba menukar topik perbualan supaya tidak bertanya lagi soalan yang sama.

Ayah :    Kalau Danish pandai kenapa lampu  merah di dada Ultraman tu berkelip-kelip?

Danish : sebab dia dah kurang tenaga. Dia perlukan cahaya matahari untuk tambah tenaga.

Ayah :    oh ya ke.  Tapi camner kalau ultraman nak buang air besar, takkan merata-rata, lagipun dia, kan besar, kalau jatuh abis mati orang kena timpa...ha, camner Ninish (danish)..jawab, jawab...

Danish : Apalah ayah ni...APA susah, dia jadilah kecik balik, jadi manusia, lepas tu pergilah toilet...ha... bijak tak Danish...

Si ayah terdiam, memandang ke arahku sambil menggeleng-geleng kepala, tidak menyangka yang dia akan terfikir sejauh itu....
Asalnya sedikit.  Paip di 2 bilik air yang harus dibaiki. Sudah lama benar pembaikanya terpaksa di KIV dengan alasan sibuk dan banyak kerja yang harus diurus untuk kerja-kerja tersebut, yang mengakibatkan salah satu bilik air tidak boleh digunakan. Bilik air yang satu lagi itu pun terpaksa dikawal airnya, takut melimpah keluar.

Pernah satu insiden semasa keluar untuk beberapa jam, terlupa untuk  menutup paip didepan. Mengakibatkan tangki penuh dan air melimpah keluar. Balik, bahagian atas rumah, banjir! Jenuh nak mengemop dan membersihkan lantai. Banyak juga barang-barang terutama buku dan majalah yang rosak. Elok juga kerana habis barang-barang di bilik iman yang di buang, kuranglah barang-barang antik kat rumah ni..he he.
Maka hari Sabtu bermulalah kerja-kerja membaik pulih. Best part, Che shamsulnya berkenan pula mengupah orang mengecat semula 2 bilik anak-anak.....syukur, alhamdulillah...!!

Sebut pasal dinding bilik, sebenarnya adalah juga ceritanya. Iman dan Shasha ni sebenarnya terlebih kreatif semasa kecil. Habis dinding bilik diconteng. Macam-macam cerita yang diorang tulis, siap ada gambar princess lagi...he he..
Puas dilarang dan dimarah.berhenti sekejap, lepas tu buat semula. Sekarang bila soal tu diungkit, sambil tersipu-sipu, jawapan 'masih kecil' sering digunakan.

Dan yang bestnya...mak mentua pernah menegur anaknya akan perihal contengan tersebut. Huii....seb baik tak bising kat menantu dia yang baik nih..he he...
Suamiku yang sememangnya seorang yang selamba cuma mampu menjawab,
" Ala, masa tu diorang kecil lagi, nak wat camner. Diorang besar sikit, catlah semula .."
Ini mengakibatkan kerja pengemasan yang bukan sedikit...pagi tadi 3 jam dok mengemas dan mengemop. Buku-buku terpaksa discan yang mana perlu disimpan atau tidak. Bilik yang ke2 masih di dalam proses mengecat.

Nak jadi cerita, sama naik pula dengan Aida yang datang Sabtu untuk mengemas rumah barunya..he he.
Malam minggu tu kami (dengan Aida n family) bersahur char kuey teow di luar. Pukul 1 ++ am, anak- anak masih berlari-lari di jalan, esoknya pukul 11 am baru bangun. Aida tidur di rumah malam tu...masing-masing penat dan harus bangun awal keesokannya...alahai..

Saturday, July 13, 2013

Sehelai kain merah samar

Gerimis yang turun bagaikan mutiara
 berguguran membasahi bumi
Sehelai kain merah samar terlayang di udara
tidak pasti akan hala tuju yang harus diikuti

Wahai kain merah samar, mahu ke mana kau?
Apa aku punya plihan?
Terbang dan melayang mengikut angin yang datang

Wahai angin, aku sudah penat
bawalah aku ke mana saja maumu
Sementara aku masih mampu mengikut rentakmu

Rona-rona malam yang kian kelam
turut menyaksikan hati yang semakin rawan.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan al-mubarak 2013

Ramadhan tiba lagi. Setiap orang pasti berazam menjalani ibadah puasa sebaik mungkin. Berniat agar tahun ini  lebih sempurna dari tahun - tahun sebelumnya. Cuba memberi yang terbaik dengan cara masing-masing.

Danish juga tidak ketinggalan berpuasa. Sahur dengan mata masih terpejam menunggu mama menyuapnya. Makan pun cuma beberapa suap. Hari pertama berpuasa balik sekolah dah minta makan, lapar katanya. Puas dipujuk dengan berbagai hadiah termasuk makan spaghetti dan epal kasturi di Secret Recipe kegemarannya..  akhirnya terlelap hingga ke petang. Alhamdulillah hari ke 2 dah macam tak ada apa je..

Di masjid pula, ramai sungguh orang sehingga ada yang solat di luar. Semua tidak mahu melepaskan peluang untuk bertarawih..besar pahalanya. Tetapi bak kata Iman, nanti bila dah tengah bulan, semakin berkurangan pengunjungnya.

Tu belum cerita kisah Danish tertidur di masjid. Jenuh nak mengejutnya..akhirnya berjalan dalam keadaan mamai pulang ke rumah.

Ahad lepas, sebelum puasa ke Mydin di usj untuk membeli bahan2 basah, stok untuk dimasak untuk berbuka di sepanjang minggu. Punyalah ramai orang..malah ramai yang mengambil kesempatan shopping tuk raya. Baju melayu dan baju kurung dijual dengan harga promosi yang menarik. Begitu juga dengan kelengkapan rumah. Mengingatkan diri sendiri yang masih banyak yang belum disediakan.

Secara kebetulan, Aida yang baru membeli rumah berhampiran rumahku akan berpindah pada Sabtu ini. Besar betul dugaannya berpindah di bulan puasa ni..sabar banyak- banyak ya..in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan.

Semoga ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan rahmat yang tiada batasan. DOA agar diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah dengan tenang, kekuatan dan ketenangan diri juga kesabaran yang tinggi dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..in shaa Allah.