Dua minggu yang lepas, ke Seremban, rumah Alang. Lama sungguh tak balik..rasanya sejak hari pertunangan Nora..maknanya dah 3/4 bulan..
Budak-budak seronok dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka, Sempat berbincang pasal kenduri Nora yang dijadualkan, InsyaAllah pada awal bulan Mac. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Malam tu, Nora balik dalam pukul 11.30 pm, Che' Shamsulnya keluar dengan Shasha & Iman (Ni mesti dorang nak bodek ayah dorang belanja makan kuew teow yang terkenal dengan kelazatannya di sekitar Seremban.) Danial & Ami sibuk dengan Laptop..tak habis-habis. Malam tu tidur agak lewat, masih berbincang tentang kenduri...ish, bukan kenduri bertunang atau tahlil tau..ni kenduri kahwin ni..
Ni kawan rapat sejak dari kecil, Danial & Ami yang cuma setahun tua dr danial |
Tengoklah, kreatifnya Danish...he he he |
Keesokannya, selepas sarapan, anak-anak dah tak sabar nak ke Port Dickson (Sri Pena le...mana lagi). Sempat singgah kat Alfio Raldo sekejap (Nora sempat promote malam tadi..tengah sale...he he he). Singgah pula di Bata, Giant..ada jualan murahlah juga..sempat beli kasut sekolah anak-anak...he he he. By time sampai kat PD dah pukul 4 pm++. Kali ini Ami pun turut serta..
Malam tu sempat ke town, pekena sate. Tempat yang kitorang makan tu amat digemari oleh Opah anak-anakku kerana keadaannya seakan di Gurney Drive di Penang (kat tepi lautlah kononnya). Balik, anak-anak masih beraktiviti hingga ke tengah malam.
Keesokan paginya sempat mandi sebentar di laut & kolam renang kerana kami terpaksa pulang awal ke KL. Suamiku terpaksa hadir untuk temujanji yang dibuat saat-saat akhir di Mines Hotel. Dah tentulah aku dan anak-anak ditinggalkan di Mines Shopping Complex untuk lunch. Sepanjang perjalanan ke KL terdengar suara-suara rungutan tidak puas hati kerana terpaksa pulang awal...he he he..
No comments:
Post a Comment