HIJRAH
Jika berada lama di sesebuah syarikat, bersedialah menghadapi kemungkinan jika ditukarkan ke jabatan yang berlainan. Ini adalah perkara biasa, malah di dalam handbook pun telah termaktub yang pekerja perlu mengikut arahan majikan jika ditukarkan ke jabatan atau cawangan lain (jika ada). Banyak faktor yang menyebabkan pertukaran ini, antaranya kenaikan pangkat, prestasi kerja yang semakin menurun atau menaik, pekerja yang semakin tepu dengan kerjanya dan perlu dibaikpulih semangatnya, juga memberi peluang kepada pekerja untuk menimba pengalaman baru. Ada juga disebabkan politik syarikat atau orang tertentu yang tidak mahu pekerja berada di jabatan itu atas sebab-sebab yang tertentu.
Aku juga pernah mengalami pertukaran ini. Setelah berbelas tahun di Production, akhirnya ditukarkan ke Langganan atas sebab-sebab tertentu. Biasanya konsep "first in, last out" diamalkan. Tetapi kes aku ni lain sikit..tak apalah..aku percaya setiap sesuatu tu ada hikmahnya yang tersendiri..Allah Maha Mengetahui..
Berbalik pada pertukaran tadi...amat bertuahlah sekiranya rakan sekerja baru memberi sokongan, tapi jika sebaliknya..usah risau..percayalah..jika tujuan kita baik semuanya akan berjalan dengan lancar (walaupun memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi!)
Pengalamanku sendiri tidaklah semanis mana. Title Senior & masuk ke tempat orang bukanlah sesuatu yang digemari. Tapi aku tetap berusaha untuk mengimprove kekurangan yang terdapat di jabatan ini. Aku percaya kalau kita boleh bekerja, bagus @ ada sikap ingin memajukan diri sendiri (perasan sendiri..he he he) kerja di mana pun, InsyaAllah akan mendatangkan hasil. Alhamdulillah dengan niat mencari rezeki untuk membantu suami & untuk anak2, juga selalu mengingatkan diri sendiri yang kerja itu adalah ibadah..akhirnya semuanya beransur lancar. Tetapi rupanya..orang tidak senang jika kita bekerja dengan bersungguh-sungguh, yalah..kesilapan, keburukan dan kelemahan diri sendiri akan terlihat dan terungkai dengan sendirinya..fitnah pula menjadi senjata utama.
Yang aku tak faham, ada juga yang percaya dengan membabi buta, tanpa usul periksa. Manusia diberi akal fikiran supaya boleh & bijak menimbang baik buruk sesuatu perkara. Rakan subahat (ha ha ha..macam cerita drama swasta la pulak) inilah yang menambahkan lagi asam & garam fitnah yang dah tentu tak betul nih...Jangan main-main, bahayanya fitnah ini, boleh sampai membunuh..fikir-fikirkanlah..
Walaupun pada mulanya ada yang termakan dengan kata manis bergula, tetapi lambat laun segalanya akan terungkai.Sesungguhnya seumur hidupku ini adalah antara dugaan yang besar & berat yang pernah kualami. Tidak kusangka ada manusia yang bersifat begini lantaran dikuasai hawa nafsu dan hasad dengki. Walaupun segalanya kini sudah berakhir, tetapi hingga kini semuanya masih segar di ingatan dan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga, hasad dengki adalah satu perkara yang amat keji dan jangan sekali-kali titik hitam itu hinggap di hati kita.
Kesimpulan yang dapat kubuat adalah kita tidak boleh menilai seseorang atau sesuatu itu dari luaran sahaja. Sesungguhnya solat & iman itu amat penting untuk setiap umat Islam, selain tuntutan agama, ia juga sebagai perisai untuk diri sendiri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan, membersihkan jiwa dari segala hasad dengki dan sebagainya. Yang penting, kesabaran & ketabahan yang kita perlukan untuk mengharungi kehidupan di alam ini.
Berbalik pada pertukaran tadi..setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang tersendiri. Ada baik & ada buruknya. Terpulang kepada kita untuk memandang sesuatu perkara itu. Akhirnya selepas sekian lama, rasanya lebih dari 5 tahun, aku terpanggil untuk menulis tentang cerita ini. Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi sebagai pengajaran & peringatan kepada diri sendiri & semua. Semoga kita semua dijauhi dari segala kemungkaran. Allah sentiasa di pihak hambanya yang benar..
Sempena Maal Hijrah yang baru saja berlalu ini, marilah kita menadah tangan mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih menjanjikan kebahagiaan, keharmonian, ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dunia & akhirat, dan segala yang terbaik buat kita semua.
Akhir kata, sehingga bertemu kembali..
No comments:
Post a Comment