Cuti Krismas yang lepas, kami ke Restoran Zam-zam di Shah Alam yang menghidangkan makanan Arab, untuk meraikan hari lahir Opah kesayangan anak-anakku. Turut serta adalah bapa mentuaku, Naza & family, Shila, dan Pak Su Mamat. Kenapa makanan Arab? Bukan steak kat The Ship, tak pun kat Secret Recipe, sate pun ok jugak..pizza ke...antara soalan yang diajukan termasuk suamiku. Nak tahu apa jawapannya?." Mak teringin nak makan makanan Arab..." Ooohhhh...
Di bawah adalah antara gambar yang sempat diambil semasa di sana. Pinggan suma dah kosong memandangkan masa tiba sorang pun tak ingat nak ambil gambar sebab suma dah lapar...he he he, al-maklumlah..lewat sikit lunch kitorang ari tuh..dalam pukul 3.30 pm ++...he he he
Bday girl dikelilingi dayang-dayang sahaya...he he he..Atuk, Naza, Shila, Iman dan Danish |
Sicomel Danish & Nur Iman Bisyarah |
Kami doakan agar Mak sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah & sentiasa diberkati & dirahmati OlehNya...Amin!! Happy Birthday Mak!
No comments:
Post a Comment