Sunday, September 18, 2011

AIDILFITRI 2011 (4) - MERAI & DIRAI



Suasana raya masih terasa di mana-mana. Rumah terbuka dihujung minggu adalah perkara biasa. Jika di hari biasa sibuk bekerja, cuma di waktu inilah kaum keluarga, saudara mara dan rakan taulan dirai sempena bulan yang mulia ini. Aku juga tidak ketinggalan, cuba mencari waktu untuk merai dan dirai..

Hari Sabtu yang baru aje berlalu ini Aida & family, Nazri & Hafiz datang berkunjung, beraya di rumah. Abangku Azie & family juga turut serta tanpa dirancang. Seronok bila berkumpul reramai nih..nasi berlauk dan resepi istimewa suamiku, mi udang dihidangkan.

Kebetulan hari tu adalah harijadi Nazri (17 September). Happy Birthday Nazri, semoga sentiasa dirahmati & diberkati Allah. Juga agar Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan samada di dunia mahupun akhirat. Juga kita doakan yang terbaik buat kita semua...Amin.

Sebut pasal Nazri ni, sering mengingatkanku zaman kanak-kanak kami. Mungkin Nazri pun dah tak ingat tapi aku yang masa tu berumur 11 ke 15 tahun, semuanya masih segar di ingatan. Nazri ni masa kecilnya, budak baik..he he he..sekarang pun baik juga. Dia seorang yang mudah mengikut kata..jadi arwah mak dulu memang sayang sangat..senang nak dijaga..kalau mak sedang memasak, dia turut berada di situ menemani mak. Dan orang yang paling rapat dengannya selain mak, siapa lagi..akulah. Bila dingat kembali (flashback dah pulak..), sememangnya aku ni ada sedikit rasa tanggungjawab (susah nak menyusun ayat-ayat nih...) ke atas adik-adikku, dalam lain perkataan sifat melindungi..2 adik-adik perempuan yang dah sedikit besar dan nazri yang masih kecil. Risau jika Nazri yang kecil dan baik ni diapa-apakan oleh sesiapa..(ni lebih kurang macam ibu ayam dgn anak-anaknya le..)Jika ada sepupu-sepupu kami yang cuba mengusiknya..aku akan segera memainkan peranan. Tulah sebabnya 2 adik perempuanku yang agak ganas masa kecil dulu (dan sekarang bertukar lemah-lembutnya terutama Si Aida)  memanggilku kepala...he he he.Dorang ni semua akan mengikut kata-kataku...ha ha ha...nostalgic sungguh..

Satu lagi..ingat lagi, masa tu kami baru berpindah ke Seremban. Jadi, bersekolah baru dan menaiki bas awam adalah satu perkara baru bagi kami. Aku berada di dalam Tingkatan 2 dan Nazri, kalau x silap di dalam Darjah 2/3. Sekolah kami nampak dekat, tapi  akan mengambil masa 5-8 min untuk Nazri melangkahkan kaki kecilnya untuk tiba ke stesen bas yang berada berhampiran sekolahku. Jadi setiap petang dia akan berjalan ke stesen bas tersebut untuk balik bersama-sama dan aku akan menunggunya di situ, akan risau dan turut pula setengah perjalanan jika dia lewat tiba. Manalah tahu, jika apa-apa terjadi..
Masa berlalu begitu pantas, semuanya sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Tapi aku bersyukur kehadrat Ilahi dengan perhubungan kami adik-beradik walaupun sudah tiada ibubapa sebagai pengikat sesebuah keluarga. Alhamdulillah....dan aku sentiasa dan masih mengenang dan memandang Nazri sepertimana perhubungan kami yang amat akrab semasa kecil dahulu..Bagiku Nazri masih adik kecilku yang kusayang suatu waktu dulu...suatu frasa yang akan dikenang hingga bila-bila...


Saturday, September 17, 2011

AIDILFITRI 2011 (2)


 "Saya selaku penyimpan mohor-mohor besar, dengan ini mengumumkan...hari raya aidilfitri jatuh pada hari Selasa bersamaan 30hb ogos 2011...."

Maknanya, esok Hari Raya. Anak-anak tersenyum gembira. Danial, Iman, Shasha & Sarah sedih kerana tidak dapat bertarawih lagi. Sahur dan berbuka beramai-ramai akan dirindui. Danish lega kerana katanya esok tak payah nak bangun sahur & puasa lagi..macam-macam...

Aku...hmm..petangnya rendang dah siap, itulah juga salah satu lauk untuk berbuka hari itu. Kacang untuk dibuat kuah kacang untuk dimakan bersama nasi himpit telah di goreng, malah telah dibuang kulitnya oleh Iman & Shasha. Tinggal nak dimasak saja lagi. Nasi himpit pun perlu direbus. Tapi memandangkan kasut anak-anak tak sempat dicari lagi, lepas berbuka dan solat maghrib kami sempat berkejar ke The Store di pekan Sg Buloh..punyalah ramai orang...

Sampai rumah dah tengah malam...baru nak masak kuah kacang dan rebus nasi himpit...sambil tu apa lagi..tak habis-habis mengemas walaupun beberapa hari yang lepas dah mula mengemas dengan iman & Shasha. Bilik di bawah pula harus dikemas memandangkan dorang nih, kalau nak clearkan ruang depan..semua barang ditransfer  ke bilik bawah tu....

Lepas  solat subuh dan mengejutkan seisi rumah, dalam pukul 7 am, aku berbaring sambil melelapkan mata sebentar..tapi tak ke mana pun..sebab lepas tu semua sibuk nak mandi dan bersembahyang raya.

Hari Raya Aidilfitri selalunya kami sambut amat sederhana. Selalunya pagi raya, suami  anak-anakku akan ke masjid untuk bersembahyang raya. Selepas bersarapan & bermaaf-maafan, barulah kami akan ke rumah mentuaku di Pantai Dalam. Sebelah petangnya akan beramai-ramai ke rumah sedara-mara dan akan tiba di Sg Buloh pada tengah malamnya.

Selalunya Hari Raya ke 2, aku akan sibuk beraya dengan adik-beradikku pula. Tapi tahun ni, kami cuma duduk di rumah kerana keesokannya (Raya ke 3) kami akan ke rumah Alang di Seremban (Adikku Nora akan bertunang pada hari Sabtu). Jadi, raya tahun ni, sibuk untuk berkenduri..

p/s-memandangkan gambar masih belum diterima, kemudian ajelah download gambar-gambar tu ye..


Friday, September 16, 2011

AIDILFITRI 2011 (3)



Weekend ari tuh, Sabtu, Alang sekeluarga dan Nora datang beraya di rumah. Along & family pun joint jugak.
Aida tak turut serta kali ni kerana Dina admitted di Ampang Puteri, serangan lelahnya tu datang kembali.
Pagi itu sempat membuat kek coklat, kebetulan esoknya birthday Iman. Iman pula sibuk membuat krim karamel. Nak jadi cerita, En Shamsulnya terpaksa bekerja..jadi hari tuh kena masak sorang le...

Ahad pula, menghadiri kenduri perkahwinan anak rakan sekerja di Sg Buloh. Sempat berjumpa rakan sekerja lama semasa di Jln Riong dulu, Kak Milah. Dato' Lat turut hadir memeriahkan majlis. Tahniah Hj Hashim, kerana selamat menerima menantu & majlis yang diadakan berjalan dengan lancar dan meriah..

Destinasi seterusnya ke rumah Aida di Ukay Perdana. Spaghetti dihidangkan dan En Shamsul sempat melepaskan lelah seketika. Shasha agak excited kerana ternampak Afif Akademia Fantasia yang kebetulan rumah ibubapanya di hadapan rumah Aida.
Di rumah Nazri

Pak Cik melayan anak-anak buahnya...

Selepas tu, kami ke rumah Along di Rinching. Jalan jammed menyebabkan plan awal nak ke rumah Nazri di Puchong selepas tu yang mulanya pada petang, lari dari jadual asalnya. Tiba hampir pukul 9 mlm. Cantik rumah Nazri dihias, kitorang yang dah kahwin ni pun kalah. Anak-anak yang tak sempat nak mandi di swim pool, mandi di bilik air aje..he he he." Tak apa, next time kita pegi rumah pak cik ramai-ramai..kita buat barbeku, kay.." Pak Tam sempat berjanji pada anak-anak...

p/s - cuma gambar kat rumah nazri je yang sempat diambil...

Sunday, September 11, 2011

RASA-RASA


Rasa-rasa nak aja cuti lama-lama..penatlah..bulan raya nih every weeked sibuk..tapi, dah tentulah x boleh..banyak pulak kerja yang tertunggak nanti...

Rasa-rasa nak aje bersemuka dengan orang yang tanggungjawab tolak kat orang lain, tapi asyik menyalahkan orang jika timbul masalah di kemudian hari...kalau nak perfect watlah sendiri..tapi...kang gaduh lak..ke 7 generasi..susah tu..suka atilah...


Rasa-rasa nak aje ckp kat suma orang..telek diri sendiri sebelum nak cari kelemahan orang lain..... Walaupun dah tua, x semestinya betul.... kalau benda yang elok tu tak payahlah nak kena compare lak dengan masa lampau sendiri yang dah lalu yang x berapa nak betul tu....lagi dasat  kalu sampai cari terjemahan hadis bagai...ish, ish, ish

Rasa-rasa nak aje bercuti ke mana-mana pulau, tanpa gangguan sesiapa..tapi..ish..nntilah...sebuk sangat nih...

Rasa-rasa nak aje speed -up kerja-kerja yang sepatutnya dah lama janji nak buat nih..tapi kelengkapan yang masih x cukup, profil le, ape le, nak kena gak tunggu org lain..lambat tul..lecehlah..tunggu-tunggu nih..follow-up memanjang, x gerak-gerak gak...ish..dah nak tukar taun dah nih..kang bos tanya...masih x de ape-ape lg? ish-ish...

Rasa-rasa nak aje ulang tayang kisah lalu..eh masa bila yang kisah share aiskrim dengan husband sendiri jadi dosa besar..sampai kena tegur & marah, benda yang betul jadi salah ...ha ha ha...gilo tul,lah...tp..kekadang manusia nih cuma belajar bila dah melalui pengalaman yang tertentu...

Rasa-rasa nak aje cakap kat suma org jgn  suka sebuk hal orang..ni time senang suma cari, time susah..boleh dikira berapa aje yang benar-benar kawan (ni termasuk adik-beradik sendiri..), tak cakap orang lain pun...

Rasa-rasakan, ape kata kalau kita x yah pening-pening fikir yang ntah apa-apa tu..kita fokus ke arah yang lebih cemerlang..dari semua segi...memang itulah yang terbukti berkesan selama ni...alahai...


p/s sorilah hari merapu yang ntah apa-apa.





Monday, September 5, 2011

AIDILFITRI 2011 (1)

Salam Aidilfitri buat semua.

Di kesempatan ini jari dihulur tanda kemaafan dipinta andai ada kesalahan atau kekasaran bahasa yang telah dilakukan. Syawal tiba disambut dengan penuh keinsafan. Ramadhan yang berlalu meninggalkan pelbagai rasa, syukur, rahmat, berkat, kesal & sebagainya. Syawal kali ini merupakan bulan yang amat bermakna bagi kami sekeluarga. Adinda tersayang telah selamat menjalankan pertunangan dengan pemuda pilihannya pada Hari Raya ke 5. Syukur ke hadrat Ilahi kerana walaupun sederhana, semuanya berjalan dengan lancar dan meriah. Sempat juga diadakan majlis tahlil untuk yang telah tiada dan doa kesyukuran buat pengantin majlis. Alhamdulillah...

Terima kasih buat semua yang terlibat dan saudara-mara yang turut hadir bagi memeriahkan majlis. Tanpa semua majlis mungkin tidak akan berjalan dengan lancar. Juga tuan rumah, Abang Nizam & Alang.

Tak lupa juga sempat bertemu kawan lama masa kat sekolan menengah dulu....Mas Azlina. Begitu lama dah lost contact, akhirnya bertemu juga selepas berjaya menjejakiku difb. Seronok sanagat dapat jumpa ari tuh Mas, panjang umur kita jumpa lagi....


 3 dara comel diapit oleh mak-mak sedara yang cun-cun belaka...he he he