Sunday, February 27, 2011

RENCAH KEHIDUPAN

Terpanggil menulis tentang seorang teman, bukan untuk membuka aib, tetapi sekadar peringatan dan pengajaran buat semua. Alkisahnya, rakan ini (SP) telah berkenalan dengan seorang lelaki (KE) semasa bertugas. Entah di mana silapnya, bermula dengan sms ringkas berkenaan kerja bertukar kepada pesanan-pesanan berbau "kurang enak". Perhubungan ini berlangsung untuk beberapa bulan. Dan SP masih melayan sms ini dan jika aku sendiri berada di tempatnya sudah lama ku hentikan segalanya.

Biarlah aku cerita serba sedikit tentang SP. Sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang sudah dewasa. Orangnya minat berniaga, jadi tidak hairanlah beliau rajin mencari idea dan peluang untuk memantapkan businessnya. Semasa bertugas menemui KE, beliau ditemani oleh suaminya. Nak dijadikan cerita SP mendapat tahu yang rupa-rupanya KE adalah anak kepada seorang VIP. Apalagi...salam perkenalan disambut selebar-lebarnya...

Sms demi sms yang diterima dibalas, membuatkan KE semakin berani membuat permintaan yang bukan2. Dipendekkan cerita, suatu hari SP melangkah keluar rumah setelah perjanjian untuk berjumpa di sebuah hotel dipersetujui. Nak dijadikan cerita ada aral yang membuatkan SP tidak jadi ke tempat yang dituju. Pulang ke rumah dengan berbagai perasaan , malu pada diri sendiri, anak-anak (w/pun anak2 tak tau), bersalah dan selebihnya bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah diatas segala kejadian. Yalah manalah tau, macam-macam boleh jadi,kan...

Moral of the story, memang kita harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu beserta doa. Tetapi berpada-pada, jika dari awal lagi jalannya tu dah tak berapa nak betul, bayangkanlah apa akan terjadi seterusnya. Jangan sesekali menggadaikan kepercayaan suami dan ahli keluarga yang lain dengan perkara yang masih belum pasti . Dan aku percaya, rezeki ditentukan Allah. Kalau ya kataNya, maka jadilah...

Minta ampun & maaf sangat-sangat ya SP bila terbaca coretan ni..aku pasti SP faham bila membacanya kerana amat mengenali sikapku yang tak akan memburukkan kawan...kan, kan, kan...nanti bila-bila kita lunch sama, ya...

No comments:

Post a Comment