Sunday, February 13, 2011

Babak 1 (Khas buat Iman & Shasha)

Pada cuti persekolahan penggal ketiga,Tika berpindah ke kediaman baru yang dibeli oleh ayahnya di Daerah Lawang. Mereka sekeluarga amat teruja , maklumlah rumah sendiri, mana nak sama dengan kuarters yang dihuni sebelum ini, disediakan oleh majikan ayahnya.

Persekitaran yang baru, orang pun masih belum ramai yang berpindah ke kawasan itu. Setiap petang, Tika dan adik-adik akan bermain di luar. Suatu hari sedang leka bermain badminton dengan kakaknya, Tika sedar akan kehadiran seorang pemuda yang sering lalu di hadapan rumahnya. Kalau sekali dua mungkin tidak ada apa-apa, tetapi kalau setiap hari sampai lima atau enam kali lalu depan rumah dengan menunggang basikal..macam ada yang tak kena saja...secara kebetulan pula, semasa Tika memerhati pemuda tersebut, tiba-tiba pemuda itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Hmm...Tika cuma terdiam masa tu, tidak memberi sebarang respon. "Hm..hensem juga mamat tu.." Kakak Tika yang berada di situ cuma tersenyum memerhati gelagat pemuda tersebut.

Cuti sekolah telah berakhir. Tika cuba menyesuaikan diri di sekolah baru. Memang agak janggal pada mulanya kerana Tika yang dulunya bersekolah perempuan terpaksa melihat rakan-rakan yang lakunya agak bebas lepas dengan rakan yang berlainan jantina. Tika ditempatkan di Tingkatan 2 Seroja. Selepas guru darjahnya mengenalkan diri dan memperkenalkan dirinya, maka seperti biasa, ketua dan penolong darjah dicari. Dengan tak disangka-sangka, entah suara siapa yang mencadangkan agar Tika dipilih untuk menjadi Ketua Darjah. " Adui..apahal aku pulak nih...saja nak kenakan akulah ni...mentang-mentang aku budak baru..."
Akhirnya sebulat suara memilih Tika untuk menjadi Ketua Darjah dan Faisal sebagai penolong.

Dalam darjah, Tika perhatikan ada satu kumpulan yang diketuai oleh Nur Atan. Ahli-ahli kumpulan ni amat patuh pada ketua mereka yang terdiri daripada 4/5 orang. Nur Atan berbadan tegap, muka agak garang, macam mafia pulak. Tapi sentiasa tersenyum bila terpandang atau semasa menegur Tika. Faisal yang menjadi Penolong Darjah pula baru juga bertukar dari Sabah. Orangnya pendiam dan susah untuk diajak berunding. Di tengah-tengah darjah pula ada 2 atau 3 orang yang asyik memerhati Tika. Mereka akan bersembang kemudian tersenyum-senyum sambil memandang Tika. Yang kemudiannya baru Tika tahu salah seorang daripadanya yang bernama Hendra (nama pun macam nama orang Indon gitu, ish...tak kuasa..) amat meminati dan ingin berkenalan dengannya.

Tapi yang teruk sekali tentulah Abu Bakar. Dia akan menulis nama Tika dan Atan atau Hendra, malah nama entah sesiapa lagi di papan hitam jika ada masa terluang. Dan kelam kabut pula Tika berlari untuk memadamnya, takut jika Cikgu yang akan mengajar tiba. Suatu hari entah bila dan bagaimana, Abu Bakar berjaya mendapatkan buku latihan Tika lalu menulis perkataan-perkataan yang tidak baik di dalamnya. Cikgu Foong membawa Abu Bakar menemui pengetua dan selepas itu dia tidak mengganggu Tika lagi, cuma memerhati dari jauh saja.

Hendra pula sudah pandai menghantar surat cinta. Umur baru setahun jagung dah pandai nak bercinta...Tika tunjuk pada abang dan ayah, mereka senyum aje. Kalau Tika layan mestilah diorang marah. Tika selalu ingat pesan emak, jangan sakitkan hati orang, sebab kita tak kenal hati budi orang dan nanti macam-macam boleh jadi. Jadi Tika cuma memandang remeh, buat layan tak layan aje si Hendra tu. Tapi Si Hendra ini, orang diam dia menjadi-jadi pula...dah pandai curi-curi ambil gambar Tika dengan kamera kecilnya itu. Ini memang Tika naik angin..."buatnya dibomohnya aku..sudah..."

bersambung...

No comments:

Post a Comment