Tengahari itu, Cikgu Chen, guru yang mengajar pelajaran Mathematik masuk ke bilik darjah. Selalunya Cikgu Chen akan memberi kerja rumah di akhir waktu pelajarannya dan pelajar harus hantar buku latihan di bilik guru pada keesokan harinya sebelum bermulanya waktu kelas. Dan pada waktu nya mengajar, buku-buku yang telah disemak itu akan di bawa bersama. Begitulah juga pada hari itu. Beliau memanggil nama seorang demi seorang pelajarnya sambil memberi komen demi komen. Semua pelajar menundukkan muka tidak berani memandang ke depan.
"Suraya..."jeritnya. Suraya pintas bangun menuju ke arahnya, tetapi buku latihannya dilempar mengenai mukanya sebaik dia tiba dihadapan kelas. "Bodoh...lain kali buat betul-betul. Main saja..." Suraya pulang ke tempat duduknya dengan perasaan malu. Tika yang duduk di hadapan sekali, yang beberapa jengkal sahaja daripada Cikgu Chen, rasa hendak gugur jantungnya..
"Luis..." Luis melangkah ke hadapan. Tiba-tiba Cikgu Chen melemparkan buku latihan tersebut lalu jatuh di tingkat bawah. Maka berlarilah Luis mengutip bukunya yang terjatuh itu. Begitu juga dengan Shaari, Shariza dan ramai lagi. Akhirnya nama Tika dilaungkan. Tika berdiri menghampiri Cikgu Chen yang berada di hadapannya. Cikgu Chen melihat buku latihan di tangannya lalu memandang Tika. "Bagus, awak boleh duduk dulu, kita bincang dengan kelas bagaimana nak menjawab soalan-soalan ini...." bukunya masih di tangan Cikgu Chen. "Alhamdulillah, nasib baik...." Tika tarik nafas panjang. Begitulah setiap hari di dalam kelas Cikgu Chen. Tika yang sememangnya suka pelajaran matematik itu sebenarnya amat selesa dengan cara Cikgu Chen mengajar, malah Tika rasa beliau seorang guru yang amat bertanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk mengajar anak-anak buahnya dengan berbagai-bagai pendekatan.
Petang itu, Tika berjalan perlahan-lahan ke perhentian bas. "Lambat pula bas hari ni...dah nak gelap dah..." Dari jauh Tika ternampak sekumpulan pelajar senior yang sedang berbual-bual sambil gelak ketawa. Dan semasa itulah Tika perasan, pemuda yang sering lalu di hadapan rumahnya turut berada di situ, memandangnya sambil tersenyum. "oh...Mamat tu Tingkatan 4 rupanya..." Sebaik bas yang penuh itu tiba pemuda itu memberi laluan kepada Tika untuk naik terlebih dahulu. Ini diikuti dengan gelak ketawa teman-temannya.
No comments:
Post a Comment