Thursday, December 29, 2011


Dua minggu yang lepas, ke Seremban, rumah Alang. Lama sungguh tak balik..rasanya sejak hari pertunangan Nora..maknanya dah 3/4 bulan..

Budak-budak seronok dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka, Sempat berbincang pasal kenduri Nora yang dijadualkan, InsyaAllah pada awal bulan Mac. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Malam tu, Nora balik dalam pukul 11.30 pm, Che' Shamsulnya keluar dengan Shasha & Iman (Ni mesti dorang nak bodek ayah dorang belanja makan kuew teow yang terkenal dengan kelazatannya di sekitar Seremban.) Danial & Ami sibuk dengan Laptop..tak habis-habis. Malam tu tidur agak lewat, masih berbincang tentang kenduri...ish, bukan kenduri bertunang atau tahlil tau..ni kenduri kahwin ni..


Ni kawan rapat sejak dari kecil, Danial & Ami yang cuma setahun tua dr danial




Tengoklah, kreatifnya Danish...he he he



Keesokannya, selepas sarapan, anak-anak dah tak sabar nak ke Port Dickson (Sri Pena le...mana lagi). Sempat singgah kat Alfio Raldo sekejap (Nora sempat promote malam tadi..tengah sale...he he he). Singgah pula di Bata, Giant..ada jualan murahlah juga..sempat beli kasut sekolah anak-anak...he he he. By time sampai kat PD dah pukul 4 pm++. Kali ini Ami pun turut serta..

Malam tu sempat ke town, pekena sate. Tempat yang kitorang makan tu amat digemari oleh Opah anak-anakku kerana keadaannya seakan di Gurney Drive di Penang (kat tepi lautlah kononnya). Balik, anak-anak masih beraktiviti hingga ke tengah malam.

Keesokan paginya sempat mandi sebentar di laut & kolam renang kerana kami terpaksa pulang awal ke KL. Suamiku terpaksa hadir untuk temujanji yang dibuat saat-saat akhir di Mines Hotel. Dah tentulah aku dan anak-anak ditinggalkan di Mines Shopping Complex untuk lunch. Sepanjang perjalanan ke KL  terdengar suara-suara rungutan tidak puas hati kerana terpaksa pulang awal...he he he..



Monday, December 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY OPAH!


Cuti Krismas yang lepas, kami ke Restoran Zam-zam di Shah Alam yang menghidangkan makanan Arab, untuk meraikan hari lahir Opah kesayangan anak-anakku. Turut serta adalah bapa mentuaku, Naza & family, Shila, dan Pak Su Mamat. Kenapa makanan Arab? Bukan steak kat The Ship, tak pun kat Secret Recipe, sate pun ok jugak..pizza ke...antara soalan yang diajukan termasuk suamiku. Nak tahu apa jawapannya?." Mak teringin nak makan makanan Arab..."  Ooohhhh...

Di bawah adalah antara gambar yang sempat diambil semasa di sana. Pinggan suma dah kosong memandangkan masa tiba sorang pun tak ingat nak ambil gambar sebab suma dah lapar...he he he, al-maklumlah..lewat sikit lunch kitorang ari tuh..dalam pukul 3.30 pm ++...he he he
Bday girl dikelilingi dayang-dayang sahaya...he he he..Atuk, Naza, Shila, Iman dan Danish



Sicomel Danish & Nur Iman Bisyarah





Kami doakan agar Mak sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah & sentiasa diberkati & dirahmati OlehNya...Amin!! Happy Birthday Mak!

Saturday, December 3, 2011

HIJRAH

Jika berada lama di sesebuah syarikat, bersedialah menghadapi kemungkinan jika ditukarkan ke jabatan yang berlainan. Ini adalah perkara biasa, malah di dalam handbook pun telah termaktub yang pekerja perlu mengikut arahan majikan jika ditukarkan ke jabatan atau cawangan lain (jika ada). Banyak faktor yang menyebabkan pertukaran ini, antaranya kenaikan pangkat, prestasi kerja yang semakin menurun atau menaik, pekerja yang semakin tepu dengan kerjanya dan perlu dibaikpulih semangatnya, juga memberi peluang kepada pekerja untuk menimba pengalaman baru. Ada juga disebabkan politik syarikat atau orang tertentu yang tidak mahu pekerja berada di jabatan itu atas sebab-sebab yang tertentu.

Aku juga pernah mengalami pertukaran ini. Setelah berbelas tahun di Production, akhirnya ditukarkan ke Langganan atas sebab-sebab tertentu. Biasanya konsep  "first in, last out" diamalkan. Tetapi kes aku ni lain sikit..tak apalah..aku  percaya setiap sesuatu tu ada hikmahnya yang tersendiri..Allah Maha Mengetahui..

Berbalik pada pertukaran tadi...amat bertuahlah sekiranya rakan sekerja baru memberi sokongan, tapi jika sebaliknya..usah risau..percayalah..jika tujuan kita baik semuanya akan berjalan dengan lancar (walaupun memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi!)

Pengalamanku sendiri tidaklah semanis mana. Title Senior & masuk ke tempat orang bukanlah sesuatu yang digemari. Tapi aku tetap berusaha untuk mengimprove kekurangan yang terdapat di jabatan ini. Aku percaya kalau kita  boleh bekerja, bagus @ ada sikap ingin memajukan diri sendiri (perasan sendiri..he he he) kerja di mana pun, InsyaAllah akan mendatangkan hasil. Alhamdulillah dengan niat mencari rezeki untuk membantu suami & untuk anak2, juga selalu mengingatkan diri sendiri yang kerja itu adalah ibadah..akhirnya semuanya beransur lancar. Tetapi rupanya..orang tidak senang jika kita bekerja dengan bersungguh-sungguh, yalah..kesilapan, keburukan dan kelemahan diri sendiri akan terlihat dan terungkai dengan sendirinya..fitnah pula menjadi senjata utama.
Yang aku tak faham, ada juga yang percaya dengan membabi buta, tanpa usul periksa. Manusia diberi akal fikiran supaya boleh & bijak menimbang baik buruk sesuatu perkara. Rakan subahat (ha ha ha..macam cerita drama swasta la pulak) inilah yang menambahkan lagi asam & garam fitnah yang dah tentu tak betul nih...Jangan main-main, bahayanya fitnah ini, boleh sampai membunuh..fikir-fikirkanlah..

Walaupun pada mulanya ada yang termakan dengan kata manis bergula, tetapi lambat laun segalanya akan terungkai.Sesungguhnya seumur hidupku ini adalah antara dugaan yang  besar & berat yang pernah kualami. Tidak kusangka ada manusia yang bersifat begini lantaran dikuasai hawa nafsu dan hasad dengki. Walaupun segalanya kini sudah berakhir, tetapi hingga kini semuanya masih segar di ingatan dan sebagai peringatan kepada diri sendiri juga, hasad dengki adalah satu perkara yang amat keji dan jangan sekali-kali titik hitam itu hinggap di hati kita.

Kesimpulan yang dapat kubuat adalah kita tidak boleh menilai seseorang atau sesuatu itu dari luaran sahaja. Sesungguhnya solat & iman itu amat penting untuk setiap umat Islam, selain tuntutan agama, ia juga sebagai perisai untuk diri sendiri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan, membersihkan jiwa dari segala hasad dengki dan sebagainya. Yang penting, kesabaran & ketabahan yang kita perlukan untuk mengharungi kehidupan di alam ini.

Berbalik pada pertukaran tadi..setiap sesuatu itu ada hikmahnya yang tersendiri. Ada baik & ada buruknya. Terpulang kepada kita untuk memandang sesuatu perkara itu. Akhirnya selepas sekian lama, rasanya lebih dari 5 tahun, aku terpanggil untuk menulis tentang cerita ini. Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi sebagai pengajaran & peringatan kepada diri sendiri & semua. Semoga kita semua dijauhi dari segala kemungkaran. Allah sentiasa di pihak hambanya yang benar..

Sempena Maal Hijrah yang baru saja berlalu ini, marilah kita menadah tangan mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih menjanjikan kebahagiaan, keharmonian, ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dunia & akhirat, dan segala yang terbaik buat kita semua.

Akhir kata, sehingga bertemu kembali..

Thursday, November 10, 2011

HAPPY BIRTHDAY SARAH!





Gambar diambil untuk majalah Jelita keluaran November 2011

Si comel Sarah dengan aksinya yang tersendiri


 
3hb November 2011 genaplah usia Sarah 8 tahun. Memandangkan hari bekerja, agak sukar nak bawa dorang nih untuk keluar makan. Jumaat malam tu ke Pizza Hut yang berhampiran. Lupa pula nak beli kek. Jadi dok janji kat bday girl "Nanti Hari Raya Haji, kita gi umah Opah, kita beli kek, ya..sebab esok mama sibuk nak masak.."




Tanggal  6hb November 2011 (Ahad) umat Islam di seluruh Malaysia merayakan Hari Raya Aidil Adha. Kali ini raya disambut dengan amat sederhana. Tengahari, ke rumah mentua membawa sedikit rendang ayam yang dimasak sendiri. Sempat pula singgah di Ayamas untuk dibawa sekali ke sana. Tapi terlupa pula nak beli kek untuk Sarah..".tak apalah..nanti kita beli ek..."






 

Pada sebelah malamnya, bila dah berkumpul reramai nih, macam-macamlah pula nak makan. Ayahnya keluar membeli pizza di Pizza hut yang berhampiran..balik membawa 5/6 kotak pizza...namun kek masih tak ada..hmm...

Hari Isnin keesokannya, beraya ke rumah Mak Long di Rinching. Atam & keluarga pun ada. Menu yang disediakan sungguh menyelerakan. Kari daging korban, sambal tumis ikan bilis dan kangkung goreng amat membuka selera & menyelerakan. Sempat singgah di butik tempat Mimi bekerja sementara. Hampir pukul 11.30 pm baru tiba di rumah. Ala..lupa lagi nak beli kek...
 
Mimi (berbaju biru) dengan Mak Tam dan sepupu-sepupunya di butik

Hari ni dah 10/11, dah 7 hari berlalu, namun disebabkan masing-masing sibuk, keknya masih tak nampak bayang...alahai...sorrylah sayang...InsyaAllah, weekend ni kita beli ya..

Apa pun mama doakan semua yang terbaik buat anak mama ni. Semoga menjadi anak yang soleh, dipermudahkan urusan & selamat sentiasa  di dunia & akhirat.  Sentiasalah berusaha ke arah yang lebih baik..



p/s - ralat tak sempat ke Seremban menziarahi pusara & beraya ke rumah alang & Nora, disebabkan kesuntukan masa. Alfatihah buat kedua ibubapaku..semoga keduanya ditempatkan di golongan umatNya yang soleh...amin!!




Thursday, October 27, 2011

LANGKAWI 2011 (Part II)


 TERBANG HELANG...MAKAN,  HELANG

Destinasi seterusnya adalah agenda memberi makan burung helang. Ini adalah pengalaman yang pertama bagi kami sekeluarga. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata..jika berpeluang ke Langkawi, bolehlah dipertimbangan kegiatan lawatan sebegini.

Helang yang banyak berterbangan di udara




Lihatlah Helang yang berebut-rebut, menyambar umpan di permukaan laut..
Enjin bot dimatikan. Bunyi pisau diasah oleh pemandu bot manarik perhatian kami..Helang yang banyak berterbangan di sekitar pulau yang berdekatan turut riuh berbunyi. Selain bot kami, ada lagi 5 atau 6 bot kelihatan di sekitar. Selepas memotong umpan (mungkin ikan), dicampak ke tengah laut. Helang turun menyambar makanan tersebut seekor demi seekor hingga tiada  lagi makanan yang tinggal.

Semua yang berada di dalam bot terdiam menyaksikan pemandangan yang menakjubkan ini..(selain kami ada sebuah keluarga lagi yang menaiki bot).

Pengalaman yang berharga dan mungkin kami akan berkunjung ke sini lagi jika berpeluang ke Langkawi..

Bersambung ke pulau seterusnya...


LANGKAWI 2011 (PART III)

Iman & Shasha berlatarbelakangkan pemandangan yang sungguh indah
 PULAU BERAS BASAH 

Seterusnya ke Pulau Beras Basah. Di sini kami dibiarkan selama sejam untuk menikmati keindahan pulau ini. Ramai yang telah sampai lebih dahulu dari kami sedang mandi-manda dan ada juga yang cuma berehat di tepi pantai. Ramai pelancong dari Barat juga mengambil kesempatan untuk berjemur.

Danial dengan aksinya yang  bersahaja

Danish & Sarah sedang dijirus air telaga


Di belakang Iman & Shasha kelihatan papan tanda Beras Basah











Anak-anakku turut mandi di laut. Aku & suamiku yang terchenta cuma duduk di tepi pantai memerhati . Cuaca yang panas terik juga merupakan faktor kami tidak jadi mandi. Selepas mandi, sebuah telaga disediakan untuk membilas badan, membersihkan diri dari air garam.





 




 

Kami disambut oleh sekumpulan monyet yang memang banyak terdapat di sini. Hati-hati bila makan dan minum, monyet-monyet ini akan mengikut anda dan cuba merampas apa yang kita pegang. Aku yang baru berniat untuk membuka roti & tuna, terbantut..maknanya kena tunggu sampi hotel baru boleh makan...ish ish ish...

Perjalanan dari pulau ke pulau ini memakan masa lebih dari 4 jam. Setelah tiba di hotel, anak-anak sibuk mandi di swimming pool. Aku yang memang lapar, penyudahnya makan roti di tepi kolam renang aje..he he he.
Dalam pukul 4.30 petang, lepas berehat sebentar dan bersolat, kami keluar untuk makan dan apa lagi..shopping...chocolate, chocolate, chocolate...





Keesokan tengaharinya, kami pun pulang dengan hati yang puas...cuma Che Shamsulnya aje yang muka tak larat nak drive..jauh tuh...he he he. InsyaAllah, kalau berpeluang kami akan ke sana lagi...

Jumpa lagi...

Wednesday, October 26, 2011

LANGKAWI 2011 (PART 1)





Weekend yang baru berlalu ni, aku turut mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan memandangkan anak-anak bercuti (bersambung dengan Deepavali). Jadi cuti 5 hari tu seharusnya digunakan sebaik-baiknya.....

Di jeti Kuala Kedah
Destinasi kami adalah ke Langkawi selepas bodek tahap ke 7 digunakan oleh anak-anak ke atas ayahnya. Last minute sangat sebenarnya. Segala urusan booking, hotel, kereta sewa dan sebagainya dibuat oleh suamiku pada hari Sabtu..dan  hari itu juga selepas Maghrib kami bertolak ke Kedah. Perjalanan di waktu malam ni memang digemari ....

Akhirnya kami tiba & solat Subuh di Gurun..itu pun dah berapa kali drivernya stop untuk berehat seketika. Minum pagi di Kuala Kedah dan terus ke Jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri dijadualkan bertolak pada pukul 9.30 am. Anak-anak sangat teruja bila menaiki feri yang selesa. Sejam setengah tiba di jeti Langkawi, terus mengambil kereta sewa yang dijanjikan.

Selepas makan tengahari terus menuju ke hotel Aseania yang terletak berhampiran Pantai Cenang.  Petang, aktiviti dihabiskan di swimming pool sahaja.









ISLAND HOPPING - 1)  PULAU DAYANG BUNTING

Hari Kedua, selepas bersarapan seawal 9.00 am pangangkutan telah sedia menunggu di lobby untuk island hopping. Iman & Shasha amat teruja sungguh sejak malam tadi. Kami berkumpul di jeti Pantai Cenang sebelum dibahagi-bahagikan kepada bot yang disediakan.



Di jeti Pantai Cenang



Si comel Danish dengan kakak-kakaknya


Destinasi pertama, adalah Pulau Dayang Bunting. Enjin bot dimatikan dan memang bentuk pulau seakan wanita mengandung yang sedang berbaring. Malangnya, gambar yang diambil sebanyak 2/3 kali hilang. Sesampai di jeti, Iman diserbu oleh seekor monyet yang cuba menarik begnya. Beg Danial yang berisi roti & tuna tidak diganggu pula.., rupanya kemudiannya baru kutahu yang Iman membawa sebotol air gas. (Dlm perjalanan balik lagi sekali beg cuba dirampas, kali ni Danial yang bawa beg Iman tu..air gas berjaya dibawa lari oleh monyet itu...ish ish ish..)

Dlm perjalanan ke Tasik Dayang Bunting (menaiki anak tangga dlm 10 min perjalanan)


Iman berlatarbelakangkan Tasik Dayang Bunting
Semua tidak melepaskan peluang merendam kaki


Angin yang agak kuat hampir melayangkan pario Shasha



Keli, bila diberi makan, akan berkerumun di celah-celah kaki...geli...


Kaki siapakah ini? he he he




Danial & Sarah tidak melepaskan peluang membaca sejarah - lagenda Tasik Dayang Bunting.

Selepas menaiki anak-anak tangga selama 10 min perjalanan, kami tiba di Tasik Dayang Bunting. Sarah & Danish tidak melepaskan peluang mandi di kolam yang disediakan (air tasik).

LAGENDA TASIK  DAYANG  BUNTING

Menurut lagenda tempatan, ia bermula apabila seorang teruna bunian bernama Mat Teja telah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan seorang gadis bunian bernama Dayang. Dengan bantuan air mata duyung yang disapu ke wajahnya, Mat Teja telah berjaya memenangi hati Dayang. Hubungan cinta mereka yang intim & romantis menjadi lengkap dengan buntingnya Dayang.

Dayang kemudian mengambil kesempatan untuk bersemayam di kawasan Tasik Dayang Beranak untuk bersalin. Setelah genap 9 bulan, Dayang yang bunting telah melahirkan seorang anak, tetepi malangnya anak tersebut telah meninggal dunia selepas 7 hari dilahirkan.

Disebabkan terlalu sedih & kecewa, Dayang mengambil keputusan untuk menyemadikan anaknya ke dalam tasik.

Tasik ini dinamakan Tasik Dayang Bunting sebagai tanda simpati orang ramai kepada pasangan ini.

Bersambung ke pulau seterusnya...