Saturday, February 24, 2018

Bukit Tinggi, Sumatera Barat (5)

7.  Jam Gadang

Dodoi menurunkan kami di sekitar Jam Gadang dan berjanji akan datang semula apabila di hubungi. Rupa-rupanya banyak terdapat gerai2 yang menjual pelbagai cenderahati di sekitar. Danish, Iman dan Sarah sibuk membeli key chain.

Sempat juga membeli sepasang lagi telekung cotton paris putih untuk diri sendiri. Berhampiran terdapat juga kompleks membeli belah. Tidak puas rasanya melihat kerana waktu operasi sudah berakhir. Mak sempat membeli sehelai blaus batik yang cantik.

Dodoi tiba dan membawa kiriman bosnya..cer teka, cer teka.....
3 biji durian yg besar2...alhamdulillah..
kami mengambil keputusan dinner dgn durian je mlm tu sbb baru aje mkn lewat ptg td..masih kenyang..

Menyambung agenda shopping di kawasan sekitar hotel. Kali ni membeli kain batik dan pelikat utk ipar duai juga t shirt n blaus utk anak2. Mak  dan Ila dah lama naik ke bilik utk berehat. Danish sampi tertidur duduk menunggu dan mula meragam bila diajak balik ke bilik..

Alhamdulillah...

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat (3)

Puas bergambar, singgah makan tengahari di kawasan sawah padi, sejuk mata memandang.

Lauk pauk yang dihidangkan lazat dan harganya.pun berpatutan. Di sini lauk2 akan dihidang di atas meja. Kita perlu asingkan ke tepi yang mana tidak mahu, jika tidak semua akan dikira walau tidak disentuh langsung.


3.. Lobang Jepang

Sehingga kini tidak diketahui jumlah sebenar, ribuan orang yang terkorban untuk membina Lobang Jepang ini. Mereka menggelarnya lubang, bukan gua, disebabkan  lubang ini memang dibuat oleh Jepun waktu zaman penjajah dulu.


Lobang Jepang terletak di Taman Panoram, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat. Terletak tidak terlalu jauh dari Jam Gadang yang berada di pusat kota, 15 minit jika berjalan kaki, bermakna tidak jauh juga dari hotel kami.

Menurut Firdaus, lubang perlindungan tersebut, konon mampu menahan letusan bom seberat 500 kg. Pembinaan  lubang ini  sejak  1942 dan selesai pada awal Jun 1944, lebih kurang  2 setengah ke 3 tahun dengan kedalaman 50 meter di bawah  tanah.Gambar : setinggi itulah anak-anak tangga yang harus dituruni. Mak yang sering sakit lutut menguatkan semangat juga sebab ktnyer kena tahanlah sakit, kalau x, tak boleh bjalan.

Untuk membina lubang ini, Jepun mengerah tenaga buruh paksa dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Tiada penduduk setempat yang digunakan, dikhuatiri rahsia akan terbongkar. Penduduk tempatan dihantar ke wilayah lain seperti Bandung dan Pulau Biak, utk membina terowong di sana.Gambar : Inilah kawasan dapur....cuba tgk sape yg belakang sekali... Depan sekali  Firdaus sedang menerangkan lubang yang digunakan untuk membuang mayat2 terus ke sungai.


Menurut Firdaus, ia merupakan salah satu lubang atau terowong yang terpanjang di Asia, lebih kurang 6 km dan tembus di sekitar kawasan Ngarai Sianok, Jam gadang yang terletak berhampiran Istana Bung Hatta, dan di Benteng Fort De Kock yang masuk di wilayah Kebun Binatang Bukittinggi.


Awal pertemuan pada awal tahun 1950, pintu Lobang Jepang hanya 20 cm dengan kedalaman 64 meter. Setelah diambil alih oleh  pemerintah  pada 1984, mulut lubang tersebut dibuat lebih selesa untuk dilalui. Sayangnya dinding telah di semen dan di bahagian dalam juga banyak divariasikan untuk memasang panel listrik sehingga kehilangan bentuk aslinya.

Pintu masuk utama melalui Taman Panorama dan untuk turun harus menuruni ratusan anak tangga sebelum dibawa ke bilik2 yang terdapat di situ. Untuk keluar pula ada jalan lain yang akan  tembus di tepi jalan.

Ada 21 lorong kecil yang fungsinya sebagai ruang amunisi, bilik pertemuan, pintu pelarian, bilik penyergapan serta penjara. 

Namun yang menyeramkan adalah ruang dapur, yg terletak bersebelahan penjara, berfungsi untuk membunuh tahanan, dipotong di meja lalu dibuang melalui lubang air ke bawah, lalu dihanyutkan oleh sungai. Di bahagian atas adalah menara pengintai.

Ia juga menunjukkan kontur dinding lubang yang dibuat tidak sekata. Fungsi dari cerukan adalah agar suara dalam lubang tidak bergema. Jadi jika ada tahanan yang diseksa maka suaranya  hanya sehingga lorong ini saja.  Dindingnya, jika terkena air akan semakin kuat.

Bahagian hujung penjara telah ditutup. Selain memenjarakan mereka yang melawan dan tidak mahu bekerja ia juga berfungsi untuk memenjarakan wanita2 tempatan sebagai pemuas nafsu Jepun. Mereka tidak diberi makan berhari-hari lamanya.

Sebelum dibuka untuk umum, penduduk sekitar banyak menjumpai tengkorak dan alat untuk menggali seperti cangkul, peralatan makanan yang dibuat dari tempurung kelapa dan buluh. Semua alatan ini ada dipamerkan di muzium.

Biasanya pelancong yang diiringi pemandu  akan dikenakan sekitar Rm10 atau Rp 100.000 seorang. Melalui research yg dibuat kemudiannya, boleh juga jika tidak mahu menggunakan khidmat pemandu pelancong tetapi harus menaiki 132 anak tangga semula untuk keluar.

Jika  mengunjungi Bukittinggi, amat disyorkan untuk ke sini, merupakan sebuah peninggalan sejarah yang tidak kurang hebatnya. 

Ok..cukup kisah lubang jepun...

Check in di Hotel Ambun Suri. Berjanji dgn Dodoi utk makan malam selepas maghrib. Rasa lega bila dapat meluruskan badan dan berehat.

Bebek goreng pedas merupakan menu utama malam itu. Pertama.kali merasa keenakan bebek goreng semasa ke jogjakarta..mak n Ila x makan..tetapi masakan padang memang tidak mengecewakan..sambal cili hijau n merah merupakan fevret semua terutama Ila.

Pulang ke hotel, di approach oleh  2 wanita menjual baju, telekung, kain batik.dan sbgnya. Membeli kain.batik, berkongsi dgn mak 4 helai Rp 170k. Ila membeli 3 helai baju rumah yg selesa dgn harga Rp 170k klu x silap..


bebek goreng berlada menjadi menu utama malam itu.
Danish bergambar di hadapan hotel. Bangunan di sekitar bumbung berkonsep minangkabau.
di penjuru sebelah hadapan hotel. mereka berniaga hingga lewat malam dan menutup hasil jualan dengan plastik dan kerusi kecil...penjual berada di sekitar sahaja kerana awal pagi sudah di buka.




Thursday, February 22, 2018

Padang/Bukit Tinggi, Sumatera barat - (2)

2. Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera Barat.

Di sini.disewakan pakaian tradisional Minangkabau untuk bergambar sebagai kenangan. Mak berhajat untuk memakai, akhirnya semua mencuba kecuali Ila.

Semua tidak melepaskan peluang utk bergambar..cantik2 gambarnya, nikmatilah...he he




suka sangat gambar ni..
terkejut dgn hasilnya...cantik,kan..
3 heroes in the family
oppsss..jagn mare haa..k ton amat menjaga tatasusila ok..
dan lagii...perasan cam sweet je..he he...
tampan n jelita...

Friday, February 16, 2018

Padang/Bukit Tinggi, Sumatera barat - (1)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Sumatera Barat tepat jam 8.10 pg waktu sana. Perbezaan waktu ialah sejam lewat dr waktu di Malaysia.

Tansport telah siap menunggu.   Dodoi memperkenalkan diri dan bercerita serba sedikit sejarah Padang dan Bukit Tinggi.
Memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi yang mengambil masa dalam 2 setengah jam jika tidak berhenti.

Singgah makan soto dan lontong di Kedai Soto Angkasa tidak jauh dari airport. Agak mahal bayaran yang dikenakan 395k rupiah lebih kurang RM120 untuk 8/9 orang.

1. Air Mancur Lembah Anai.

Terletak di tepi jalan sahaja dalam perjalanan ke Bukit Tinggi.

Tiket masuk sebanyak 3k rupiah seorang untuk dewasa (rm0.90) dan 2k (rm0.60) utk kanak2.

Menurut lagenda ia merupakan.tempat mandian bidadari. Katanyer sesiapa yang mencuci muka di sungai tersebut sentiasa awet muda. Sempat pula Si Dodoi bergurau,  dilarang terjun kerana dikhuatiri keluar dari air nanti menjadi baby....

Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mencuci muka..he he

Padang Pariamang terkenal dengan.sengkuang dan jagung. Lebih kecil size sengkuangnya lebih manis isinya. Di sepanjang jalan terdapat deretan gerai yang menjual sengkuang dan jagung.

Hentian seterusnya lebih menarik dan kami agak lama di sini...jommm

bersambung..