Thursday, July 27, 2017

Langkawi 2017 (1)

Alhamdulillah..sampai lagi di tanah Langkawi pada 21 May 2017. Kali terakhir datang masa Danish masih baby, setahun lebih camtu, sekarang dh 11 tahun.

Faktor umur, menyebabkan ianya bukan menjadi destinasi pilihan untuk bercuti disebabkan lokasinya yang terletak jauh di utara. "Tak larat nk drive jauh2 dah"..kata bff.  Jadi, peluang tidak dilepaskan bila Air asia mengadakan promosi. RM320 untuk 7 orang..amat berbaloi rasanya.

Flight dijadualkan 6 55 am, seawal 4.30 am dah keluar ke KLIA2. Sempat solat subuh sebelum ke boarding area.

Tiba sejam.kemudian..Grand Livina telah siap menunggu. RM100 untuk tempoh 24 jam, setelah nego...

Memandangkan tiba awal, plannyer nak ke Tanjung Aru dahulu untuk pakej Mangrove. RM240 sebuah bot untuk tempoh 3 jam. Singgah sarapan dalam.perjalanan. Tiba di jeti hujan lebat pula..terpaksa menunggu hujan berhenti sebelum memulakan aktiviti
Merupakan pengalaman pertama, datang dahulu ikuti pakej island hopping..menarik juga. Mungkin boleh ikuti kisahnya di dalam blog yang terdahulu.

Hentian pertama merupakan Gua Chantek, teletak di sebuah pulau.
Seterusnya sempat bergambar di Kilim Geoforest Park. Di sini bukitnya byk menyerupai bentuk2 makhluk.

Inilah tujuan utama pakej ini..kawasan hutan paya bakau..tenang hati menghayati keindahan ciptaan Allah. Di penghujung, bot masuk, bergerak perlahan ke dalam melalui Gua Buaya. Walau sebentar cuma, ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan..ala2 di Halong Bay, Hanoi, gitew..

Singgah di tepi laluan untuk memberi monyet makan. Memang roti telah di beli siap2 di jeti setelah petugas di situ memberitahu adanya agenda tersebut.

Hujan yang turun di awal pagi tadi muncul semula. Awan tidak dapat lagi membendung kandungan air yg ada..hujan turun dengan lebatnya..Kak Ton sorang je yang x memakai pakaian yang sesuai...abis basah kuyup semuanya.

Singgah makan di restoran, di kawasan pelantar dgn keadaan basah kuyup. Leka juga melihat spesies2 ikan yang diternak di kawasan takungan seperti ikan pari, yu dan sebagainya.

Pulang, check in di Malibest Hotel, terus mandi dan berehat. Anak2 pula..alang2 basah terus mandi di kolam renang....

Pemandangan yang memukau..subhanallah!
Gua Chantek
Cantik pemandangan dari atas gua Chantek
Semua bersiap sedia nak masuk ke dalam gua..
keadaan di dalam.gua..
di penghujung, kelihatan jalan keluar..
hutan paya.bakau
kelawar byk terdapat di Gua Kelawar
Berhenti sebentar memberi monyet makan..

No comments:

Post a Comment