Bulan Syawal hampir tiba di penghujung.
Terlalu banyak yang hendak diungkapkan tapi tidak tertulis.
Terlalu banyak yang hendak diungkapkan tapi tidak tertulis.
Malam raya tahun ni berbuka di Rawang, rumah Naza. Mak, Apak, Shila n Amnan turut berada disana. bermakna tahun 2017, kami beraya di Rawang, tidak seperti tahun2 sebelumnya di Pantai Dalam.
Siakap bakar n cili kicap Ali, asam.pedas Tasha, sayur buncis Shila, sambal tumis bilis antara hidangan pada malam itu..(ampun naza..x ingat sgt dh menu..he he). Mamat, Tasha dan Din sekeluarga pun turut serta. Malam itu, Ali sempat membakar lemang dan Naza memasak rendang daging buat juadah di Hari Raya.
Mujur paginya, dendeng daging sudah siap dimasak dgn nenek dan Aida, tghari, berehat stgh jam terus menyambung merendang pula. Tidak lupa sambal.tumis bilis untuk dibawa ke Rawang. Rumah pula siap dikemas oleh Shasha n iman..alhamdulillah. Balik dari Rawang..penat sangat rasanya...
1 Syawal, selepas solat subuh semua bersiap2 untuk ke masjid menunaikan Solat Aidilfitri. Sempat bersarapan rendang dengan lemang yang dibeli semalam...alhamdulillah.
Selepas beraya dan bermaafan bersama keluarga, terus ke Rawang. Alhamdulillah..apa lagi agendanya..makan, sembang dan sembang..
Petang, beramai2 ke rumah Mak Chor di Selayang..
No comments:
Post a Comment